Wednesday, April 1, 2009

DARI LAMAN BLOG...


Belum angkat sumpah jawatan:
Agenda raikan najib sudah dirancang

Assalamualaikum,

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir pada 28 Mac 2009, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan penangguhan (sebenarnya terakhir) bagi perhimpunan tersebut memberi pengakuan akan menghadap Yang Dipertuan Agong pada 2 April 2009. Beliau akan menyampaikan hasrat meletakkan jawatan Perdana Menteri, justeru pada 3 April 2009 Perdana Menteri akan mengangkat sumpah jawatan. Di atas kertas memang Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sudah pasti akan mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009 ini, tetapi kuasa Allah SWT siapalah tahu?

Mungkin sahaja UMNO Pahang sudah bersiap sedia untuk meraikan Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri diikuti dengan beberapa majlis lain yang sudah diatur sejak pelan peralihan kuasa diproklamir. Pelbagai pihak memang menunggu waktu yang sesuai, bagi menyambut pelantikan tersebut dengan agenda masing-masing. Tak tahulah! Tak semena-mena pula Dato' Seri Abdullah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi ini 1 April 2009, kononnya persediaan untuk 2 April 2009. Dato' Seri Abdullah pula akan menghadiri mesyuarat kabinet terakhirnya sebelum menyembahkan peletakan jawatannya esok, 2 April 2009.

Pelan peralihan kuasa yang sepatutnya pada 2010 dipercepatkan selepas khabarnya didesak oleh Dato' Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Rafidah Aziz. Rentetan tersebut berlaku selepas pertemuan Tan Sri Muhyiddin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah Tan Sri Muhyiddin sendiri mendesak, Tun Dr Mahathir diterima semula menjadi ahli UMNO selepas beliau keluar daripada parti berkenaan. Berbeza dengan 1969, Tun Dr Mahathir dipecat oleh Tun Abdul Razak yang mempengerusikan mesyuarat (Tunku masih lagi Yang Dipertua Agung UMNO ketika itu). Insiden tersebut berlaku Dato' Seri Najib barangkali baru berusia 16 tahun sahaja!

Malam ini TV3 pula (1 April 2009) menyiarkan pimpinan UMNO memuji Dato' Seri Abdullah. Ironinya, kalau Dato' Seri Abdullah sempurna sesempurna-sempurnanya, kenapa didesak letak jawatan? Samalah dengan laporan di Bukit Gantang, cawangan baru UMNO ditubuhkan di Kampung Cheh (kononnya kubu kuat PAS). Takkan 11 bulan terpinggir, sejak 1955 tak terpinggir, kenapa tak bawa pembangunan? Di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dulu beberapa cawangan PKR dan PAS bubar, tetapi calon UMNO kalah juga. Kesiannya TV3! Ismail Suffian kabarnya penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah, kenapa tak penyokong heh heh heh!

-Pak Dharma

1 comment:

Seladang said...

Sudah lama Rosmah menunggu! Mungkin tak tidur siang malam! Tapi ingat, banyak orang kurang tidur malam akhirnya dihinggapi penyakit mental! Nak gilalah tu!!!!

Nasib rakyat Malaysia ...

Lepas mulut harimau masuk mulut buaya! Lepas dari jin dicolek hantu kopek!!!