Tuesday, April 21, 2009

NIZAR BUAT PENDEDAHAN...

Tak sebut peruntukan perlembagaan:
Ketika Nizar menghadap Sultan Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Dato' Seri Ir Muhamad Nizar Jamaluddin mendedahkan baginda Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besa, lapor laman blog Malaysiakini hari ini (21 April 209). Beliau mendedahkan fakta tersebut seperti terkandung dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari 2009 lalu.

Menurut laporan tersebut, Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Berdasarkan versi Ahmad Kamal ianya tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya fakta berkenaan. Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Justeru Mohd Nizar mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Dalam afidavit tersebut, Mohd Nizar menjelaskan ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN sebagai penyelesaian kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah “meletak jawatan”.

Bagaimanapun lapor Malaysiakini, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu di samping menyebut ayat al-Quran “Innallaha maa Sobirin”(sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Mohd Nizar seterusnya memberitahu, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda. Serentak dengan itu Mohd Nizar menafikan memberitahu baginda pembubaran DUN disebabkan hilang kepercayaan kepadanya

1 comment:

Seladang said...

Ada lagi ke pemimpin Umno menghurmati Perlembagaan Malaysia? Yang amat dihurmati opleh mereka ialah Wang! Lebih baik berhujjah tentang wang dari berehujjah tentang perlembagaan!