Isteri 'Abang Mat' meninggal:Kak Mashalilah yang pendiam
Berpulangnya ke rahmatullah Datin Mashalilah Mas Nayeem, 69, Iseorang pesuruhjaya sumpah barangkali tak dirasakan sangat oleh peminat sen tanah air, tetapi beliau memang rapat dengan aktiviti muzik. Tetapi Datin Mashalilah, isteri penyanyi Dato' Ahmad Jais memang tak pernah menonjolkan diri di samping suaminya, penyanyi popular dekad 60-an itu. Sejak keluarga mereka berpindah ke Shah Alam, memang saya tak lagi pernah bersua dengan Dato' Ahmad Jais (atau nama sebenarnya Muhammad Jais bin Ahmad) yang dikenali rakan-rakan sebagai 'Abang Mat'. Sekitar dekad 1980-an, biasanya kami akan teh tarik di warung Salim di Taman Seri Gombak (tetapi sekarang sudah menjadi restoran).
Allahyarhamah Kak Mashallilah pula sekali sekala sahaja bersua di rumah mereka, disebabkan ketika itu beliau berkhidmat di mahkamah. Ketika 'Abang Mat' menetap di Seri Gombak, kami sekadar 'teh tarik' di warung Salim di bawah pokok bersama rakan-rakan ketika majalah 'Intisari' dan 'Koleksi' beroperasi. 'Abang Mat' yang popular dengan lagu 'Di Ambang Sore', 'Kucupan Azimat' dan 'Menanti Di Ambang Syurga' sentiasa disenangi kawan-kawan sekalipun tutur katanya kasar dan keras. Bagi pihak PRIMA saya mengucapkan takziah kepada 'Abang Mat', berikutan berpulangnya ke rahmatullah isteri tersayang 'Kak Mashalilah'. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment