Sunday, April 19, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA

Dua buah buku Tun Dr M
Tak dipasarkan di kedai buku

Banyak buku mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dihasilkan sama ada mengangkatnya sebagai wira, mahupun mengkritiknya seolah-olah antagonis. Allahyarham Zakry Abadi misalnya, pernah menghasilkan 'Mahathir Dalam Dilema Melayu' pada 1992 yang dianggap sorotan kepada pembabitan Tun Dr Mahathir mencorakkan senario politik di Malaysia. Dato' Zainuddin Maidin (Zam) yang pernah renggang dengan Tun Dr M berkaitan isu Bahasa Melayu, kembali rapat selepas menghasilkan buku mengenai Tun Dr M dari kaca matanya. Justeru tak hairanlah banyak pihak tak jemu-jemu untuk membuat analitikal terhadap pimpinan 22 tahun Tun Dr M. Barangkali!

Buku yang dihasilkan pada 2008 'Dr Mahathir Mohamad, A Great Leader and Statements - Once Upon A Time', dan ' A Collector's Item' memfokuskan kepada dokumentasi sumbangan Tun Dr M dalam pimpinan negara. Bagaimanapun dua buah buku terbabit tak diedarkan menerusi kedai-kedai buku secara pemasaran, tetapi boleh melayari laman webnya http://chedet.cc.co/ di samping memperoleh tip video. Sekalipun Tun Dr M berhadapan dengan cabaran getir pada 1998 berikutan krisis penyingkiran timbalannya Dato' Seri Anwar Ibrahim, tetapi beliau mampu menangani isu berkenaan hingga meletakkan jawatan pada 2003. Selepas berundur dari pimpinan negara, Tun Dr M berhadapan dengan sikap memperlekehkannya. Justeru pada 2008 dua buku berkenaan diterbitkan bagi menangkis kritikan terhadap beliau.

1 comment:

Seladang said...

Kalau dipasarkan pun hanya layak di pasar ikan agaknya!