Friday, July 24, 2009

SEKILAS PANDANG...

Harap kebobrokan dirungkai:
Dgn penubuhan Suruhanjaya Diraja




Keputusan kabinet mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock di bangunan pejabat SPRM 15 Julai 2009, disambut baik oleh semua pihak. Sama ada ia telus, tulus dan turus atau sebaliknya perkara lain, tetapi penubuhan suruhanjaya berkenaan bagi menyiasat lagi satu 'suruhanjaya' (SPRM) bolehlah dianggap memberi harapan agar segala kebobrokan dapat dirungkai. Bukan sahaja di bawah soal siasat SPRM, malah isu ramai sangat suspek mati dalam lokap polis juga belum mampu diselesaikan - apalagi polis pula diminta menyiasat kes SPRM. Heh heh heh! Pada dekad 1980-an pun berlaku insiden suspek mati dalam lokap polis seperti kes Abdul Aziz Tompok ketika siasatan membabitkan kematian Dato' Taha Talib pada pilihanraya 1982.

Sebelumnya pada 1973, saya diminta oleh Ahli Parlimen Kampar ketika itu, Fan Yew Teng ke Kuala Lumpur (saya berkhidmat dan menetap di Seremban) berikutan isu kematian seorang lelaki dkenali Comrade Lim mati dalam tahanan ISA di Kemunting. Comrade Lim dikatakan aktivis Parti Buroh ditemui mati dalam tahanan, menyebabkan keluarganya tak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan. Justeru mereka mahu memprotes di bangunan Parlimen dengan menyampaikan memorandum kepada semua Ahli Parlimen (yang kebetulan Parlimen sedang bersidang). Keluarga dan sahabat handai mendiang Comrade Lim sekadar 52 orang sahaja, itu pun wanita, kanak-kanak dan lelaki warga emas. - (Gambar, Fan Yew Teng mewawancara Dr Wan Azizah)

Ironinya, lebih 200 anggota FRU sudah menunggu di pintu masuk bangunan Parlimen semata-mata untuk berhadapan dengan 52 orang anggota keluarga dan sahabat handai Comrade Lim. Bukan sahaja mereka tak bersenjata, malah fizikal juga tak segagah anggota FRU disebabkan mereka wanita, kanak-kanak dan lelaki warga emas. Saya pula dijemput oleh Fan Yew Teng atas kapisiti penolong setiausaha organisasi kepadanya (ketika itu beliau setiausaha organisasi kepada partinya). Kerajaan memberi alasan yang munasabah kepada kepentingannya, bagi menjelaskan sebab-sebab kematian Comrade Lim. Begitu juga punca kematian Abdul Aziz Tompok (salah seorang pimpinan dan aktivis UMNO di Tampin) dengan alasan-alasan munasabah pihak polis.

Justeru dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca-punca kematian Teoh tak berakhir seperti kes Comrade Lim dan Abdul Aziz Tompok (keana mereka tak diwujudkan Suruhanjaya Diraja penyiasat). Malah kes seorang individu yang ditembak mati di balai polis Simpang Pertang sekitar dekad 1970-an (selepas ditahan di satu sekatan jalan raya) dikatakan mencuba merampas pistol polis menjadi punca berlaku pergelutan. Dalam kes berkenaan Yeap Ghim Guan dilantik sebagai peguam untuk croner inquiries (disebabkan ketika itu barangkali Karpal Singh tak sepopular sekarang). Memang pengalaman yang sudah saya lalui sebelum ini memberi banyak persepsi dengan insiden yang berlaku sekarang ke atas Teoh. Isy isy isy!

-Pak Dharma

No comments: