Tuesday, April 14, 2009

PUISI


Semalam Di Malaya

-lagu versi baru.

Oh di mana
kawan dulu
kawan dulu
yang sama berjuang
oh Malaya.

Duhai pengembara,
seorang kawanmu
di Kemunting
seorang lagi
dihukum mati
bagi pihak,
yang seorang lagi
sudah jadi sang algojo
seorang lagi pula
sedang meniduri ibunya.

Kekasih hatiku
telah pula hilang,
hilang tiada pesan
aduhai nasib
apakan daya cinta hampa
seorang pengembara
yang hina.

Aduhai pengembara,
sekiranyalah kau temui
kekasihmu itu
mengacara rancangan tv
janganlah kau harapkan lagi
kerana dia
sedang menanti
untuk jadi permaisuri.

Dan sekiranya,
kau tidak mahu
merantau lagi
kau buka blog
namakan dirimu
Sang Rambai
nanti akan ada
orang membeli
dan kau akan jadi jutawan
dan
tak perlulah kau
mendayu lagi
duhai perantau
yang pulang.

-Yassinsalleh
jam 1420
April 14, 09
Malaya kian bergetaran
ulu berdentum
hilir berpilin.

1 comment:

Seladang said...

Beginilah kisahnya
Altantuyya di Malaysia
Cari kekasih dan komisyen
yang dapat bom C4
hancur berkecai
oleh algojo
yang masih gagah!!!!!