Laporan polis berkaitan aktiviti:
Sogokan wang di UPU Sungai Peria
Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai. Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan.

Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai “Mat Zain Bas” ketika cuba memasuki rumah tersebut. Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh.
Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang. - http://www.kedaikopitepimasjid.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment