PNB tambah unit ASW:
Penduduk miskin tegar sekadar...

Peruntukan itu dibuat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Peruntukan itu tidak termasuk penambahan unit ASW dan juga Amanah Saham Malaysia (ASM), kesemuanya berjumlah 5.33 bilion unit yang turut diumumkan hari ini.
Daripada jumlah itu, 3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual esok dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
Dengan politik angka dicanang sama seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu, barangkali tak betullah ekonomi negara meleset. Justeru dakwaan ekonomi yang teruk akibat kemelesetan global juga sengaja mahu menyembunyikan sesuatu. Tren politik Najib seolah-olah meniru stail Tun Ghafar yang bermain dengan politik angka. Najib juga mengumumkan angka-angka itu
ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-10 di Padang Plaza Angsana, dekat sini hari ini. Peruntukan saham berkenaan itu tak membawa apa-apa makna kepada penduduk miskin tegar yang sekadar melihat bayang bulan di dalam air.
1 comment:
Semua saham percuma dipulun oleh kroni pemimpin umno berbagai perengkat sahaja. Rakyat biasa gigit jari!!
Post a Comment