Tuesday, June 23, 2009

SURAT TERBUKA ABANG ZEK

Tandas begerak dilaman web:
Boleh layari lesungbatu.webs.com

Saudara saudarai sahabat sekelian, Maaflah sekali lagi ganggu ni. Pertama-tamanya saya mohon maaf kerana ada surat-surat yang belum disiarkan dalam komen pembaca kerana ruangannya agak terhad. Seperkara penting saya mohon ialah harap dapat berikan nama dan dari mana komen itu dihantar supaya tidaklah saya terpaksa tulis dari pelayar laman web ini sahaja. Seperkara lagi sepertimana biasa, cerita politik, kisah Terengganu belum selesai selagi kes SMS ugut belum mendedahkan siapa dalang di belakangnya secara sah. Yang tak sah kita dah boleh agak dah. Perangai buruk Datuk Seri Mohamad Nizar melaungkan Bubar DUN Perak sebaik sahaja selesai angkat sumpah sebagai ahli parlimen masih ramai lagi yang mengutuknya.


Terbaharu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kata UMNO kena minta maaf dengan rakyat kelantan, ramai betul orang Kelantan yang marah dengan beliau. Datuk Ibrahim Ali yang bukan ahli UMNO pun naik berang. Dalam ruangan Gambar Menarik memaparkan satu ciptaan tandas bergerak untuk tempat-tempat yang tidak ada tanas menggunakannya. Jenakaria kali ini membawa telatah murid yang tidak mengaku salah atas kesalahannya pasti mencuit hati. Selamat melayari http://www.lesungbatu.webs.com/. Semoga dapatlah juga disampaikan kepada kawan-kawan mengenai lesungbatu ini. Terima kasih dan selamat jumpa lagi dan selamat sejahtera. - Abang Zek

No comments: