Tuesday, June 23, 2009

ISU SKANDAL PKFZ MUTAKHIR:


PKFZ: PAC bincang untuk:
Panggil Gani Patail Selasa depan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membincangkan kemungkinan memanggil Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada mesyuarat Selasa depan. Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, berkata ini bagi mendapat penjelasan berhubung nasihat Peguam Negara itu mengenai pembelian tanah di Pulau Indah oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). "Peguam Negara telah menasihati cara pengambilan tanah mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah, namun nasihat itu tidak diguna pakai. Maka kami perlu tahu mengapa nasihat beliau (Peguam Negara) tidak diguna pakai. Pengambilan tanah oleh kerajaan negeri pada ketika itu membeli atas harga pasaran daripada RM10 kepada RM25 kaki persegi. - http://www.bharian.com.net

No comments: