Saturday, July 18, 2009
PEMUDA PAS DESAK PENGERUSI SPRM LETAK JAWATAN
Kes Teoh perlu Suruhanjaya Diraja
Sabtu 18 Julai 2009 25 Rajab 1430 Hijrah
Nyza Ayob Sat Jul 18, 09 12:53:34 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi melakukan siasatan ke atas kes kematian Teo Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan penubuhan suruhanjaya tersebut amat penting kerana rakyat mengharapkan satu siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencabar agar Pengerusi SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan.
Jelasnya, Ahmad Said mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku ke atas setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu. Nasruddin yang dihubungi Harakah melahirkan kekecewaan kerana sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti kes cedera dan kematian dalam tahanan.
Beliau menegaskan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan, menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah. "Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut, keselamatan tahanan tetap di bawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan atau premis tahanan. "Seharusnya peristiwa seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan. Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri. Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah," katanya.
Sehubungan itu, kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkaitan perkara ini memandangkan sudah banyak kes yang melibatkan kematian dalam tahanan. - mns - http://harakahdaily.net/
SALAM SANTAI ABANG ZEK
SEKALI PERSETUA...
Mahu mansuhkan segera ISA
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah lama membawa diri, berkatalah ia peri eloknya Kanun Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dimansuhkan. Adapun kanun itu memang tak disukai oleh orang banyak, tetapi UMNO berasa malu hendak memansuhkan. Oleh yang demikian, Tun Abdullah mengakui eoklah dimansuhkan, setelah ia tak lagi menjadi Orangkaya Perdana Menteri. Alangkah baiknya kalau Orangkaya itu melakukannya semasa ia masih lagi berkuasa! Adapun setelah tak lagi berkuasa, samalah sepert raja-raja pada suatu masa dahulu, apabila baginda itu menjadi tawanan setelah negaranya dialahkan musuh, adanya!Syahdan telah datang ke hadapan raja Samudera, maka hulubalang empat yang di dalam peti itu pun masing-masing membuka peti lalu keluar; ditangkapnya raja Samudera itu. Maka segala hulubalang Samudera piun gemparlah, masing-masing menghunus senjatanya hendak berperang dengan orang Shahrun-nawi (atau sekarang disebut ianya Thailand). Maka kata hulubalang Shahrun-nawi, "Jikalau kamu perangi aku, nescaya raja kamu ini ku bunuh." Arakian segala orang Samudera pun berdiam dirinya, tidaklah jadi berperang dengan segala hulubalang Shahrun-nawi. Maka Awi Dicu dengan segala hulubalagnya, dilarikan raja Samudera ke negeri Shahrun-nawi dijadikannya gembala ayam seakan-akan setaraflah dengan ISA. Maka oleh itu diperbuat orang nyanyi:
Pasang pelita di tepi tingkap
Minum susu sayur bayam
Raja Samudera kena ditangkap
Dijadikan Awi Dicu gembala ayam.
Sebermula akan sekalian orang banyak disuruh surat dalam 'Kitab Melayu' daripada:
SEKILAS PANDANG...
Kalau keberangan rakyat semakin meningkat ke atas UMNO sekarang, SPRM adalah agensi pertama seharusnya memikul tanggungjawab mendorongkan keruntuhan UMNO ke dalam jurang kehancuran. Isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika berada di pejabat SPRM, bukan macam menolak sampah ke bawah karpet. Ianya memang tetap berangkai-rangkai, berungkai-rungkai dan berbingkai-bingkai dengan segala persoalan yang sukar sesukar-sukarnya. Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tak boleh menganggap remeh dengan mengingatkan orang ramai jangan membuat tuduhan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar juga dilaporkan berkata, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, tetapi polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian. Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan. Ketika SPRM bertindak bagi menghalang aktivis UMNO bertandng bagi jawatan tertinggi parfti sebelum Mac 2009, memang ianya dianggap masalah rumah tangga UMNO. POLITIK WANG DLM PRK MANEK URAI
Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai. Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan.
Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan. Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut.APABILA KEMATIAN MJ DIBESARKAN
Wanita Islam dibunuh di Jerman
Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid. Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab.
Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya. - http://www.alfanni.blogspot.com/
JANJI AKAN PANTAU SENDIRI KES BENG HOCK
PUTRAJAYA 17 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memantau sendiri proses siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teo Beng Hock dalam kejadian di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, semalam. Serentak itu, beliau mahu pihak polis bersikap profesional dan telus menyiasat kes itu tanpa sebarang penangguhan. ''Saya sendiri akan memantau siasatan kes ini. Insiden ini amat menyedihkan tetapi siasatan rapi perlu dibenarkan untuk mencari puncanya sama ada bersifat jenayah atau politik," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media hari ini.

