Benarkah kita sudah berubah:
Dulu sama sekarang pun sama
Rumah sudah siap , pahat masih berbunyi, sama saja UMNO dahulu dengan UMNO sekarang , tidak nampak pun sebarang perubahan. sepatutnya segala ini perlu diselesaikan sebelum pertandingan UMNO lagi. Mengapa setelah selesai baru nak disiasat. Dulu pun macam ini , sekarang pun macam ni. dulu pun ahli yang tidak puas hati protes kerana calon mereka tewas , sekarang pun begitu juga. sebenarnya kita tidak ada masa lagi dan ahli UMNO sudah bosan dengan kerenah dalam UMNO yang tidak habis-habis . Setahun sudah berlalu kita masih lagi bercakaran sesama sendiri.
Ini tidak berlaku pada parti pembangkang. Mereka menumpukan kepada aktiviti dan tumpuan kepada program parti bukan cincang mencincang dalam parti. Sejauh mana keberkesanan Lembaga Disiplin UMNO. Dulu seorang menteri telah dikorbankan. Politik wang masih macam itu juga , malahan bertambah teruk lagi. semua orang tahu. tahun ini buat lagi korbankan sesiapa saja yang tidak berkenan , pemilihan akan datang sama juga. malahan mungkin lagi teruk. Sebenarnya Lembaga Disiplin tidak menjumpai formula sebenar, hanya dengan mengorbankan beberapa mangsa sudah cukupkah untuk membuktikan Lembaga disiplin menjalankan tugas.
Seharusnya dalam isu rasuah ini, bukan orang yang beri rasuah saja dihukum , orang yang menerima rasuah juga perlu dihukum. barulah UMNO boleh membersihkan isu rasuah dalam UMNO. jika ini berlaku tentu tidak ada yang berani meminta. jika tidak ada yang meminta baru lah tidak ada yang memberi. Angota Polis yang menerima rasuah dihukum , yang memberi tidak dihukum . dalam UMNO yang memberi dihukum yang menerima tidak pula . sepatutnya kedua-dua dihukum. Jika Lembaga Disiplin telus untuk menyiasat tahun ini saya rasa kosong jawatan tertinggi dan MT. YAB Dato' Seri Najib pun faham , SI dan SK , beri salah tak beri kalah, yang menjadi kemarahan ahli UMNO ialah ada yang memberi didapati bersih dan ada yang memberi tidak disiasat , hanya orang-orang yang tertentu saja di siasat.
Siasat pula ikut laporan, orang yang baik tidak buat laporan, orang yang berniat dengki khianat saja yang buat laporan ,Duit di ambil , kemudian ada orang lain upah suruh buat laporan dia buat, baik ke orang yang buat laporan ini, Ada yang tak terima pun buat laporan sebab diupah untuk membuat laporan. Sepatutnya sesiapa saja yang mengaku terima rasuah dipecat juga kerana yang menerima dan buat laporan inilah yang merosakkan UMNO. dah minta dan terima buat laporan. UMNO punya masa yang panjang lagi untuk memperbaiki perkara ini, UMNO punya masa yang panjang lagi untuk mendidik ahli dan membersihkan politik wang, UMNO tak mampu lagi berpecah, UMNO tak mampu lagi melukai hati ahli.
Didik lah mereka di waktu yang ada dan tumpukan usaha memperkasa kan parti, Apa guna jadi pemimpin jika kalah pada pilihan raya yang akan datang, Kalau nak ikut kan yang tidak puas hati bukan seorang dua , ramai . Itulah sepatutnya Task UMNO memujuk balik hati ahli dan janganlah luka kan hati mereka lagi. Segalanya telah selesai. Pemimpin yang dipilih , walk the talk . Kita serang pembangkang dan bukan serang ahli kita. Cukup sudah kita sendiri yang memalukan UMNO, jangan sampai satu hari nanti ahli UMNO malu untuk mengaku jadi ahli UMNO dan yang tinggal hanya pemimpin UMNO saja. tak ada yang nak pasang banner , tak ada yang nak pasang bendera. MT sendiri yang kena pasang bendera dan banner.
Ahli UMNO sendiri sudah letih bercakaran sesama sendiri, Gajah sama gajah bertarung yang penyet ahli UMNO. Semua sudah berjalan lancar, semua sudah berjalan seperti yang dirancang, yang dirancang untuk menang sudah pun menang , yang dirancang untuk kalah sudah pun kalah, Apa lagi.Cakap senang lah , mahu membanteras rasuah, kenapa sebelum pemilihan hampir kesemuanya melakukan tapi hanya seorang dua saja yang terperangkap. Siapa yang mahu menafikan saya katakan hampir kesemua ? Semua orang tahu , Seba yang menerima ramai bukan seorang dua. YAB Dato' Seri Najib pun tahu.
Tan Sri Muhyiddin pun faham apa yang saya maksudkan.Bila kita mahu berubah, jika kepimpinan tidak berubah , sukar lah yang di bawah mahu berubah.UMNO perlu berubah, YAB Datuk Seri Najib berkata , UMNO perlu berubah , jika tidak kita akan diubah, ubahlah. henti lah mengaibkan mana-mana pemimpin lagi. Bersatu lah..... jika kita mahu dihormati kita perlu menghormati , jika kita mahu bersatu, kita perlu menyatu. Berapa ramai yang mahu kita korbankan kerana pemilihan kita sendiri. Kita yang mencipta semua ini, kita yang mahukan semua ini. Ini hukum kita bukan hukum Allah SWT.
Kita sendiri lah cari jalan bagaimana untuk mengatasi. bukan kita buat pemilihan untuk korbankan ahli dan pemimpin kita, kita mahu satu pemilihan . jika cara ini salah , salahkan lah perlembagaan, pinda lah perlembagaan, kerana perlembagaan itu ciptaan kita bukan ciptaan Allah SWT. carilah jalan yang terbaik untuk UMNO dan ahli-ahlinya.MCA boleh menerima Naib mereka yang jelas melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi mereka rasakan ini semua boleh diperbetulkan dalam masa yang akan datang.
Bukan smua orang dlahikan perfect , cuma caramana kita mahu megatasinya saja. percayalah MCA akan mejadi satu parti yang akan kukuh sedikit masa lagi. kami benar-benar megharapkan satu perubahan yang drastik akan berlaku dalam UMNO> Hetikanlah politik cantas mencantas ini kerana akan memusnahkan parti kita juga. tentu ada cara lain untuk melakka nya, baik baik lah mencabut rambut didalam tepung, rambut jangan terputus , tepung jangan berselerak. http://www.tepakbersulam.com/
No comments:
Post a Comment