Menunggu Kemunculan:
Kehebatan UMNO Progresif
Kemunculan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda baru nampaknya dipersoalkan oleh sekumpulan ahli UMNO atau perwakilan yang berasa takjub bagaimana Khairy Jamaluddin boleh menang selesa. Majoritinya jauh lebih besar daripada majoriti Dr. Mahathir Mohamed menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah 1987. Kemenangan itu pun menakjubkan kerana memang dijangka Ku Li akan menang. Samalah seperti Mukhriz anak Dr. Mahathir dijangka akan menang. Dan kemenangan ini sungguh menarik untuk dianalisis dengan kritis dan mendalam.

Pada pandangan saya, Khairy Jamaluddin telah meninggalkan UMNO tua yang letih tak bermaya untuk membina UMNO progresif abad 21. Seperti Dr. Mahathir Mohamed dibenci oleh segolongan ahli UMNO dan orang Melayu, maka begitulah juga Khairy Jamaluddin tidak disenangi oleh golongan UMNO tua yang diwakili Dr. Mahathir Mohamed pada waktu ini. Anda boleh lihat atau tidak ironinya di sini? Kehadiran Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak adalah pengantar kepada kemunculan UMNO progresif yang akan diterajui oleh Khairy Jamaluddin.
Ahli-ahli UMNO tua selalu berkata betapa pentingnya dalam barisan kepemimpinan baru memberi peluang kepada 70 peratus anak muda yang akan menentukan hidup matinya UMNO; oleh itu adalah aneh jika kemunculan Khairy Jamaluddin dipersoalkan oleh kumpulan UMNO tua. Yang jadi sedikit pelik ialah kebencian Dr. Mahathir Mohamed terhadap tokoh muda yang cerdik dan cerdas ini. Apakah yang membuat beliau begitu marah? Mungkin sama juga sebabnya dengan kemarahan Tunku Abdul Rahman terhadapnya satu ketika dulu.
Ahli sejarah dan penganalisis politik patut benar meneliti perkara ini, kerana dari analisis itu kita dapat melihat corak kepemimpinan Melayu yang akan muncul dalam abad 21 ini. Jika bukan Khairy Jamaluddin, siapakah orangnya? Tentu sekali bukan Mukhriz anak Mahathir, tidak juga Khir Toyo. Kedua-dua mereka ini, walaupun muda, berada dalam golongan tua UMNO, yang tidak mempunyai apa-apa perancangan bernas untuk melonjakkan kepemimpinan baru di kalangan orang Melayu.
Jika analisis saya silap, saya tidak khuatir kerana orang Melayu memang suka memihak kepada cara lama yang lesu daripada menerima kemunculan tokoh baru yang memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Sejarah Melayu menceritakan bagaimana budak-budak Melayu yang cerdik dibunuh. Adakah UMNO yang dikatakan sudah berubah itu akan membunuh seorang tokoh muda yang dilahirkan oleh parti itu sendiri? Ikut mana pun tafsiran dibuat, satu kesimpulan tidak dapat dielakkan. Jika kemunculan Khairy Jamaluddin menjadi masalah kepada UMNO dan orang Melayu, maka mereka akan terus berada dalam tradisi yang merugikan bangsa Melayu sudah sekian lama. Jika anda tidak faham, bacalah dengan teliti dan kritis kitab Sejarah Melayu.
-Mohd. Affandi Hassan
Petaling Jaya, 31/3/2009
-Mohd. Affandi Hassan
Petaling Jaya, 31/3/2009
No comments:
Post a Comment