Friday, April 3, 2009

YASSINSALLEH BERPUISI


Perjalanan Kian Memanjang

Meminta pada yang ada
merajuk pada yang sayang
bermanja pada yang kasih.

Betapalah ya rupanya
kita telah meminta
pada yang tak punya
tiadalah ia perasaan
tiadalah ia bijaksana
tiadalah ia pengertian
tiadalah ia kemanusiaan.

Makanya,
apa yang nak dirajukkan
tiada sayang di hatinya
tiada kemanjaan membelai luka
kalbu yang luluh
kerana tiada
kasih di hatinya.

Yang meminta
buanglah tempurungmu
yang merajuk
minumlah racunmu
yang minta dimanja
bentanglah bara sahara
sesaujananya
dalam perjalanan
yang kian memanjang ini
kita minumlah duri kaktus
dan kita bakar fatamorgana.

Araklah mimpi
kerana mimpi
menjanjikan harapan
kerana cumalah mimpi
yang ada lagi
untuk dihitung!

-Yassinsalleh
jam 1111
April 3, 09
perjalanan kian memanjang.


Pun Tanpa Sepatu

Keemasan
atau pelangi
hiasan pesta
warna warni
melonjak kaduk
di junjungan
bertandak riak
keangkuhan.

Aku tak akan
berhenti
melintas bara
pasir
pun duri kaktus
minumanku.

Apakah sekadar
nak dapat
bersama Qarun
mandi telanjang
di sungai
dan
nak dapat
bersantai
meraikan nafsu
meniduri ibu
kita rela dan
bahagia
jadi kerbau jadi
lembu?

Sahara
bakarlah terus
pasir dan
kerikilmu,
pun tanpa
sepatu
aku takkan
berhenti
meniti baramu.

-Yassinsalleh
jam 1301
April 2009
sedang minum
duri kaktus.

No comments: