Friday, April 3, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...


Tak pernah berlaku dalam negeri
Pelantikan jemput wakil luar hadir

Sebermula sekian orang banyak pun memuji-muji Orangkaya Perdana Menteri yang baru Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Maka tak terpemenai banyaknya puji-pujian, hingga tak siapapun yang mengatakan Orangkaya itu tak baik langsung. Sejak semlam 6 Rabiulakhir 1430 (2 April 2009, kata anak cucu di akhir zaman), penitir-penitir canang juga sudah menyediakan dalam surat-surat khabarnya akan semua cerita yang baik-baik sahaja. Kata sahibul hikayat tak pernah sebelumnya pelantikan jawatan Orangkaya Perdana Menteri dijemput semua wakil-wakil kerajaan luar negeri hadir di istana. Arakian tercenganglah sekalian sekalian orang banyak dengan perubahan itu.

Syahdan setelah Sultan Mahmud Shah mendengar bendahara sangat sakit, maka baginda pun datang mendapatkan Bendahara Paduka Raja. Maka bendahara pun menyembah pada Sultan Mahmud Shah, seraya katanya, 'Ada pun Tuanku, pada perasaan patik, yang dunia ini luputlah daripada genggaman patik, melainkan negeri akhirat semata-mata patik hadapi. Dan segala anak buah patik petaruh patiklah ke bawah duli Tuanku; hendaklah Tuanku jangan dengar-dengar akan sembah orang yang tiada sebenarnya. Jikalau tuanku dengar-dengar akan kata orang yang fitnah itu, Tuanku akan menyesal kelak. Adapun yang kehendak nafsu itu daripada was-was syaitan alaihai laknat. Banyaklah seudah pemerintah besar yang binasa oleh Allah sebab menurut hawa nafsunya.' Maka terdiamlah sultan akan sembah bendahara seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:





HIDUP BAHASA MELAYU!

1 comment:

Seladang said...

Wakil Monggolia ada sama ke?