Permohonan Anwar ditunaikan:
Pendakwa serah dlm masa seminggu

Dalam keputusannya, hakim tersebut menolak permohonan Anwar agar dibekalkan atau dibenarkan meneliti sampel-sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan dan pada barang-barang yang diambil dari kediaman pemuda itu. Jelas Hakim Mohamad Zabidin, sampel-sampel tersebut hanya boleh diteliti oleh pihak pembelaan setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes kerana kesemua sampel itu kini telah dibungkus dan dimeterai oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia. ''Oleh itu, sebarang gangguan oleh sesiapa terhadap meterai tersebut sebelum dikemukakan di mahkamah pada hari perbicaraan akan mengganggu identiti dan rangkaian keterangan berhubung barang kes tersebut,'' katanya.
Manakala dokumen-dokumen dan barangan lain yang diperintahkan dibekalkan itu ialah:
n Pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008.
Gambar-gambar 'slides' yang dibuat semasa ujian ke atas sampel-sampel DNA yang dikatakan diambil daripada pengadu dan kediamannya. Pihak pembela juga dibenarkan melihat 'slides' yang dibuat semasa ujian berkenaan di bawah pengawasan pegawai penyiasat dan ahli kimia.
n Nota-nota ahli kimia berkenaan pemeriksaan dan analisis sampel- sampel DNA yang diambil daripada pengadu dan barang-barang di kediamannya.
n Pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008.
Gambar-gambar 'slides' yang dibuat semasa ujian ke atas sampel-sampel DNA yang dikatakan diambil daripada pengadu dan kediamannya. Pihak pembela juga dibenarkan melihat 'slides' yang dibuat semasa ujian berkenaan di bawah pengawasan pegawai penyiasat dan ahli kimia.
n Nota-nota ahli kimia berkenaan pemeriksaan dan analisis sampel- sampel DNA yang diambil daripada pengadu dan barang-barang di kediamannya.
Senarai saksi yang akan dikemukakan pada perbicaraan. Salinan semua dokumen yang akan dikemukakan sebagai keterangan seperti yang diperlukan di bawah Seksyen 51A(1)(b) Kanun Aturcara Jenayah (CPC). Kenyataan fakta-fakta menyebelahi pembelaan, sekiranya ada seperti yang diperlukan di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC. Salinan nota-nota semua doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dikatakan merawat dan memeriksa bekas pembantu Anwar itu termasuk pada 28 Jun tahun lalu.
Salinan gambar, nota-nota dan laporan hasil pemeriksaan 'proctoscopy' yang dikatakan dibuat ke atas pengadu di HKL termasuk pada 28 Jun lalu. Laporan dari Hospital Pusrawi dan nota-nota berkenaan pemeriksaan ke atas pengadu. Sekiranya tiada laporan disediakan, satu pengesahan doktor berkenaan bahawa tiada laporan disediakan hendaklah diserahkan kepada peguam bela. Salinan kenyataan saksi-saksi yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan. Saksi-saksi tersebut ialah Mohd. Shaiful Bukhari, pemilik kediaman pengadu iaitu Hassanudin Abdul Hamid, isteri Hassanudin yang hanya dikenali sebagai Nursham, Muhamad Rahimi Osman, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi dan Dr. Osman Abdul Hamid.
Salinan rakaman video percakapan pengadu yang dikatakan dibuat pada 30 Jun tahun lalu pula tidak perlu diserahkan setelah mahkamah memerintahkan rakaman percakapan pemuda itu di bawah Seksyen 112 CPC dibekalkan. Hakim Mohamad Zabidin menjelaskan, beliau membenarkan salinan kenyataan saksi-saksitersebut dibekalkan setelah mendapati ia tidak akan menyebabkan prejudis ke atas kes pendakwaan atau mengganggu gugat kepentingan awam. ''Sebaliknya, ia membolehkan pihak pembelaan mengetahui lebih awal dan lebih jelas kes terhadap tertuduh dan ini mungkin dapat membantu mereka menyediakan pembelaan yang lebih sempurna dan teratur,'' ujarnya.
Hakim tersebut kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan perbicaraan penuh kes tersebut dan satu lagi permohonan Anwar iaitu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya. Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
No comments:
Post a Comment