Memang Saja Begitu Adanya
Setakat ini
belum ada
berita baik
untuk disiarkan
malah
kalau adapun
nak siarkan kat
mana
semua surat khabar
dah tutup
sebab tak laku.
Yang laku
telah lama
diharamkan
kerana
menyiarkan kebenaran
diharamkan
kerana tidak
menyiarkan
fitnah
diharamkan
kerana
menyiarkan
gambar pokok
balairongseri
rakyat
diharamkan
kerana naskhahnya
diguna rakyat
melindungi mata
bila ditembak
gas
dan dipancut air
asid gatal
diharamkan
kerana bila
membacanya
yang buta boleh
melihat
yang tuli boleh
mendengar
yang bisu boleh
berkata-kata.
Makanya,
hari ini tiada
berita baik
untuk disiar dan
disibar kerana
ahkbar dah tak
laku
yang laku dah
lama haram.
Memang saja
begitu adanya
encik-encik dan
tuan-tuan.
-Yassinsalleh
jam 2047
April 1, 09
ditiupan bayu rindu.
Yang Ada Padaku
Yang ada
padaku hanya
sajak
aku takde duit
harta lagilah
pulaknya
takde gelaran
juga
nak beli macam
mana
jadi
SMS sajak
sajalah yang
aku termampu
itupun tak boleh
hantar ramai-ramai
kredit topup dah
nak abis
tapi untunglah
aku tak ramai
kawan tak
macam dulu-dulu
makanya
penyair tak
ramai kawan
jangan mengadu
sesak pada
orang-orang
tuliskan sajalah
kebangsatannya
tamaddun
pengkelasan
orang-orang
via ringgit
Malaysia
via ketinggian
kuasa yang naik
tak bertangga
jika terjun
gaungnya tak
berdasar.
Demikianlah
hidup
mengajarkan
erti
persahabatan
menurut ukuran
matrik.
-Yassinsalleh
jam 2310
April 1, 09.
kilat sabung menyabung.
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Untuk Pak Dharma berilah puisi lain, untuk blog saya puisi lain. Barulah banyak karya yang dapat dihidangkan kepada peminat sdr! Boleh kan koi buat cadangan macam tu ? Jangan Pak Dharma terasa hati pulak! Ini cadangan dari pelayar blog koi dan blog Pak Dharma sebenarnya!
Post a Comment