Wednesday, April 1, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Pagi-pagi Orangkaya Perdana Menteri:
Menghadap Tuanku Yang Dipertuan Agong


Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera di sebuah negeri Melayu hari ini 5 Rabiulakhir 1430 (atau disebut anak cucu fakir April Fool iaitu 1 Aparil 2009) akan Orangkaya Perdana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pagi-pagilah menghadaplah ia ke istana. Arakian berduyun-duyunlah penitir canang ikut sama mahu mengetahu rahsia apakah gerangan Orangkaya itu menghadap pagi-pagi lagi. Maka disebutlah orang yang empunya ceritera Orangkaya Perdana Menteri itu dijangka menghadap esok hari seperti telah dijanjikan, kerana pada 7 Rabiulakhir 1430 akan masuklah menghadap penggantinya untuk menjadi Orangkaya Perdana Menteri yang baru. Insya Allah!

Syahdan terlalu banyak berahsia Orangkaya Dato' Seri Abdullah, menyebabkan penitir-penitir canang menunggu terpinga-pinga. Hatta ia memberitahu, perkara biasa sebelum mesyuarat jemaah menteri hendaklah menghadap. Maka diberitahu orang banyak, tak pernah Orangkaya itu menghadap sebelum mesyarat jemaah, hanyasanya selepas mesyuarat jemaah sahaja barulah masuk menghadap, adanya!

Sebermula maka pada suatu hari Sultan Muzaffar Shah dihadap orang di balairong. Sudah lama baginda dihadap orang, maka Orangkaya Bendahara pun masuk menghadap. Telah datang ke luar pintu, maka Sultan Muzaffar Shah pun berangkat masuk, sebab sudah lama baginda duduk; tiada baginda tahu akan Orangkaya Bendahara datang itu. Maka pintu pun ditutup orang. Maka pada hati Orangkaya Bendahara Seri Wak Raja, "Yang Dipertuan murka akan aku, maka serta aku datang baginda masuk, maka pintu pun ditutupkan orang." Maka Orangkaya Bendahara pun terlalu malu rasanya, lalu kembali ke rumahnya. Arakian Orangkaya Bendahara ditemui mati, maka Tun Indera Segara pun mempersembahkan kepada raja seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:








HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: