Tuesday, April 21, 2009

SUARA PROLITAR DARI REMBAU...


Sumbangan warga prihatin
Bantu pelajar untuk ke Mesir

Aktivis masyarakat di Seremban, Negeri Sembilan, Rozmal Malakan meminta warga Malaysia yang prihatin dengan isu pendidikan membantu pelajar-pelajar dari Rembau yang berpotensi meneruskan pengajian peringkat ijazah ke Mesir. Dalam laman blognya Rozmal memberitahu, "Saya telah menerima satu permohonan rayuan sumbangan derma pembelajaran untuk satu keluarga yang mempunyai 9 orang anak di mana 8 orang masih lagi belajar di peringkat rendah hinggalah ke peringkat kolej.

"Antara anak-anak ini yang sedang belajar di beberapa institusi ialah adik Syarifah Khaulah Syamimi bt Syed Ahmad Johari yang akan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Mesir, adik Syed Ahmad Syakuur bin Syed Ahmad Johari yang mengambil kursus Diploma Syariah Islamiyyah di Kolej Islam Perak, adik Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari yang berada di Tingkatan 6 Sek Men Al Hidayah Perak."

Kepada mereka yang sudi membantu bolehlah menghubungi terus Sdr Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd, No 1477 , Kampung Mulia , 71300 Rembau, N.Sembilan , tel 019-2628051 , e-mel syedahmadjohari@yahoo.com.my .Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun bank Sdr Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd di No akaun CIMB 0501-0001630-20-8
(*Rozmal Malakan ialah aktivis masyarakat di Negeri Sembilan yang terbabit dalam badan NGO. Beliau ikut serta dalam demonstrasi PPMSI, perhimpunan 100,000 rakyat bagi menghantar memorandum ke Istana Negera)

No comments: