Wednesday, April 1, 2009

Zack & Suara UMNO...

Tugas Getir Hadap PRK:
Beri Peluru Kpd Pembangkang

Kita sebenarnya memang akur dengan tindakan yang telah diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO Malaysia baru baru ini yang telah mencetuskan kontroversi di kalangan ahli-ahli UMNO. Disamping itu kita merasakan apa yang dibuat lembaga disiplin UMNO tidak membawa kebaikan kepada UMNO sebaliknya merosakkan Imej UMNO itu sendiri apabila kita membuka pekung di dada dan akhirnya kita mengharapkan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Apa yang dinayatakan oleh Tan Sri Najmuddin Megat Khas dalam kenyataan akhbar baru baru ini seolah-olah memberikan peluru kepada pihak pembangkang ketika Kita sedang menghadapi tugas getir di tiga pilihan raya kecil. Apa yang dicetuskan oleh Tan Sri Megat Najmuddin disifatkan silap masa dan beliau boleh membuat kenyataan akhbar berkenaan selepas pilihan raya kecil pada 7 hb April yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Ramai ahli UMNO yang agak kesal dengan kenyataan beliau ketika sedang sibuk berkempen di tiga kawasan pilihan raya kecil ini seolah-olah ianya menempelak mereka yang sedang sibuk berkempen. Apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Tan Sri Megat Najmuddin dan apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan sehingga tidak sabar dan tiada sensitiviti akan kesan sampingan dari kenyataan beliau. Yang paling menarik sekali beliau bercakap mengenai perkara yang beliau sendiri tidak pasti Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno.

"Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya).

"Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dipetik berkata hari ini.Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung itu berakhir Sabtu lepas, lapor Bernama.

"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya. Jelasnya, beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga disiplin, mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekali gus.

Jika beliau tidak terbabit mengapa beliau merasakan beliau berhak untuk bercakap mengenai sesuatu yang samar yang beliau sendiri tidak tahu mana hujung pangkalnya dan hanya mendengar sahaja.

Rakyat agak kecewa kerana harapan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi bahawa akan berubah dalam kepimpinan baru ini masih tidak berubah dan masih berada di takuk yang lama.UMNO sepatutnya menghukum Tan Sri Megat Najmuddin yang tidak perihatin akan sensitiviti semasa di mana ada yang menyifatkan Tan Sri Megat Najumuddin seolah olah sedang berkempen untuk pembangkang melalui media.


(*Zack ialah bekas editorial 'Balai Muhibbah' di Jabatan Perdana Menteri pada dekad 1970-an. Beliau juga bekas ketua editor akhbar 'Ekspres', dan penulis buku-buku politik sensasi)

2 comments:

Seladang said...

Aiiiii!!! Kena pada umno/bn tak patut, tapi bila kena pada PR, ditunggu2 sangat dan boleh disebarkan besar-besaran dalam akhbar arus perdana yang menjadi pencacai umno/bn. Biarkan saja mereka dengan tugas mereka. Mana yang bersalah pandai-pandailah cari perisai pelindung. Bodek cepat Najib Rosmah pasti selamat! Yang tak bersalah jangan pulak senang hati, kurang bodek Najib Rosmah nanti kurang perhatian mereka! Dengan Pak Lah tak payah bodeklah. KJ pun tak tentu haluan lagi. Dr M boleh juga kalau nak bodek dia! Dr M boleh arah Najib Rosmah selamatkan pembodeknya itu! Lagi pun kroni Hakim Linggam masih segar begar lagi!

Anonymous said...

apa dosanya jika seseorang itu 'berkata benar walaupun pahit'. kita tidak boleh sentiasa nganga dan harapkan untuk semua yg mulus2 dan manis. kadang-kadang ubat yang pahit itulah ubat yang mujarab.

terimalah kenyataan, dan perbaiki. bukan menghukum seseorang yang ingin menegur kita. sepatutnya bersyukur kerana masih ada orang yang mahu menegur ke arah kebaikan di kala semua orang lain memuji dan memuja ke arah kehancuran.

just my two cents.. regards.