Tuesday, July 14, 2009

SEKILAS PANDANG...

Persaingan sebenar di Manek Urai:
Pengundi sudah membuat keputusan



Besok (14 Julai 2009) pilihanraya kecil (PRK) DUN Manek Urai sekadar melihat persaingan calon PAS Haji Fauzi Abdullah dan calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat; tetapi ujian sebenar tertumpu kepada penampilan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Spekulasi di kalangan penganalisis politik sudah membayangkan, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi 100 hari Najib menduduki kerusi PM sebagai 'tembak pelanduk rusa yang kena'. Sekiranya calon UMNO mampu melakukan 'kejutan', bermakna wibawa Najib akan dipertikai; apatah lagi Dr M merumuskan lebih banyak negatif daripada positif.

Muhyiddin sendiri dilihat sebagai penggerak penting di belakang 'pelan peralihan kuasa' pada Mac 2009, sekalipun ianya sudah diberi jaminan akan berlaku pada Oktober 2010. Berikutan 'pelan peralihan kuasa' tak mengikut jadual akibat gerakan yang dibuat oleh Muhyiddin, Dr M lebih memberi kredit kepada Muhyiddin. Apalagi dengan ketewasan Dato' Mukhriz Mahathir dalam persaingan Ketua Pemuda, memberi imej buruk kepada Muhyiddin selepas isu 'politik wang' tak menghalang kemenangan Khairy Jamaluddin. Menurut penganalisis politik Muhyiddin perlu bersaing lebih mantap, berikutan faktor usia.

Tun Dr Ismail misalnya tak bersaing dengan Tun Abdul Razak pada 1971, justeru berdasarkan fakta penganalisis politik ketika itu, membolehkan Dato' Harun Idris melengkapkan dominasi pengaruh Pemuda memintas pimpinan yang lain. Bagi menghalang Dato' Harun isu 'parti dalam parti' dan 'komunisme'; malah Dato' Harun dilihat terlalu kecewa berikutan kematian Tun Dr Ismail pada 1973. Beliau seolah-olah mengharapkan Tun Dr Ismail berundur pada pemilihan 1975 (setelah perlembagaan UMNO dipinda bagi pemilihan tiga tahun sekali), justeru akan bersaing dengan Tun Hussein Onn (kerana Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba dijangka tak menggugat beliau).


PRK Manek Urai secara politiknya memang persaingan Haji Fauzi dan Tuan Abdul Aziz, tetapi disebalik segala gelombang hijau dan gelombang biru; adalah debaran Najib-Muhyiddin. Mereka berhadapan dengan fenomena 'ditelan mati emak, diluah mati ayah'. Bagi pimpinan UMNO, mereka tak bimbang hilang 'satu kerusi', tetapi persaingan dalam parti yang memastikan siapa heh heh heh! Muhyiddin tak akan menunggu kerana faktor usia; Najib juga tak akan menoleh ke belakang selepas diberi baton untuk meneruskan larian di balapan. Pengundi di Manek Urai barangkali sudah memutuskan malam ini, untuk memberikan undi mereka esok hari (14 Julai 2009). Entahlah!

-Pak Dharma

No comments: