Rakyat berang kes Teoh

Apakah definasi 'jangan membuat tuduhan' seolah-olah meneruskan legasi perhambaan minda yang diwarisi sejak UMNO 1950-an, hingga orang Melayu tak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masayrakat lain dalam tempoh lebih 50 tahun merdeka. Apalagi UMNO pada period Dato' Onn Jaafar dan pimpinan gerakan nasionalisme yang tak sehaluan dengan UMNO 1950-an tetap mahukan kemerdekaan tulin yang bukan 'setengah masak'; justeru inilah yang berlaku sekarang apabila rakyat menerima 'kemerdekaan setengah masak'. Kita ada Parlimen tetapi tak ada demokrasi; kita ada sejarah tetapi tak ada pensejarahan, kita ada kemerdekaan tetapi tak ada kedaulatan!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, suruhanjaya bebas dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan, dalam masa Najib mengingatkan jangan membuat tuduhan. SPRM, polis dan siapa sahaja adalah di bawah undang-undang; malah setiap warganegara tak mengira berstatus YAB, YB, Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' malah apa sahaja adalah mempunyai hak yang sama di segi undang-undang. Justeru, kalau SPRM lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat, ianya juga wajar dibubarkan. Dalam tempoh menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 juga, SPRM dilaporkan bertindak keterlaluan hingga pihak terbabit membuat laporan polis di Damansara.

Tetapi dalam kes kematian pembantu seorang Exco Kerajaan Negeri ketika di pejabat SPRM ianya dianggap misteri. SPRM sendiri bercanggah fakta apabila membuat kenyataan ia sekadar sesi soal siasat; tetapi dalam masa yang sama dikatakan 'ditahan'. Misterinya ialah sama ada mendiang 'ditahan' atau 'disoal siasat'; kalau ditahan kenapa ditahan kalau sekadar menjadi 'saksi', begitu juga kalau disoal siasat kenapa disoal siasat? Bekas Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Pairin Kitingan juga pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika memegang jawatan, sebaliknya apabila dibicarakan beliau dikenakan denda di bawah M2,000 dan tak hilang kelayakan menjadi ADUN. Barangkalai kes di Perak dan di Selangor sekarang heh heh heh!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment