Wednesday, April 22, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Kenderaan di Perak dilelong:
Kenderaan di Terengganu dilolong

Arakian tersebutlah ceritera di negeri Melayu bernama Perak, semua kederaan yang digunakan oleh segala orangkaya dan pegawai-pegawai terdahulu dilelong oleh kerajaan yang 'merampas kuasa' (adapun kederaan itu dipanggil orang-orang kemudian hari 'Toyota Camry 2.4' sebanyak 16 buah). Syahdan di negeri Melayu Terengganu itu suatu hari dahulu kecohlah juga kerana Orangkaya Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said menukar kenderaan kerajaan 'Proton Perdana' kepada 'mercedes' adanya. Adapun Orangkaya Dato' Seri Ahmad Said itu melolong ia kerana perbelanjaan menyelenggara 'Proton Perdana' itu terlalu tinggi, adanya.

Syahdan telah datang ke Jambu Air, maka angin pun turun terlalu besar ribut. Maka kapal baginda Mani Purindam pun tenggelamlah (kerana pada zaman fakir itu tiadalah 'Toyota Camry 2.4 dan 'Proton Perdana' dan 'mercedes' itu). Maka Mani Purindam jatuhlah ke dalam air, tercelapak pada belakang ikan alu-alu. Arakian oleh ikan alu-alu dilarikannya ke darat. Telah sampai ke darat, maka baginda Mani Purindam pun naik, berpegang pada pokok gandasuli, baginda lepas ke darat. Itulah sebabnya maka dilarang oleh baginda Mani Purindam segala anak cucunya jangan makan ikan alu-alu dan memakai bunga gandasuli, kerana tahu ia mengenang budi sesiapa yang menolongnya seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:








HIDUP BAHASA MELAYU!

1 comment:

asalbayu said...

Dalam Sidang DUN Melaka, Ketua Menteri mempromosi vedio lucah seperti petikan Harakahdaily 22.4.2009 seperti berikut:

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Heh..heh... nak pekena orang tapi tak kena gaya.