UMNO kutuk raja dikira wajar!
Pasir Salak pada 1876, Dato' Maharajalela Pandak Lam dituduh menderhaka kepada Sultan Perak. Ironinya Sultan Perak, Sultan Abdullah pula dibuang ke Pulau Scyelles di tengah-tengah Lautan Hindi. Sultan Abdullah ditipu kononnya untuk melawat Singapura, justeru bawa sama keluarga naik kapal. Mujurlah pada dekad 1890-an, Sultan Abdullah sempat balik ke Perak. Apabila mangkat baginda dimakamkan di Bukit Candan. Apahal dengan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Edot? British yang eksploit perkataan 'derhaka', macam pejuang-pejuang radikal dituduh komunis. UMNO mahu meneruskan legasi muslihat British ke?(*Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas Exco Pemuda UMNO sekita dekad 1980-an dan bekas wartawan Utusan Melayu dan editor di Karangkraf. Sekarang ialah usahawan Melayu, aktivis sosial dan Jrurcakap PRIMA)
1 comment:
Bila rakyat bermaruah, Raja berdaulah! Bila Umno rasuah, Raja jangan dipersalah! Suara rakyat suara keramat!
Post a Comment