Tuesday, July 7, 2009

SEKALI PERSETUA...

Bukan tujuan takutkan rakyat:
Mahu jaga keselamatan heh heh heh!

Syahdan tersebutlah alkisah Orangkaya Temenggung Seri Maharajalela (Ketua Polis Negara, mengikut istilah anak cucu fakir) Tan Sri Musa Hassan kehadiran anak-anak buahnya (anggota polis) yang ramai bukan bertujuan mahu menakutkan orang ramai, sebaliknya bagi memastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, berjalan lancar. Orangkaya Temenggung Seri Maharajela berkata tugas menjaga kawasan pilihan raya adalah berat bagi memastikan segala urusan berjalan lancar terutamanya sepanjang tempoh mereka berdakyah. "Masyarakat tidak perlu takut dan beranggapan tak baik dengan kehadiran anak-anak buah hamba, kerana kami hanya mahu melihat keadaan sekitar Manek Urai selamat tanpa sebarang kekecohan," berkata Orangkaya Temenggung seperti dilaporkan penitir canang http://www.harian.com/ .

Arakian setelah diketahui oleh Temenggung Seri Maharaja (sebelum dinaikkan pangkat menjadi Bendahara Melaka) Sultan Alau'd-din sendiri menangkap pencuri, maka semenjak itu kawal Temenggung Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang berjalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi (bertambah-tambah pula sekiranya diperintah, termasuk juga budak-budak yang menconteng dinding dengan menulis si polan-si polan itu puaka), adanya. Pada suatu malam Temenggung Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri (entah iya, entah tak pencuri, hanya disyaki sahaja), maka diparang oleh Temenggung Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus bahunya. Maka tangan itu tersampai pada alang kedai tempat berjual manek urai, lalu diperbuat orang nyanyi:

Keras mualnya mabuk ganja
Tersinggung jangan beri luka
Keras kawalnya Seri Maharaja
Temenggung di negeri Melaka

Maka oleh sekalian orang banyak disuruh suratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: