Wednesday, March 25, 2009

PANDANGAN YASSINSALLEH:

Isu Pelan Peralihan Kuasa:
Kejutan April Akan Berlaku


Kejutan April dijangka berlaku sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO, 28 Mac 2009 ini, menurut aktivis budaya Yassinsalleh. Bagaimanapun beliau tak menjelaskan mengenai kejutan tersebut, tetapi tak menafikan berkaitan usaha yang digerakkan oleh akitivis UMNO sendiri menghalang pelan peralihan kuasa. Sekalipun Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninam Shah dan Dato' Mazlan Harun sudah memulakan inisiatif awal menyerahkan injuksi ke pejabat ROS jam 2.00 petang semalam (24 Mac 2009), tetapi tak memberi kesan. Berikutan langkah kementerian dalam negeri menggantung penerbitan akhbar 'Harakah' dan 'Suara Keadilan' selama tiga bulan, ianya dipercayai bagi membendung 'kejutan' yang akan berlaku, beritahu Yassinsalleh.

Menurut sumber yang rapat dengan pimpinan UMNO, kejutan April tak membabitkan isu di Pulau Pinang atau kerajaan negeri di Perak selepas rampasan kuasa 6 Februari 2009, tetapi mengenai UMNO sendiri. Peralihan kuasa dalam pimpinan UMNO tak bermakna jalan mudah bagi Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak meneruskan kesinambungan pimpinan. Malah sudah diramalkan pimpinan UMNO adalah mengikut acuan yang direncanakan, berikutan tindakan drastik Lembaga Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen melarang calon-calon favorite bertanding, jelas Yassinsalleh memetik sumber tersebut. "Memaksa ahli-ahli memilih calon yang ditetapkan, samalah macam memaksa kuda tak mahu minum ke kolam air," ujar Yassinsalleh menambah.

1 comment:

Seladang said...

Peralihan kuasa csatu hal bong! Yang utamanya ialah UniKemunting akan penuh dengan mangsa ISA! Zaman Mahathir 22 tahun lalu akan berulang semula kerana Najib pepatung Mahathir!