Ayah Teh beritahu:
Naik bas free ke Kuantan
Saya kira metafora yang boleh dipakaiguna melihat kepada budaya UMNO ialah kisah 'Maharaja dengan pakaian ajaib'. Pemimpin UMNO wajar dibiarkan hidup dalam illusi dan untuk membina illusi ini maka perlu dikerah kanak-kanak sekolah, pelajar universiti dan upah serta belanjakan wang rakyat dengan semberono. Manakala didalam perbualan saya dengan teman-teman Tionghua dan India,mereka dengan jelas menyatakan tidak akan pergi menyambut Najib.
Saya bertanya lagi,"Program Anwar pergi tak?",mereka menjawab program Dato Seri Anwar Ibrahim mereka akan hadir dengan kenderaan dan wang sendiri.Dan sentimen yang sama juga boleh dilihat kepada rakan-rakan orang Melayu,memberikan komitmen untuk hadir ke ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim juga dengan kenderaan dan perbelanjaan sendiri. Dan disiang tadi saya berbual dengan seorang pak cik yang kami panggil Ayah Teh di Pasar Malam Mentakab.Ayah Teh ini masih lagi ahli UMNO tetapi sudah hilang keyakinan kepada perjuangan UMNO.
Saya bertanya apakah beliau akan ke Kuantan menyambut Najib.Ayah Teh menjawab didalam slanga Temerloh yang pekat:"Koi gi Sabtu ni ke Kuantan.Bukan nak menyambut Najib sangat keknya orang UMNO bagi duit,katanya RM150 seorang,naik bas free makan dema tanggung.Dapat duit tu lepas juga belanja dapur zaman getah meluruh ni.Malam tu koi tido rumah anak sedara kat Permatang Badak sebab nak gi ceramah Anwar!"*
*Terjermahan:Saya pergi ke Kuantan hari Sabtu ini.Bukan hendak menyambut Najib tetapi oleh kerana UMNO bagi duit RM150,bas percuma dan makan minum ditanggung,dapat juga duit untuk belanja dapur di zaman getah meluruh (maksudnya daun-daun getah gugur-luruh dimana ketika ini susu getah terlalu sedikit).Malam Sabtu saya tumpang tidur di rumah anak saudara di Permatang Badak sebab hendak menghadiri ceramah Anwar.
(*Ahmad Nizam Hamid, peguambela dan pegumcara dari Temerloh yang terbabit dalam bidang persuratan dengan menyertai DPMP. Penyajak dan pendeklamaor puisi, beliau juga aktivis masyarakat dan pengendali laman blog http://www.lanailestari.blspot.com/ )
No comments:
Post a Comment