Friday, April 3, 2009

DARI LAMAN BLOG:

Najib PM Tak Selesa:
Ku Li Masih 'Tunggu dan Lihat'


Assalamualaikum,

Pagi ini rasmilah Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke 6 dalam pelan peralihan kuasa yang dipercepatkan dari Mac 2010 ke April 2009. Ianya mengakhiri spekulasi mengenai desas desus, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menangguhkan perletakan jawatan. Heh heh heh! Dato' Seri Mohd Najib adalah Presiden UMNO selepas selesai Perhimpunan Agung (24 - 28 Mac 2009), justeru beliau menerima sokongan majoriti sekalipun UMNO tak sampai 70 kerusi daripada sejumlah 140 kerusi kerusi BN di Dewan Rakyat selepas PRU12.

Pelan peralihan kuasa yang dikatakan penuh sopan santun, sebenarnya mempunyai liku-liku yang berangkai-rangkai, berungkai-rungkai dan berantai-rantai. Dato' Seri Abdullah didesak meletak jawatan berikutan prestasi buruk BN pada PRU12 seperti keperihalan Tunku Abdul Rahman yang didesak selepas pilihanraya 1969. Justeru penggantungan akhbar 'Harakah' dan 'Suara Keadilan' juga mempunyai kaitan dengan isu dalaman UMNO yang perlu dibendung, dikendong dan dikandung. Tetapi kedudukan UMNO tak sampai 70 kerusi di Dewan Rakyat sebenarnya bukanlah selesa sangat kepada Najib.

Tun Razak pun tak selesa selepas pilihanraya 1969, tetapi beliau mampu mengajak Tan Sri Asri, Tun Dr Lim Chong Eu, Dato' S.P. Seenivasagam, Tan Sri Ong Kee Hui dan Tan Sri Edmund Langgu membentu BN yang diluaskan skopnya daripada Parti Perikatan. Tak tahulah apa agenda dalam mengukuhkan kedudukannya, kerana sekadar semangat berkobar-kobar sahaja, isy isy isy! Kalau mahu bersaing sebagai pemidato sukar baginya mahu menyaingi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Justeru tak hairanlah pada 28 Mac 2009, Anwar juga menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong

Memang surat Anwar memohon Yang Dipertuan Agong menangguhkan pelantikan Najib tak diberi respon oleh baginda. Lainlah 'Kerajaan Perpaduan' yang diwar-warkan sebelum ini menerima persetujuan bersama, asal sahaja Tengku Razaleigh Hamzah tampil sebagai pahlawan budiman. Tetapi dalam usia 73 tahun, Ku Li juga sukar membawa perubahan. Apalagi peranan Ku Li dilihat terlalu berhati-hati dengan sikap 'tunggu dan lihat' (atau Tunku dulu 'tolak ansur') yang tak serasi dengan perwatakan 'agresif' Anwar. Nampaknya seperti kata Yassinsalleh dan Mankadir 'tak dapek la nak somoleh kobou yang liar di hutan!'. Heh heh heh!

-Pak Dharma

No comments: