Thursday, July 30, 2009

Ayah Ahmad Nizam di IJN...

Selepas rawatan awal di Temerloh:
Ayah Penasihat Undang2 PKR Pahang ke IJN


Pimpinan PRIMA melahirkan rasa berdukacita kepada Penasihat Undang-Undang PKR negeri Pahang dan aktivis masyarakat di sini, Ahmad Nizam Hamid berikutan ayahnya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini (30 Jun 2009). Sebelum ini ayah Ahmd Nizam dimasukkan ke hospital di Temerloh bagi rawatan awal, di samping sentiasa berulang alik menerima doktor di sana. Selepas menerima khidmat nasihat selanjutnya, Ahmad Nizam memasukkan ayahnya ke IJN hari ini. Ketika dihubungi sekretariat PRIMA, beliau memberitahu keadaan ayahnya stabil tetapi memerlukan rawatan lanjut di IJN.

Bagi pihak pimpinan PRIMA saya mendoakan ayah Ahmad Nizam segera sembuh, di samping keluarga beliau sentiasa bersabar. Bagaimanapun Ahmad Nizam tak menjelaskan sama ada pelawat dibenarkan menziarahi ayahnya atau sebaliknya. Disebabkan ayahnya sudah lama menerima rawatan di hospital Temerloh, Ahmad Nizam tak menggalakkan ayahnya dkunjungi sahabat handai dan pelawat-pelawat. "Harap kawan-kawan doakan ayah saya selamat menjalani rawatan, di samping segera sembuh," beritahu Ahmad Nizam.

1 comment:

ahmadnizamhamid said...

Pak Dharma YTH,
terima kasih diatas doa dan prihatin.saya sekeluarga tentunya amat menghargainya.mengenai orang tua saya,perlu jalani beberapa ujian lanjut kerana ada kemungkinan urat jantungnya tersumbat semula.abah pernah buat by-pass operation dalam tahun 2003 dan baru-baru ini sekembali dari menguruskan pengkebumian bapa saudara saya (di hari yang sama Abah SahmadMalaya meninggaldunia) beliau diserang 'angina',ikut kata doktor peringkat sebelum serangan jantung.jadi sekarang beliau berehat sementara menunggu tindakan selanjutnya dari IJN.
manakala tentang komen Pandak Akat itu,jelas membuktikan ada yang sanat tidak sihat dalam budaya orang Melayu (jika dia Melayulah) dan ini saya kira bahana pendekatan politik songsang UMNO/BN.saya sedang meneliti beberapa buku sebenarnya untuk saya mengarang artikel tentang apa yang saya kelaskan sebagai politik ethno-centric UMNO;insyaAllah akan saya muatkan dalam blog saya.
sekali lagi bagi pihak keluarga saya merakamkan jutaan terima kasih diatas doa dan keprihatinan Bapak dan teman-teman.