Sunday, April 19, 2009

MENJELANG MUKTAMAR PAS...

'Dua kabilah' dalam PAS:
Tuan Guru vs Dato' Presiden

Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu media seperti dilapor BERNAMA beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk menentukan pimpinan dalam muktamar agung dijangka di Shah Alam,Selangor Jun 2009 ini. Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua kabilah dalam PAS iaitu 'Kabilah Tok Guru' dan 'Kabilah Presiden' yang akan menjadi penentu dalam kepimpinan PAS. Sebelum ini Tuan Guru Dato' Nik Aziz pernah dilaporkan tak perlu wujud dua nakhoda dalam pimpinan organisasi.

Bagaimanapun selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, Kota Bharu semalam (18 April 2009) Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memberitahu media, beliau bersedia ditentang bagi jawatan tertinggi parti. Beliau turut mengakui tak mengetahui dua kabilah dalam PAS yang digembar-gemburkan, hingga wujud tohmahan mengenai 'kabilah Nik Aziz' dan 'kabilah Hadi Awang'. Menjelang Muktamar Agung PAS Jun 2009 ini, desas desus menyebut Dato' Seri Haji Hadi Awang akan ditentang bagi jawatan Presiden. "Kalau ditakdirkan saya tak jadi Presiden PAS yang tetap akan bersama PAS, oleh itu tak timbul mengenai dua kabilah dalam PAS," beliau memberitahu seterusnya.

No comments: