Tuesday, April 14, 2009

CATATAN ANWAR IBRAHIM

Iktibar di Bukit Selambau
Jangan anggap layak jadi calon

Ujian mengajar dan pengalaman mendewasakan. Arakian satelah hiruk-pikuk awal menuntut hak calon yang mewakili kelompok masing-masing, bercambahlah senarai calon.

Ada yang mendakwa wakil kabilah, kaum, agama tidak dilayani. Dan tambah panas suasana manakala terdapat tokoh daerah yang memimpin parti menganggap diri mereka terlalu layak dan parti akan hancur sekiranya mereka tidak dipilih.

Alhamdulillah dan syabas kepada rakyat, dan khususnya pengundi Bukit Selambau yang memilih agenda perubahan KeADILan dan Pakatan Rakyat dan bukannya telatah bengis atau ugutan.

Semuga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Yang mengkhianati perjuangan kerana harta, takhta atau dendam kesumat akan dihumban olih rakyat.
Demikianlah gesaan saya di Bukit Selambau pagi semalam, dan kepada pimpinan KeADILan Pulau Pinang dan Permatang Pauh petang semalam.

(*Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu beliau sendiri menetapkan calon dalam pilihanraya, bukan pimpinan tempatan. Pilihannya tepat kerana calon berkenaan menang, bukan disebabkan kebencian rakyat kepada BN. Tetapi apabila menafikan keupayaan pimpinan tempatan, ianya seakan-akan mengikuti jejak UMNO/BN yang mula dibenci oleh rakyat, malah sekarang menerima padahnya)

No comments: