Seronoknya Naik Ke Kemuncak:
Taman Indah Menunggu Orangkaya

Sebermula kata orang yang empunya ceritera semakin hampirlah Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak itu menaiki singgahsana tak sampai sepurnama lagi, maka terasa bertambah banyaklah kekecohan yang dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak berasa tak selesa dengan kejadian melanda negeri ini menjelang peralihan kuasa itu, adanya. Maka akan anak-anak buah harakah Melayu yang diketahui menyokong Orangkaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak gemparlah akan penghuku anak-anak muda di Wilayah Persekutuan Dato' Norza Zakaria itu juga didakwa ke mahkamah kerana dituduh terbabit heh heh heh!
Arakian Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun heran mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu. Arakian maka dilihat Tun Mamat serba bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan apabila mahu naik ke atas kemuncak, gerangannya keindahan dipuncak-puncak itu yang ditunggu oleh Orangkaya Dato' Seri Najib seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
1 comment:
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepok ramai-ramai
Umno semakin lesu!
Post a Comment