Tuesday, June 23, 2009

MANUSIA & PERISTIWA


Sejarah kepahlawanan armada laut:
Najib generasi ke 21 kesultanan Bugis

Glori kepahlawanan amarda laut Melayu di nusantara sekitar perairan Laut China Selatan hingga ke Sulawesi di bawah pimpinan kesultanan Bugis akan didokumentasikan dengan kerjasama Indonesia, beritahu ahli perniagaan Dato' Abdul Aziz (gambar, berbaju belang) yang lebih dikenali Aziz Chemor. Katanya, dokumentasi berkenaan juga turut difilemkan sebagai langkah kerjasama dalam industri perfileman Malaysia-Sulawesi selepas lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke Makasar baru-baru ini, jelasnya. "Tak dinafikan kepahlawanan armada laut Bugis berjaya memulihkan semula kedaulatan negeri-negeri Melayu yang dijajah Belanda termasuk Melaka," beliau menambah.

Dato' Aziz memberitahu dokumentasi berkenaan dipersetujui untuk dilaksanakan selepas pihak ahli sejarah di Sulawesi menelusuri keturunan Dato' Seri Najib adalah generasi ke 21 daripada waris keturunan kesultanan Bugis yang memimpin amarda laut Melayu satu ketika dulu. Justeru kata Dato' Aziz lagi, dokumentasi berkenaan merangkumi susur galur keturunan Dato' Seri Najib sebagai generasi ke 21 kesultanan Bugis yang mendominasi perairan dari Laut China Selatan hingga ke Laut Makasar sekitar kurun ke 18. "Pihak usahawan filem di Makasar juga berminat untuk menjadikan filem feature mengenai kepahlawanan Bugis hingga kepada generasi ke 21," menurut Dato' Aziz.

Bagaimanapun jelas Dato' Aziz, matlamat utama dokumentasi berkenaan untuk menghasilkan salasilah kesultanan Bugis hingga kepada generasi ke 21 yang diwakili Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak. Setakat ini menurut Dato' Aziz beberapa pihak bersedia untuk membantu usaha berkenaan termasuk kerjasama bidang penulisan. Bekas editor akhbar 'Balai Muhibbah' Zakaria Bidin bersama sasterawan dan pengarang buku-buku autobiografi, Pak Dharma sudah memberi pengakuan untuk membantu, kata Dato' Aziz selanjutnya. "Kami akan ke Makasar untuk menemui tokoh-toko sejarah di sana," jelas Dato' Aziz menambah.

1 comment:

ahmadnizamhamid said...

saya agak ragu-ragu akan kejituan fakta tersebut.apakah ada suatu kajian ilmiah,bebas dan berhemah dari para sarjana untuk mengesahkan hal ini atau sekadar tangkap muat?saya hanya akan boleh mempercayai jika sekiranya ada kajian ilmiah yang benar-benar tuntas dan indepen.sementara itu,saya hanya boleh menganggap upaya sebegini tidak lebih untuk membodek dan cuba mengkultuskan peribadi najib atas sebab-sebab yang pihak berkenaan sendiri tahu.
juga saya melihat budaya dan mentaliti Melayu yang feudal masih marak-mereka atau individu yang memegang kekuasaan akan cuba digambarkan sebagai keturunan pahlawan maha agung!bak cerita Malim Deman diperanakkan...atau Hikayat dari Bukit Seguntang Mahameru yang rakyat/massa/proletar layaknya dari muntah lembu!
maaf,saya mohon izin untuk menjadi sinis!