Saturday, July 18, 2009

JANJI AKAN PANTAU SENDIRI KES BENG HOCK


Proses siasatan kematian setpol
Sebab jenayah atau politik - Hisham

PUTRAJAYA 17 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memantau sendiri proses siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teo Beng Hock dalam kejadian di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, semalam. Serentak itu, beliau mahu pihak polis bersikap profesional dan telus menyiasat kes itu tanpa sebarang penangguhan. ''Saya sendiri akan memantau siasatan kes ini. Insiden ini amat menyedihkan tetapi siasatan rapi perlu dibenarkan untuk mencari puncanya sama ada bersifat jenayah atau politik," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media hari ini.

Kematian Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud unsur jenayah atau sebab lain. Pemuda itu yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sejak pukul 5 petang kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu. Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah itu merupakan salah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri. - http://utusan.com/

No comments: