Terma-terma khusus siasatan:
Pastikan perkara tak berulang?
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera tuan yang empunya ceritera terlalulah kesalnya Orangkaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim dengan keputusan kerajaan Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock. Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.
Adapun Orangkaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam. Heh heh heh! Syahdan, ada pun Seri Bija Diraja pergi mengikut Maharaja Dewa Sura itu, serta ia berburu kerbau jalang, dan menikam seladang, dan memikat ayam hutan, dan barang di mana pasir yang baik di sana ia singgah sambil menjala dan memukat. Maka hairan sekalian anak-anak buahnya, kerana Orangkaya-Orangkaya yang lain berlumba-lumba mahu menangkap raja Pahang, Maharaja Dewa Sura itu. Akan Seri Bija Diraja bermain-main sahaja ia dalam urusan negeri, maka diperbuat orang nyanyi:
Pergi ke hulu ke pasir landai
Raja dicari belum mangkat
Berdahulu-dahulu tunjuk pandai
Harap diberi kurnia dan pangkat
Oleh yang demikian disuratlah dalam 'Kitab Melayu' oleh:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment