Tuesday, July 28, 2009

SEKALI PERSETUA...

Maka berkata Orangkaya Hadi Awang:
Sudah banyak UMNO bawa kemusnahan

Sebermula tersebutlah alkisah Orangkaya Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang menjadi penghulu harakah Islam (PAS) berkata ia, negeri Melayu ini akan aman tenteram sekiranya tiada lagi harakah Melayu (UMNO). Maka pergilah Orangkaya Dato' Seri Hadi ke balai sukan Bertam, Kepala Batas di Seberang Perai Utara lalu disuruhnya UMNO dan BN segera berundur diri dari persada siasah negara. Maka berkata Orangkaya itu, BN dan UMNO sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui (sistem amalan demokrasi yang zalim) cara orang atas angin memerintah negeri mereka.

Arakian maka Tun Telanai menyuruh memanggil Suir seorang tua lagi untut keuda belah kakinya, maka disuruh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka oleh orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, ditahankan belakangnya (taklah ia dinamakan liwat); maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah, sedikit pun tiada ia luka. Maka sembah Tun Telanai kepada Paduka Bubunnya, "Tuanku, inilah sebabnya maka Melaka tiada alah diserang Siam. Semuanya orang Melaka demikian belaka." Syahdan adapun UMNO itu samalah juga seperti Suir yang kakinya untut yang bermain lembing itu, maka diperbuat orang pantun:

Apa difikir rasa terbantut
Bising pula dengkung dengkang
Lagi Suir berkaki untut
Lembing tak lut kena belakang

Maka oleh sekalian orang banyak mereka pun membaca 'Kitab Melayu' daripada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: