Penghinaan dan cabar kerajaan PR
Jumaat 17 Julai 2009 24 Rajab 1430 Hijrah
oleh: Saidah Hairan Fri Jul 17, 09 3:42:23 pm MYT

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.
Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..." Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..." Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'

"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini." Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN. Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.' Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.
Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas pimpinan Pakatan Rakyat masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta. Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza. Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM. Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'. Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama pimpinan PR keluar dari bangunan tersebut. Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad. Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo. Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya. Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini. Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _ http://harakahdaily.net/
No comments:
Post a Comment