PUISI
Semalamku Itu
Serindit di pucuk meranti
menyanyikan mentari melarik pelangi.
Dara sunti bersimpuh di batu
menantikan berakhirnya rindu.
Bangau hinggap di ranting mati
mencari kerbau yang hilang.
Belalang berlompatan di batang padi
jatuh berpaut di daun keladi.
Tempua menganyam sarang di daun kelapa
sambil merbah bersahutan panggil memanggil
ajak berkongsi pisang sesisir.
Aduhai, Ponson kampungku
ke manakah hilangnya semalamku itu?
-Yassinsalleh
Mac 09
Kg Ponson, Mancis,
Pahang.
Saturday, March 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr Yassinsalleh.
Mungkin hijau serindit tidak berseri di negara demokrasi!
Mungkin rindu si dara sama rindu si janda Mongolia yang hancur dek C4!
Mungkin kerbau tidak bermain di sawah padi setelah ditindik hidung untuk dikerah menarik balak haram di hutan pahang!
Mungkin belalang kelesuan kerana sayapnya telah dirobek semasa ditahan ISA!
Mungkin tempua dan merbah kemarukkan sarang indah berhias sulam permata setelah kian lama menganyam hidup berumput lalang.
Mungkin Ponson mu dan Bukit Pak Urai ku sama jauhnya di pendalaman dan mengingatkan kita sama-sama hidup derita kais pagi makan pagi kais petang makan petang akan kembali berulang di negara demokrasinya semakin hilang!
Post a Comment