Wednesday, July 15, 2009

SEKILAS PANDANG...

'Mesra masyarakat':
Tak diterjemah polis



Ketika menghantar isteri saya ke klnik bagi check-up bulanan pagi ini (15 Julai 2009), tiba-tiba sahaja seorang anggota polis tak bertugas menahan saya, kononnya membahayakan beliau yang memandu. (kira-kira 50 meter dari persimpangan klinik, ialah lampu isyarat berhampiran masjid Batu 61/2, Gombak (berhadapan rumah Allahyarham Ibu Anjah, tetapi si hamba Allah memandu laju). Apabila menahan saya dengan tak memperkenalkan diri (saya cam beliau angota polis berdasarkan seluar dan kasut), beliau berlagak seolah-olah seperti dalam tugas dengan meminta lesen dan kad pengenalan.

Secara kebetulan pula heh heh heh menelefon saya skadar bertanya khabar, justeru saya beritahu mengenai insiden sedang berlaku. Apabila heh heh heh meminta untuk bercakap dengan anggota polis itu, saya keberatan juga (disebabkan anggota polis itu masih muda, malah barangkali sebaya dengan anak-anak saya) kerana perkara berkenaan kecil sangat. Bagaimanapun dalam keadaan serba salah saya berikan juga telefon tersebut kepada anggota polis yang memegang kad pengenalan dan lesen memandu saya. Tak tahulah apa yang dicakapkan, tetapi anggota polis berkenaan memulangkan semula dokumen dan meminta maaf.

Sebenarnya beberapa buah kenderaan menghalang persimpangan jalan ke klinik, menyebabkan sukar bagi pemandu yang keluar masuk ke kawasan bangunan klinik memastikan kenderaan lain. Apalagi kenderaan anggota polis tersebut meluncur laju, sekalipun dalam jarak 50 meter dari hadapan lampu isyarat. Kalau si hamba Allah terbabit dalam bertugas atau memakai uniform, memang saya akan nasihati supaya bersikap 'mesra masyarakat'. Dalam tragedi 'Hunter' di sebuah taman perumahan di Gombak (seminggu selepas tragedi al-Maunah di Grik, Perak), rumah saya turut dijadikan bilik operasi. Saya juga membenarkan mereka gunakan sebarang kemudahan sama ada telefon, elektrik mahupun bilik air sepanjang operasi dijalankan.

Selepas segalanya berakhir dengan 'Hunter' dapat diberkas, hanya angota polis bertugas sahaja mengucapkan terima kasih. Pihak jabatan polis secara rasmi tak pernah menyhampaikan sebarang penghargaan dengan kerjasama yang saya berikan. Barangkali slogan 'mesra masyarakat' itu tak diterjemahkan secara berkesan, kerana dalam insiden pagi ini (15 Julai 2009) si hamba Allah mahu menyalahkan pihak lain, ketika beliau sendiri memandu laju dan berbahaya dalam jarak 50 meter dari lampu isyarat. Sebelum ini saya juga berpengalaman apabila anggota polis berkasar dengan Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris, tetapi beliau sekadar tersengih-sengih memberitahu, "Kalau salah, saman aje laaa!". Alahai!

-Pak Dharma.

No comments: