Saturday, March 14, 2009

KOMENTAR: Bersama Pak Parjo...

Seronoknya Naik Ke Kemuncak:
Taman Indah Menunggu Orangkaya


Kata sahibul hikayat seramai lima orang sahaja didakwa kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, apabila berlaku kekecohan di negeri baginda sepurnama yang lalu. Sayugia diingat daripada sejumlah lebih 27 juta rakyat di negeri Melayu itu, hanya lima orang itulah sahaja yang didakwa menghina raja Melayu itu. Arakian akan baginda Sultan Azlan Shah belumlah lagi baginda bertitah mengenai peristiwa kekecohan di negeri baginda, kerana kasihnya baginda akan rakyat jelata sekalian. Pada masa dahulu berkatalah rakyat jelata akan raja-raja Melayu itu terluka hati baginda kerana kemasygholan 'kekebalan' baginda dihapuskan oleh pimpinan harakah Melayu (UMNO) termasuklah Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak turut menyokongnya.

Sebermula kata orang yang empunya ceritera semakin hampirlah Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak itu menaiki singgahsana tak sampai sepurnama lagi, maka terasa bertambah banyaklah kekecohan yang dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak berasa tak selesa dengan kejadian melanda negeri ini menjelang peralihan kuasa itu, adanya. Maka akan anak-anak buah harakah Melayu yang diketahui menyokong Orangkaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dibawa ke mahkamah. Syahdan sekalian orang banyak gemparlah akan penghuku anak-anak muda di Wilayah Persekutuan Dato' Norza Zakaria itu juga didakwa ke mahkamah kerana dituduh terbabit heh heh heh!

Arakian Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun heran mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu. Arakian maka dilihat Tun Mamat serba bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan apabila mahu naik ke atas kemuncak, gerangannya keindahan dipuncak-puncak itu yang ditunggu oleh Orangkaya Dato' Seri Najib seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:











HIDUP BAHASA MELAYU!

1 comment:

Seladang said...

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepok ramai-ramai
Umno semakin lesu!