Seri Paduka Baginda YDP AGONG.
oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).
Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
No comments:
Post a Comment