Pimpinan lama dlm BN
Jadi beban kpd imej parti
BN akan mengalami kekalahan pada semua pilihanraya kecil (PRK) kalau melanggar pantang larang yang ditetapkan, menurut pimpinan veteran UMNO yang turut sama berkempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air. Kalangan pimpinan veteran UMNO itu menjelaskan pantang larang yang ketara sebagai mesej ialah Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Presiden MIC Dato' Seri Samy Vellu dan Presiden PBB Tan Sri Taib Mahmud tak menampilkan diri di hadapan pengundi. Mereka semua tak dikehendaki oleh pengundi, malah menjadi beban kepada UMNO/BN sekiranya turun berkem[pen sama, katanya. "Mesej berkenaan amat jelas, tetapi mereka masih berdegil mahu kekal sebagai pimpinan parti," beritahu pimpinan veteran terbabit selepas meninjau ke kawasan PRK.
Pengundi-pengundi India di DUN Bukit Selambau, Kedah tak menyenangi Samy Vellu, malah MIC akan hilang sokongan selagi Samy Vellu meneruskan pimpinan. Begitu juga di Parlimen Bukit Gantang, beberapa cawangan UMNO tak mahu kehadiran Khairy menjejaskan jentera kerja yang bekerja keras sejak hari penamaan calon. Sementara di Sarawak pimpinan veteran UMNO itu menjelaskan, pengundi sekadar menyokong calon BN, sebaliknya tak senang dengan penampilan Taib Mahmud yang dipanggil 'Tok Uban'. Dengan mesej yang diberikan pengundi, mereka seharusnya mengambil keputusan yang bijak, jelas pimpinan veteran berkenaan. "Mereka tak membantu BN sebaliknya menjadi beban menjelang PRU13 akan datang," jelas pimpinan veteran UMNO terbabit.
No comments:
Post a Comment