Thursday, July 9, 2009

MAHATHIR LANCAR BUKU


Ketahui sejarah negara
Sebelum pilih pemimpin - Dr.M

09/07/2009 10:13pm

KUALA LUMPUR 9 Julai — Setiap individu harus mengetahui tentang sejarah negara terutamanya apabila melaksanakan hak mereka untuk memilih pemimpin yang akan menerajui negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pilihan yang tepat akan hanya dapat dibuat sekiranya masyarakat tahu perkara sebenarnya berlaku dalam negara.“Bagi membolehkan kita membuat pilihan, kita amat bergantung kepada apa yang berlaku dalam negara tetapi jika kita tidak tahu apa yang diundi, kita cenderung untuk memilih parti yang salah dan apabila parti itu menubuhkan kerajaan, ketika itulah baru kita menyesal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melancarkan dua buah buku bertajuk ’Sense of Proportion’ dan ’Isu’ yang ditulis oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Adam Abdul Kadir. Sehubungan itu, Dr. Mahathir menggesa lebih ramai penulis Malaysia supaya tampil dan menulis mengenai sejarah negara meskipun dalam bentuk karangan, cerita pendek atau rencana akhbar. - Bernama

No comments: