Thursday, May 7, 2009

DARI LAMAN BLOG


Selusuri dan fahami sejarah:
Kenapa tentang musuh yg dicipta

Assalamualaikum,

Hari ini 7 Mei 2009 DUN Perak bersidang dengan segala kepongahan UMNO/BN yang mendominasi kerajaan Pusat menggunakan segala jentera kerajaan termasuk polis untuk melestarikan kperongosan kuasa yang bobrok. Disebabkan UMNO/BN tak belajar dari sejarah, justeru sejarah dianggap dongengan, khayalan dan entah apa lagi. Malah kaum jahiliyah Mekah juga menganggap ayat-ayat al-Quran yang dibawa Rasullullah sbagai dongengan kerana banyak menerangkan tamsil ibarat mengenai sirah pada anbia.

Pada 1928 dalam pertempuran di Padang Kacung, Hulu Terengganu misalnya, seorang anggota polis yang terbabit mengakui terlalu kesal menentang penyokong-penyokong Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong. Ketika diwawancara oleh wartawan yang membuat dokumentasi untuk TV pada dekad 1970-an, anggota polis terbabit mengakui dia hanya menjalankan tugas. Dia sendiri tak pernah bermusuh dengan penyokong-penyokong Tuan Guru terbabit, tetapi terpaksa bermusuh disebabkan 'makan gaji' dengan kolonial British.

Sasterawan Negara Allahyarham Dato' Usman Awang dalam novelnya 'Tulang-Tulang Berserakan' juga mengungkapkan pengalaman sebagai polis khas. Pengarangnya berasa tak tenteram kerana memerangi musuh yang dicipta oleh Inggeris. Begitu juga anggota polis yang terbabit dalam tragedi Bukit Kepong, mengakui Mat Indra ketua gerila militan Melayu yang selamatkan dirinya ketika diacukan senapang oleh gerila Cina apabila berlindung di sebalik perdu pokok. Ketika itu balai polis Bukit Kepong sudah hangus terbakar.

Saya sendiri pernah mewawancara Askar Melayu yang terbabit dalam serang hendap di Gua Musang pada 1948 dikenali Isa dari Hulu Langat. Beliau mengakui sebagai anggota Askar Melayu yang pertama dapat ditawan, disebabkan terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri. Selepas ditawan dari jam 10.00 pagi, beliau dibebaskan jam 3.00 petang dengan dibenarkan memakai kain sarung sahaja (rujuk 'Askar Melayu 50 Tahun' - Pustaka Budiman, KL; 1983). Isa mengakui beliau dilayan dengan baik, malah makan tengah hari sama-sama jamah nasi dengan santan kelapa sahaja. Maknanya, anggota gerila militan juga tak berlauk lazat-lazat!

Justeru penahanan Haji Muhamad Sabu semalam (6 Mei 2009) dan lain-lain anggota pembangkang sebelum ini, bukan permusuhan mereka dengan polis. Sebaliknya polis juga tak ada sebab mengapa bermusuhan dengan pembangkang, tetapi semata-mata untuk meneruskan kepongahan dan keperongosan UMNO/BN. Mereka bimbang hilang kuasa seperti keperihalan British dan Jepun yang merapu, mendayu dan melongo selepas tak berkuasa di Tanah Melayu. Memang wajarlah menelusuri dan memahami sejarah heh heh heh!

-Pak Dharma

No comments: