Dato' Temenggung ikut peraturan:
Tangan pencuri di alang pintu kedai

Syahdan Dato' Temenggung Tan Sri Musa juga tak menyebut sama ada anak-anak buah Dato' Zambry mengikut peraturan dan undang-undang atau tidak, semasa melakukan tunjuk perasaan selepas pemilihan yang dikenali PRU12 dahulu. Adapun Dato' Temenggung itu tak boleh menyalahkan satu pihak sahaja, oleh kerana itu pihak yang lakukan salah guna kuasa juga perlulah diberi amaran. Kalau tak begitu, janganlah menjadi Dato' Temenggung seperti perihal pada suatu masa dahulu Temenggung Seri Maharaja Tun Mutahir disuruh berkawal di negeri Melaka. Semakin kuat kawalan Dato' Temenggung Seri Maharaja, semakin menjadi-jadi pencuri.
Arakian setelah mendengar Sultan Alauddin sendiri menangkap pencuri,maka semenjak itu kawal Temenggung Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang berjalan, dbunuhnya, tiada ditangkap lagi, mengikut peraturan dan undang-undang kononnya. Pada suatu malam Temenggung Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Temenggung Seri Maharaja dengan pedang bertupai tak mengikut peraturan dan undang-undang, putus bahunya, oleh itu dibuat orang pantun:
Tempurung kelapa raja
Sorong buat tuan empunya
Temenggung Seri Maharaja
memancung tak bertanya
Maka tangan pencuri itu tersampai pada alang kedai seperti disurat dalam 'Kitab Melayu'
daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment