Thursday, May 7, 2009

INSIDEN HITAM DI IPOH...

Sultan memaham aspirasi rakyat:
UMNO berdegil tunjuk kepongahan

Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz mengucapkan tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang tak berangkat mencemar duli merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini (7 Mei 2009). Sekalipun Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin hadir mencemar duli mewakili ayahanda baginda, tetapi amat jelas baginda memahami aspirasi rakyat negeri Perak dalam isu krisis perlembagaan sekarang. "Tuanku lebih memahami aspirasi rakyat daripada UMNO yang mengaku menjadi pembela rakyat, tetapi bersikap seperti penjajah yang membuli rakyat," kata Dato' Kamal Amir yang juga bekas Exco Pemuda UMNO.

Sambil merujuk kepada tragedi 1876 yang membabitkan pembunuhan J W W Birch, Dato' Kamal Amir menjelaskan, kolonial British menggunakan undang-undang rimba bagi menghalal cara apabila menyekat kebangkitan rakyat Perak menuntut keadilan. Malah British menunjukkan kepongahan dengan 'membuang negeri' Sultan Abdullah, sekalipun Perak adalah negeri baginda sendiri, beritahu Dato' Kamal Amir menambah. "Tragedi hitam di Perak hari ini, mudah-mudahan menambahkan benci lagi rakyat kepada Zamry dan mempercepatkan lagi keruntuhan jangka hayat UMNO," ujar Dato' Kamal Amir.


Sementara itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada media melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri menejalskan, "Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan." Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang, beritahu Dato' Seri Abdul Hadi menambah. Katanya, bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya. Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak. Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam.

No comments: