Monday, August 31, 2009
KEPALA YANG DI BAWAH
Dulu tanahair ini kita yang
punya
Semenanjung Tanah Melayu
namanya,
bumi warisan turun temurun.
Pusaka tinggalan
nenek moyang zaman berzaman.
Makanya,
nama itu diiktiraf seantero dunia
sebagai permasyhuran
taraf hak milik hakiki
suatu bangsa megah
bernama Melayu
yang gagah dan amat pemurah
yang setia dan tidak pernah
menyanggah.
Sejak Raja Melaka leka
menzinahi
Hang Lipo dalam orgy
syahwat lima ratus dayang-dayang
sogokan
maharaja besar benua besar
armada besar barua besar
maka terjadilah
Melayu itu, dulu, kini dan
akan selamanya
suatu bangsa
yang berfikir
bukan dengan kepala yang
di atas.
Makanya
dalam kealpaan tak mandi
junub
dibiarkanlah hilang Tanah
Melayu
jadi Malaya
direlakanlah Jus Soli
mendakwa hak didendangkanlah
segempita halilintar
menggenta benua
merdunya buluh perindu
menyanyikan Melayu
adalah satu bangsa yang berketuanan.
Aduhai adikku Nahar dan
Akutun Jeram Besu
esuk datang lagi hari merdeka
dan orang Melayu
1Malaysia
kian malu untuk jadi petani
kerana lumpur sawah tidak
pernah menjanjikan
mertabat
suatu bangsa yang berfikir
dengan kepala yang
di bawah.
-Yassinsalleh
2253, Ogos 2009
lebih tinggi lalang
dari berdiri
menanti datangnya lagi
hari merdeka yang
kian tambah jenaka.
Saturday, August 29, 2009
SASTERA DAN BUDAYA
Kota yang hilang
Istilah persahabatan
Tiba-tiba kita bagaikan pelayar kematian angin.
Terhenti di tengah samudera.
Salam tak sampai khabar tak tiba
berita tiada
pelabuhan entah
di mana.
Lalu,
bagaikan belibis kehilangan
pasangan kepenatan
menongkah hiliran sungai
aku terapung di atas buih-buih sunyi
yang amat sepi, gelita dan sarat nestapa bertatah
rindu dan pilu
demikianlah hidup mengajar aku
bahawa ukuran kasih
timbangan sayang
adalam sedalam mana
tusukan rindu menikam kalbu.
Aduhai kawan
kemanakah engkau akan
ku cari?
Yassinsalleh,
1225hrs, Ogos 29.09
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2009
BELASUNGKAWA
Sedang saya melayari Internet, saya agak terkejut membaca artikel di salah sebuah blog yang menyatakan Senator pertama yang dilantik di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi, 27 Ogos 2009 pada usia 61 tahun akibat serangan jantung di Hospital Besar Singapura semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura untuk lawatan kerja selama dua hari. Mungkin agak terlewat saya menerima berita ini kerana sibuk dengan urusan harian. Allahyarham pada saya seorang yang gigih menimba ilmu walaupun tidak dikurniakan penglihatan. Itulah kelebihan yang saya kagumi dengan Allahyarham walaupun tidak pernah bersua dengannya.-Waris Pak Dharma
HIDUP BAHASA MELAYU!!!
Saturday, August 22, 2009
RAMADHAN AL MUBARAK
Ramadhan tiba lagi dan setiap kali menjelangnya Ramadhan, banyak bazaar yang akan tumbuh bagaikan cendawan untuk menjual juadah-juadah kepada pembeli. Setiap kali itu juga ada rengekan dari pembeli mengatakan juadah yang dijual oleh peniaga-peniaga ini tidak berpatutan dan mahal. Mana tidaknya, sebelum Ramadhan menjelang, barang-barang mentah seperti gula disekat dan ada juga kedai runcit tidak dapat menerima stok dari pembekal.
Adakah ini akan menjadi tradisi setiap kali menjelangnya Ramadhan? Atau sememangnya setiap kali menjelang musim perayaan? "dua minggu sebelum puasa, sehari makcik dapat beli sekilo gula sahaja. Nak beli lebih tak boleh. Terpaksa makcik beli hari-hari untuk disimpan. Anak-anak bila berbuka mesti nak minum air sirap atau air oren. Walaupun isu gula nampaknya tidak begitu serius sekarang, makcik risau nak menjelang hari raya nanti bukan sahaja gula, mungkin ayam, beras naik harga pula", keluh seorang suri rumah pada PRIMA.
Walaupun kisah gula sudah pun menjadi suam-suam kuku, PRIMA bukan ingin mengeruhkan lagi isu ini ataupun menambah kekusutan pada pihak berkenaan. Hendak disalahkan peniaga-peniaga pun tidak rasional kerana mereka juga ingin mencari untung. Kalau meranduk dihutan, biar luas perjalanannya, kalau stok gula disimpan, alamat naik harga pula jadinya. Di sini warga PRIMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan semoga ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya. InsyaAllah...
- Waris Pak Dharma
SASTERA DAN BUDAYA
Ingatan untuk Pak Dharma
AYAH
Pemberontak...katamu
pada diriku yang hanya anak kecil
ketika itu...
dihambat nista satu persatu
Sering berlegar dibenakku
pilih kasih antara yang lain
benci tercetus ingkar segala suruhanmu
biar derhaka ku cipta
agar bebas merdeka
ketika aku seorang anak kecil...
Meniti masa kematangan
aku sedar ciptaan insan yang kau lakarkan
hanyalah untuk menjadikan
aku seorang yang sempurna
bukan hanya pada matamu
jua pada mata masyarakat yang optimis
sehinggaku berada dalam kebanggaanmu
Ayah...
Lakaranmu hampir ke kemuncak
namun Dia tegar memanggilmu
tatkala aku ingin membalas keringatmu
yang telah engkau taburkan padaku
sedih...
Sekelumit kesal berada di dasar hati
Namun Ayah...
kupinta pada Ilahi
dalam wangian doa dan Yassin
agar engkau dirahmati
hanya itu yang dapatku kirimkan
dari jiwa anak solehah
InsyaAllah...
satu hari nanti akanku ke sana jua
entah bila...
Waris Pak Dharma
Sabtu, 22 Ogos 2009
2.14am
Friday, August 14, 2009
PERGINYA SEORANG IDEALISME NEGARA
Hari ini genap sudah 3 hari sasterawan dan budayawan negara, Allahyarham Abdul Muluk Daud @ Dharmala N.S. meninggalkan kita. Malam tadi, majlis tahlil telah diadakan di rumah arwah dengan malam pertama kami adakan majlis tahlil di kampung arwah di Petaling, Jelebu. Ramai rakan rapat arwah yang hadir di majlis tahlil malam tadi.Banyak perubahan yang arwah tunjukkan pada kami dalam 3 minggu terakhir ini. Hari Jumaat, 31 Julai 2009 arwah sempat bertemu dengan anak-anak murid beliau. Banyak ilmu yang diturunkan kepada anak-anak murid beliau (termasuklah saya) sehinggalah kami meminta beliau tangguhkan dahulu pemberian ilmu kerana kami rasa ilmu yang diturunkan itu sudah mencukupi. Selepas itu beliau terus mengajak kami ke Restoran Taqwa (memang tempat kegemaran arwah). Sampai di Taqwa, beliau terus memesan air teh tarik dan mihun goreng (biasanya arwah suka memesan mee goreng mamak). Memang biasanya kami lepak minum di situ setiap kali selesai pembelajaran, cuma malam itu arwah banyak bercakap. Tidak seperti sebelumnya, arwah hanya bercakap apabila ditanya.
Isnin, 3 Ogos 2009 sewaktu arwah berbuka puasa bersama keluarga, beliau sempat bergurau dengan ahli keluarganya. Malah beliau sempat menghulurkan jag yang berisi air tebu kepada saya dan berkongsi cawan beliau dengan saya. Saya sebenarnya terpinga dengan sikap beliau tapi saya buat tak tahulah sebab saya fikir itu cuma perkara biasa sahaja.
Sehinggalah pagi sebelum arwah dibawa ke hospital, beliau sebenarnya tidak tidur sepanjang malam itu. Beliau sempat mengagah cucunya dan juga sempat mengemaskini blog PRIMA. Lebih kurang 4.30 pagi, beliau mengejutkan emak saya daripada tidur untuk bersahur. Emak saya terkejut sebab makanan telah pun terhidang di atas meja. Selesai bersahur, arwah mengadu kepada emak saya yang dadanya sakit. Setelah melihat keadaan arwah masih tidak stabil, kami terus membawa arwah ke Hospital Selayang. Arwah terus berada di hospital selama 8 hari dan pada hari ke-9 (Selasa, 12 Ogos 2009), Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 8.41 pagi.
Semoga roh ayahanda dicucuri rahmat-Nya...
Thursday, August 13, 2009
SASTERA DAN BUDAYA
Doa dan Salute untuk Muluk @ Dharmala NS
Komradku Muluk @ Dharmala NS
demikianlah ketentuan Allah SWT
bahawa sudah sampai
waktunya
engkau dipanggilnya pulang meninggalkan
medan perjuangan tanah airmu
yang telah engkau patuhi
tanggungjawabmu
sepanjang hidupmu penuh berani
dengan kamus tanpa kata
menyerah dan putus asa.
Semoga Allah SWT
menempatkan rohmu
di kalangan mereka yang beriman
setimpal dengan pahalamu
seorang pejuang
yang tulus, telus dan taqwa.
Muluk,
entah esok entah lusa
Apak juga akan dipanggil pulang
Alhamdulillah,
tapi selagi belum tiba waktunya
tahulah kau komradku
perjuangan kita akan tetap
bagaikan juga
sepertinya selama ini
terus akan Apak semarakkan
walaupun betapa kini
lentera demi lentera
terjual sudah
pada harga diskaun 70%.
ada juga
yang ditawar pada 80%.
aduhai!
Muluk @ Dharmala NS,
sejarah riwayatmu
adalah tugu gagah jasamu
berdiri megah kini
di puncak kebanggan kami
balu dan anak-anakmu
cucu dan menantumu
sanak saudara kaum kerabatmu
handai taulan dan peminatmu
dan barisan komrad seperjuangan mu.
Doa dan Salute kami untukmu
duhai komradku
Muluk @ Dharmala NS.
Alfatihah.
--Yassinsalleh, Apakmu.
Jam 1555, Ogos 13
Johor Bharu.
Belasungkawa
Pada pukul 1.45am keadaan Abdul Muluk Daud ataupun lebih dikenali sebagai Pak Dharma sudah bertambah tenat apabila tekanan darah Pak Dharma mula menurun. Ketika itu isteri dan waris-waris Pak Dharma sudah menunggu di wad CCU. Setelah bertarung nyawa beberapa jam, Pak Dharma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 8.41am pada hari Rabu (12 Ogos 2009).Saturday, August 8, 2009
BACA PUISI 'MANIFESTI RAKYAT'
Sebagaimana telah dimaklumkan sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud (Pak Dharma) diserang sakit jantung awal pagi Selasa (4 Ogos 2009) dan masih berada di wad CCU Hospital Selayang. Tok YassinSalleh iaitu bapa saudara kepada Pak Dharma yang menziarahi Pak Dharma petang tadi (Sabtu, 8 Ogos 2009) ada bertanyakan kepada waris Pak Dharma mengenai bacaan puisi 'Manifesti Rakyat'- Menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar. Setelah berbincang dengan penaja utama untuk majlis ini iaitu Dato' Kamal Amir, beliau memberitahu majlis ini terpaksa ditangguhkan.
"Bagi uncle biar Pak Dharma sihat dulu. Kita cuma tangguhkan, bukan dibatalkan," beritahu Dato' Kamal Amir melalui SMS kepada waris Pak Dharma. Sehubungan dengan itu majlis yang seharusnya akan berlangsung pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bertempat di Kelab Golf Perangsang, Temple Park, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh baru diberitahu kelak. Kepada pendeklamator dan sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh supaya dapat bersama-sama berada dalam majlis yang dirancang oleh beliau dan juga aktivis-aktivis PRIMA. Wednesday, August 5, 2009
BERITA
Sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Pak Dharma diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Gombak, Selasa semalam (4 Ogos). Sementelah itu, Pak Dharma terus dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan kini berada di Unit Rawatan Jantung (CCU) tingkat lima hospital Selayang, Selangor. Selepas bersahur Pak Dharma ingin tidur sementara menunggu azan subuh. Tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.
Pak Dharma yang merupakan aktivis dan juga pengendali laman blog PRIMA masih berada dalam kritikal sehingga kini. Aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga YassinSalleh (bapa saudara Pak Dharma). Terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan. Keluarga Pak Dharma memohon kepada sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh dan dapat berkongsi informasi di dalam blog ini. - Waris Pak Dharma
Monday, August 3, 2009
Anwar tuntut ganti rugi RM100 juta...
Bakal berhadapan tindakan saman
Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya C.N.Nair & Partners memberi tempoh tujuh hari kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta maaf secara terbuka, atau tuntutan ganti rugi sejumlah RM100 juta. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009), Muhyiddin mendakwa Anwar sebagai pengkhianat ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dakwaan Muhyiddin itu boleh ditafsirkan berniat jahat, apalagi Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.
Pimpinan UMNO di masa lalu juga pernah menyifatkan Tun Musa Hitam sebagai 'petualang', apabila beliau membuat kritikan terhadap pimpinan kerajaan sekitar dekad 1980-an. Tengku Razaleigh juga ditohmah memakai salib pada pilihanraya 1990, semata-mata bertujuan mahu kemenangan sekalipun menyedari ianya sekadar 'gimmik politik'. Justeru langkah Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap keceluparan pimpinan UMNO, setidak-tidaknya memberi kesedaran supaya pimpinan UMNO memahami tafsiran sebenarnya Bahasa Melayu.
Info media luar negara terhadap demo ISA...
AFP - Tuesday, August 4
KUALA LUMPUR (AFP) - - A Malaysian court on Monday charged 29 people, including a teenage boy, for taking part in a massive weekend protest against internal security laws that saw 589 people arrested.In the biggest demonstration in Malaysia for nearly two years, police used tear gas and water cannon to disperse thousands of people calling for the abolition of laws that allow for detention without trial.
Among them were five women, including Norlaila Othman whose husband has been held under the Internal Security Act (ISA) for seven years, and a 16-year-old teenager.
"The Abolish ISA Movement is a coalition comprising 83 registered NGOs and political parties," he told the court.Prime Minister Najib Razak has denounced the protest, saying he has already promised to review the controversial legislation.
But the opposition and rights groups are calling for the colonial-era ISA -- which has been used to detain government opponents as well as suspected terrorists -- to be abolished
Saham 1Malaysia tak sampai ke sasaran
Pimpinan yang mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu dipersoal keperihatinan mereka terhadap masalah warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, golongan prolitar dan petani serta nelayan di kampung-kampung. Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan dalam kenyataan medianya hari ini menganggap pemberian saham 1Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun satu sebagai tak relevan, kerana lebih ramai warga Malaysia yang seharusnya dibantu. "Kalau pemberian saham berkenaan kepada pelajar-pelajar tahun satu, bagaimana dengan pelajar-pelajar tahun dua dan tahun tiga?" beritahu Omar Sudi menambah.INFO SASTERA & BUDAYA
Dah Nak Buat Camno
Rendah hati dan tinggi budi
tapi jalan kaki takkan siapa peduli
tertib dan hemah
adalah tanda lemah
tulus dan ikhlas
adalah sifat peminta sedekah
hinanyalah;
sedih, perih, pedih.
Buat apa hidup
papa dan nestapa
mari kita jadi
orang terhormat
banyak duit,
banyak harta
banyak kereta,
banyak rumah,
banyak riak,
banyak takabur,
banyak kuasa,
banyak dusta,
banyak dosa,
dan banyak jilat
dan banyak ampu
dan banyak tipu
banyak rasuah
kaya merempah ruah.
Alhamdulillah, syukurlah
di belakang orang hina
kata katak lompat
di hadapan orang hormat
panggil datuk
berebut nak bukakan
pintu kereta
dalam hati kata
pandai sungguh binatang ni.
Kalau aku dapat
jadi macam dia kan untung
kaya raya dan jadi pejuang
kekalkan ISA walaupun dulu
kena sumbat di Kemunting,
bersumpah nak mansuhkan ISA
P Ramlee kata,
"Celaka punya penyamun,
sial!"
-Yassinsalleh
Jam 1737
Ogos 09
jalan kaki hala
ke stesen lrt
nak pegi chowkit
kalau-kalau dapat
jumpa runner menteri.
Yang Celaka Khianat
Dan Laknat
Carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua.
Makanya, yang jauh kta dekatkan
yang jarak kita rapatkan
yang tempang kita tongkatkan
yang condong kita sokongkan
yang berkelahi kita damaikan
yang bercerai kita rujukkan
yang berpecah kita satukan
yang diperbantah kita muafakatkan
yang lemah kita gagahkan
yang merajuk kita pujukkan
yang memimpin kita muliakan
yang dipimpin kita setiakan
yang berkuasa kita amanahkan
yang melata kita sejahterakan.
Kiranya,
tak bulat air dek pembetong
kalaulah tak turun hujan
dek langit berdentum
andainya tak bertaut
kiambang bila biduk dah berlalu
jikalah tak pulang
sirih ke gagang
membawa pinang
kembali ke tampuknya;
sahajalah kita
adalah suatu bangsa
yang menempah petaka
menatang kesumat
mengundag bencana
bagaikan membakar
padi di kepuk
mencurah racun ke telaga
untuk warisan cucu-cicit kita
tinggalan nenek moyang mereka
yang celaka, khianat dan laknat.
-Yassinsalleh,
jam 0337
Ogos 3, 09
merenung langit
Kuala Lumpur
yang kehilangan bintang.
Hanyut Jadi Selut
Macam aur dengan tebing
dua pihak bersatu
dalam suatu kesepakatan
yang saling perlu memerlukan
dan saling tahan mempertahankan
bertahun-tahun berkurun-kurun
tebing tak runtuh
aur tak tumbang.
Batapalah kukuhnya
bangsaku Melayu
kalaulah orang Melayu itu
aur dan tebing
adalah pemimpinnya.
Betapa pun sungai menerjah
kita tetap teguh dan perkasa
bagaimanapun sungai bah
kita tetap bertambah gagah
dan megah.
Aduhai,
tebing yang berpaling
aur kau biarkan tumbang
dibelah-belah menjadi colok berhala
diracik-racik menjadi sepit makanan
diikat-ikat menjadi rakit
hanyut ke muara berkecai di segara
dan tebing tanpa aur
terhakis roboh jadi lumpur
hanyut jadi selut.
-Yassinsalleh
jam 0221
Ogos 3, 09
ribuan mata tersula
di jantung Kuala Lumpur
yang kian tak bertebing
sungainya.
Hari Ini Kuala Lumpur 2
(versi yang mutakhiri)
Segalanya sempol-sempol,
adanya.
Hari ini Kuala Lumpur
menyaksikan serti kesetiaan
your obedient servants
yang menurut perintah
mempertahankan keselamatan
pemerintah yang marah
bila orang beramai-ramai
buat salah
pemerintah yang tak suka
bila orang ramai-ramai
langgar undang-undang
bila orang ramai-ramai
tak reti basa
bahawa negara kita
ada perlembagaan
ada rukun negara
ada undang-undang
ada general erection
every five years!
Jahat sungguh orang-orang tu
semua buat malu Malaysia je!
-Yassinsalleh
jam 2243
Ogos 1, 09
Nak pergi jumpa doktor,
lama sangat main
sengal habis telur.
Payah, Duit Takde!
Duit takde
nak rompak Bank Rakyat
tak sampai hati
sebab itu rakyat punya
Bank Bumiputra
pun tak boleh juga
sebab bank itu
dah takda
Maybank pulak
takut kena baham
dek rimau
nak pinjam Ah Long
takut rumah
kena sembur cat merah
payah! payah! payah!
-Yassinsalleh
jam 2200
Ogos 3, 09
Kuala Lumpur
masih basah air mata.
Info wabak H1N1
Deaths related to the virus six
KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry says two children infected with swine flu have died, bringing the country's deaths related to the virus to six.
The ministry said an 11-year-old boy died Sunday and a 10-year-old girl died Friday.
Malaysia has reported 1,429 swine flu cases since May.
The virus has infected more than 130,000 people and killed more than 800 worldwide since the outbreak was reported earlier this year.
SEKALI PERSETUA...
Syahdan maka kerajaan negeri Melayu itu melarang penduduk di lima negeri di sempadan membawa keluar gula menerusi jalan darat. Adapun Orangkaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkatalah ia tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk lima negeri terbabit iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah sekiranya mengingkari arahan itu. Arakian Orangkaya Dato' Seri Ismail Sabri itu menjelaskan keputusan berkenaan bagi memastikan masalah kekurangan gula di negeri terbabit sejak 15 Julai lalu dapat diatasi. 
JEMPUTAN KEPADA SEMUA...
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT'
Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)
menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.
Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009
Pendeklamator jemputan:..............
Semua dijemput hadir.
(untuk keterangan lanjut/jamuan disediakan)
sila hubungi: Pak Dharma (012-6174854)
Dato' Kamal Amir (012-3975055)
Yassinsalleh (016-3904326)
Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:
Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
===========================================
SEKILAS PANDANG...

Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut akan isytihar darurat, sekiranya pembangkang keterlaluan (UMNO tak keterlaluan, sekalipun berlaku rampasan kuasa di DUN Perak, pasir Johor dikorek hantar ke Singapura, tak masuk lagi tanah adat dan kampung tradisional di Negeri Sembilan yang dilunggah atas nama pembangunan, tetapi keselesaan bagi kelompok-kelompok dalam UMNO) seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009). Keberangan rakyat tehadap UMNO sekarang, sebenarnya Ahmad Zaid pun faham apabila ditahan polis ketika di lapanganterbang Kota Kinabalu pada 1998. Mereka yang dikutuk oleh Ahmad Zahid sekarang inilah yang perjuangkan nasibnya ketika beliau di heh heh heh!
Dalam mesyuarat GERAK yang dipelopori Allahyarham Dato' Fadzil Noor di Markaz PAS, di Taman Melewar pada September 1998 isu darurat juga turut dikemukakan oleh Aziz Bari dari UIA, sekiranya regim Tun Dr Mahathir ketika itu melaksanakannya. Perbincangan juga turut menjurus kepada langkah-langkah membantu keluarga tahanan termasuk Ahmad Zahid, Roslan Kassim dan ramai lagi, tetapi saya tak pernah kecewa sekalipun dipinggirkan oleh puak pembangkang. PRIMA juga tak pro pembangkang, tetapi sukar mengikut telunjuk UMNO dalam isu keganasan, kekerasan dan ketidak adilan. Begitulah!Keganasan polis, keganasan UMNO...
Apabila polis menunjukkan kekerasan ianya melambangkan keganasan; justeru keganasan itu adalah mencerminkan keganasan UMNO. Dalam keghairahan polis memuaskan arahan pihak atasan memburu dan menangkap aktivis anti-ISA dalam perhimpunan aman semalam, akhirnya mengundang padah apabila mereka bertindak menahan seorang peguam yang sedang menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada orang-ramai.Peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Puspawati Rosman, ditahan semasa mengedarkan risalah hak-hak tahanan polis di Masjid Jamek. - (Gambar, Puspawati dimasukkan ke kereta polis)
Ketika dihubungi TV Antara, Puspawati berkata sewaktu memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai hak mereka sekiranya ditahan polis.Ketika saya sedang sibuk mengedarkan risalah Majlis Peguam mengenai hak tahanan polis dan tiba-tiba datang sekumpulan polis datang mengerumuni saya dan bertanya apa yang sedang saya lakukan.Saya bagi satu risalah pada dia dan jelaskan, waktu itu hanya ada seorang polis wanita dan selebihnya lelaki. kemudian dia suruh saya ke balai untuk berjumpa pegawai tetapi saya mengatakan adakah saya sedang ditahan, kerana jika tidak saya tidak akan ikut. - (Gambar, seorang aktivis diheret oleh polis) Gedung perniagaan tak rugi kerana demo ISA...
Laporan media pro UMNO yang mendakwa gedung perniagaan mengalami kerugian berikutan demonstrasi ISA pada 1 Ogos, dinafikan oleh sebahagian besar peniaga di Kuala Lumpur. Apalagi dengan TV3 yang membuat wawancara dengan beberapa orang peniaga menerusi Buletin Utama jam 8.00 malam pada 1 Ogos itu dianggap sebagai bangkrap idea, kerana peniaga-peniaga di KLCC, One Utama, Mid Valley, Pavilion dan lain-lain gedung perniagaan diluar kawasan perhimpunan memperoleh keuntungan berlpat ganda berikutan kehadiran orang ramai ke Kuala Lumpur.
Sementara itu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dibebaskan dengan jaminan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (3 Ogos 2009), yang ditangkap bersama dengan hampir 600 yang menyertai perhimpunan Mansuhkan ISA Sabtu lepas terpaksa bermalam di lokap polis selama dua malam, mempertikaikan kualiti makanan yang dibekalkan kepada para tahanan berbanding dengan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuknya. Mereka yang ditahan dalam tempoh dua malam, diberi makanan yang tak seharusnya dibekalkan kepada tahanan terbabit berdasarkan hak asasi manusia.SPRM juga perlu diadili...
dua rakan direman lima hari
KEMAMAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemanan untuk siasatan lanjut. Semalam, Adun berkenaan bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan. Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu. - Bernama.
Peluang UMNO menang PRK...
KUANTAN 2 Ogos - Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berikutan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada parti itu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi baik BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai baru-baru ini apabila berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi Pas. ''Prestasi pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada hari itu adalah baik. Kalau ada perubahan tertentu, mungkin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.info suara prolitar...
Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.
Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu.. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli … - (Siti Zulaiha; emel - 31 Julai 2009)Sunday, August 2, 2009
INFO ANTARABANGSA...
Play Video Iraq Video:Seattle man traveled with detained Americans KING5 Seattle
Play Video Iraq Video:200 Ft. Carson Soldiers Return From Iraq CBS4 Denver
Play Video Iraq Video:Iran says it has 3 U.S. Tourists AP
SULAIMANIYAH, Iraq – Iran state TV confirmed Saturday that it has detained three Americans who crossed the border from northern Iraq, saying they failed to heed warnings from Iranian guards. Kurdish officials from the self-ruled region in northern Iraq said the three — two men and a woman — were tourists who had mistakenly crossed into Iranian territory Friday while hiking in a mountainous area near the resort town of Ahmed Awaa."The Iranians said they have arrested them because they entered their land without legal permission," said Qubad Talabani, the Kurdish regional government's envoy to Washington. - (Pix - AFP/file: The Azmar mountains north of the Iraqi Kurdistan city of Sulaimaniyah. Iran has arrested of 3 Americans...)Ekoran demo anti-ISA 1 Ogos...
Akan hantar Memo 10 Deklarasi
oleh: Tarmizi Mohd Jam Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat Aug 01, 09 4:46:31 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat. Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.
Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini. Mansuh ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis. Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut. - tmj_ http://harakahdaily.net/
Info dari blog Anwar
Pertahan Kebejatan UMNO-BN
Semalam (1 Ogos 2009), puluhan ribu rakyat berpecah di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur berhimpun secara aman dengan hanya satu tujuan, iaitu untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.Puluhan ribu rakyat yang berani ini sekadar berhimpun dan berarak. Sangat mendukacitakan apabila saya dimaklumkan lebih 500 orang ditahan, dan di saat catitan ini dinukilkan, YB Sivarasa Rasiah antara mereka yang masih belum dibebaskan.
Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, tidak juga penyembur air kimia, apatah lagi untuk sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang sedang melaksanakan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mereka hanya ada suara serta hanya mampu mengacung tangan menumbuk ke langit luas, tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad lamanya dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua.Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini; tiap kali ada perhimpunan aman, pihak polis masih terus dijadikan tunggangan olih elit kuasa UMNO-BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan.
Pusat Sumber SMK Hillcrest ucap terima kasih...
Kelab Pusat Sumber Sekolah Menengah Hillcrest, Taman Seri Gombak mengadakan jamuan tahunan semalam (1 Ogos 2009), dengan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG Haji Mohd Isa Hamzah. Lebih 100 pelajar aktivis Pusat Sumber di samping 20 orang guru turut memeriahkan majlis jamuan berkenaan, kata setiausahanya Elmi Fadzimah, pelajar Tingkatan 4 Arif. Jamuan berkenaan menurut Elmi Fadzimah adalah sebahagian aktiviti Pusat Sumber, di samping melatih pelajar-pelajar berdikari. "Segala persiapan, malah sumber kewangan adalah diusahakan oleh pelajar-pelajar sendiri," jelas Elmi Fadzimah.INFO SASTERA & BUDAYA
Belasungkawa buat Prof Dato' Dr Mansor...
Johor Bahru: Anak lelaki bongsu bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah, berusia 34 tahun meninggal dunia jam 2.00 pagi ini di hospital Johor Bahru akibat penyakit appendiks yang kompleks. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA sebaik sahaja Allahyarham meningal dunia, Dato' Dr Mansor sekadar memaklumkan kepada kawan-kawan sahaja. Jenazah anak kesayangannya itu akan dibawa balik ke kediamannya di Kampung Pemuda Jaya, Senai, Johor Bahru dan dikebumikan sebelum zohor hari ini (2 Ogos 2009). Menuru Dato' Dr Mansor, anaknya itu meninggalkan seorang balu di samping belum dikurniakan anak.SEKALI PERSETUA...
Sebermula tersebutlah ceritera penitir canang dari penyurat yang pernah memohon maaf kepada Orangkaya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya maafkanlah Orangkaya berkenaan. Arakian sekalian orang banyak pun tahu mengenai Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pergilah ia ke Kelantan meminta Orangkaya Dato' Nik Aziz jangan menyinggung perasaaan anak-anak buah harakah Melayu (UMNO). Adapun permintaan Orangkaya Dato' Seri Najib itu sudah dijawab oleh Orangkaya Dato' Nik Aziz, bahawasanya janganlah menyinggung perasaan anak-anak buah harakah Islam (PAS) terlebih dahulu. Maka hendaklah UMNO tak menjadi Siddiq Sigaraga, bahawa ia tak mahu orang lain marah, maka dijual, tetapi kalau ia marah heh heh heh!
JEMPUTAN KEPADA SEMUA...
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT'
Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)
menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.
Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009
Pendeklamator tamu:..................
Semua dijemput hadir.
Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:
Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
===============================================
Saturday, August 1, 2009
SEKILAS PANDANG...

UMNO tidak pernah merasa tertekan sehingga terpaksa mencari titik pertemuan dengan seteru politiknya untuk membentuk kerajaan campuran seperti digambarkan pembangkang, kata Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, lapor Utusan Malaysia hari ini (1 Ogos 2009). Heh heh heh! Takkan Najib mahu mengaku 'UMNO tertekan', apalagi orang tua-tua Melayu dahulukala sering juga mengungkapkan pepatah petitih 'tak siapa mahu mengaku berak di tengah jalan'. Kalau tertekan pun pura-puralah 'tak tertekan' - sementelahan 'bangkai gajah, takkan boleh ditutup dengan daun sehelai'. RM7 juta untuk jambatan baru di Manek Urai, tak tertekankah? Tak bertanding PRK Penanti, tak tertekankah? Guna kekuatan FRU dan polis hari ini (1 Ogos 2009), tak tertekankah?Dari laman blog Ku Li...



Kepada Surat Nik Aziz
Below is my answer, which was hand-delivered to the Menteri Besar this morning.
—
8hb Sya’ban, 1430.
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar,
Blok 1, Tingkat 1,
Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748
Bismillahirrahmanirrahim.
Y. A. B. Dato,
TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.
Dari hati ke hati:
