Monday, August 31, 2009

SAJAK


KEPALA YANG DI BAWAH


Dulu tanahair ini kita yang
punya
Semenanjung Tanah Melayu
namanya,
bumi warisan turun temurun.
Pusaka tinggalan
nenek moyang zaman berzaman.

Makanya,
nama itu diiktiraf seantero dunia
sebagai permasyhuran
taraf hak milik hakiki
suatu bangsa megah
bernama Melayu
yang gagah dan amat pemurah
yang setia dan tidak pernah
menyanggah.

Sejak Raja Melaka leka
menzinahi
Hang Lipo dalam orgy
syahwat lima ratus dayang-dayang
sogokan
maharaja besar benua besar
armada besar barua besar
maka terjadilah
Melayu itu, dulu, kini dan
akan selamanya
suatu bangsa
yang berfikir
bukan dengan kepala yang
di atas.

Makanya
dalam kealpaan tak mandi
junub
dibiarkanlah hilang Tanah
Melayu
jadi Malaya
direlakanlah Jus Soli
mendakwa hak didendangkanlah
segempita halilintar
menggenta benua
merdunya buluh perindu
menyanyikan Melayu
adalah satu bangsa yang berketuanan.

Aduhai adikku Nahar dan
Akutun Jeram Besu
esuk datang lagi hari merdeka
dan orang Melayu
1Malaysia
kian malu untuk jadi petani
kerana lumpur sawah tidak
pernah menjanjikan
mertabat
suatu bangsa yang berfikir
dengan kepala yang
di bawah.


-Yassinsalleh
2253, Ogos 2009



lebih tinggi lalang
dari berdiri
menanti datangnya lagi
hari merdeka yang
kian tambah jenaka.

Saturday, August 29, 2009

SASTERA DAN BUDAYA

Sajak

Kota yang hilang
Istilah persahabatan


Tiba-tiba kita bagaikan pelayar kematian angin.
Terhenti di tengah samudera.
Salam tak sampai khabar tak tiba
berita tiada
pelabuhan entah
di mana.

Lalu,
bagaikan belibis kehilangan
pasangan kepenatan
menongkah hiliran sungai
aku terapung di atas buih-buih sunyi
yang amat sepi, gelita dan sarat nestapa bertatah
rindu dan pilu

demikianlah hidup mengajar aku
bahawa ukuran kasih
timbangan sayang
adalam sedalam mana
tusukan rindu menikam kalbu.

Aduhai kawan
kemanakah engkau akan
ku cari?

Yassinsalleh,
1225hrs, Ogos 29.09
Kuala Lumpur

Friday, August 28, 2009

BELASUNGKAWA

KEHILANGAN INSAN TERBILANG
PROF. DATUK DR ISMAIL MD. SALLEH




Sedang saya melayari Internet, saya agak terkejut membaca artikel di salah sebuah blog yang menyatakan Senator pertama yang dilantik di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi, 27 Ogos 2009 pada usia 61 tahun akibat serangan jantung di Hospital Besar Singapura semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura untuk lawatan kerja selama dua hari. Mungkin agak terlewat saya menerima berita ini kerana sibuk dengan urusan harian. Allahyarham pada saya seorang yang gigih menimba ilmu walaupun tidak dikurniakan penglihatan. Itulah kelebihan yang saya kagumi dengan Allahyarham walaupun tidak pernah bersua dengannya.




Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 dan banyak menerima anugerah cemerlang. Selain seorang pakar ekonomi, Allahyarham juga adalah warga OKU yang pertama dilantik menjadi Senator, mantan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings yang juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Kecemerlangannya ini terutama sekali di dalam bidang pengajian, telah menganugerahkan beliau sebagai warga cacat penglihatan yang pertama di dunia mendapat Ijazah Doktof Falsafah dari Guiness Book of Records.




Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam tadi. Jenazah Allahyarham dimandikan di kediaman keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2 dan selamat dikebumikan pada hari yang sama jam 10.30 malam di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun. Di sini pihak PRIMA ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi dugaan hidup.
p/s: Kehilangan Allahyarham Pak Dharma masih lagi dirasai...


-Waris Pak Dharma

HIDUP BAHASA MELAYU!!!

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
DARI WARGA PRIHATIN MALAYSIA


Ramadhan tiba lagi dan setiap kali menjelangnya Ramadhan, banyak bazaar yang akan tumbuh bagaikan cendawan untuk menjual juadah-juadah kepada pembeli. Setiap kali itu juga ada rengekan dari pembeli mengatakan juadah yang dijual oleh peniaga-peniaga ini tidak berpatutan dan mahal. Mana tidaknya, sebelum Ramadhan menjelang, barang-barang mentah seperti gula disekat dan ada juga kedai runcit tidak dapat menerima stok dari pembekal.



Adakah ini akan menjadi tradisi setiap kali menjelangnya Ramadhan? Atau sememangnya setiap kali menjelang musim perayaan? "dua minggu sebelum puasa, sehari makcik dapat beli sekilo gula sahaja. Nak beli lebih tak boleh. Terpaksa makcik beli hari-hari untuk disimpan. Anak-anak bila berbuka mesti nak minum air sirap atau air oren. Walaupun isu gula nampaknya tidak begitu serius sekarang, makcik risau nak menjelang hari raya nanti bukan sahaja gula, mungkin ayam, beras naik harga pula", keluh seorang suri rumah pada PRIMA.


Walaupun kisah gula sudah pun menjadi suam-suam kuku, PRIMA bukan ingin mengeruhkan lagi isu ini ataupun menambah kekusutan pada pihak berkenaan. Hendak disalahkan peniaga-peniaga pun tidak rasional kerana mereka juga ingin mencari untung. Kalau meranduk dihutan, biar luas perjalanannya, kalau stok gula disimpan, alamat naik harga pula jadinya. Di sini warga PRIMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan semoga ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya. InsyaAllah...



- Waris Pak Dharma

SASTERA DAN BUDAYA

Sajak

Ingatan untuk Pak Dharma

AYAH

Pemberontak...katamu
pada diriku yang hanya anak kecil
ketika itu...
dihambat nista satu persatu

Sering berlegar dibenakku
pilih kasih antara yang lain
benci tercetus ingkar segala suruhanmu
biar derhaka ku cipta
agar bebas merdeka
ketika aku seorang anak kecil...

Meniti masa kematangan
aku sedar ciptaan insan yang kau lakarkan
hanyalah untuk menjadikan
aku seorang yang sempurna
bukan hanya pada matamu
jua pada mata masyarakat yang optimis
sehinggaku berada dalam kebanggaanmu

Ayah...
Lakaranmu hampir ke kemuncak
namun Dia tegar memanggilmu
tatkala aku ingin membalas keringatmu
yang telah engkau taburkan padaku
sedih...
Sekelumit kesal berada di dasar hati

Namun Ayah...
kupinta pada Ilahi
dalam wangian doa dan Yassin
agar engkau dirahmati
hanya itu yang dapatku kirimkan
dari jiwa anak solehah
InsyaAllah...
satu hari nanti akanku ke sana jua
entah bila...


Waris Pak Dharma
Sabtu, 22 Ogos 2009
2.14am

Friday, August 14, 2009

SAAT - SAAT TERAKHIR PEMIMPIN PRIMA
PERGINYA SEORANG IDEALISME NEGARA


Hari ini genap sudah 3 hari sasterawan dan budayawan negara, Allahyarham Abdul Muluk Daud @ Dharmala N.S. meninggalkan kita. Malam tadi, majlis tahlil telah diadakan di rumah arwah dengan malam pertama kami adakan majlis tahlil di kampung arwah di Petaling, Jelebu. Ramai rakan rapat arwah yang hadir di majlis tahlil malam tadi.

Banyak perubahan yang arwah tunjukkan pada kami dalam 3 minggu terakhir ini. Hari Jumaat, 31 Julai 2009 arwah sempat bertemu dengan anak-anak murid beliau. Banyak ilmu yang diturunkan kepada anak-anak murid beliau (termasuklah saya) sehinggalah kami meminta beliau tangguhkan dahulu pemberian ilmu kerana kami rasa ilmu yang diturunkan itu sudah mencukupi. Selepas itu beliau terus mengajak kami ke Restoran Taqwa (memang tempat kegemaran arwah). Sampai di Taqwa, beliau terus memesan air teh tarik dan mihun goreng (biasanya arwah suka memesan mee goreng mamak). Memang biasanya kami lepak minum di situ setiap kali selesai pembelajaran, cuma malam itu arwah banyak bercakap. Tidak seperti sebelumnya, arwah hanya bercakap apabila ditanya.

Isnin, 3 Ogos 2009 sewaktu arwah berbuka puasa bersama keluarga, beliau sempat bergurau dengan ahli keluarganya. Malah beliau sempat menghulurkan jag yang berisi air tebu kepada saya dan berkongsi cawan beliau dengan saya. Saya sebenarnya terpinga dengan sikap beliau tapi saya buat tak tahulah sebab saya fikir itu cuma perkara biasa sahaja.

Sehinggalah pagi sebelum arwah dibawa ke hospital, beliau sebenarnya tidak tidur sepanjang malam itu. Beliau sempat mengagah cucunya dan juga sempat mengemaskini blog PRIMA. Lebih kurang 4.30 pagi, beliau mengejutkan emak saya daripada tidur untuk bersahur. Emak saya terkejut sebab makanan telah pun terhidang di atas meja. Selesai bersahur, arwah mengadu kepada emak saya yang dadanya sakit. Setelah melihat keadaan arwah masih tidak stabil, kami terus membawa arwah ke Hospital Selayang. Arwah terus berada di hospital selama 8 hari dan pada hari ke-9 (Selasa, 12 Ogos 2009), Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 8.41 pagi.

Semoga roh ayahanda dicucuri rahmat-Nya...

Thursday, August 13, 2009

SASTERA DAN BUDAYA

SAJAK

Doa dan Salute untuk Muluk @ Dharmala NS

Komradku Muluk @ Dharmala NS
demikianlah ketentuan Allah SWT
bahawa sudah sampai
waktunya
engkau dipanggilnya pulang meninggalkan
medan perjuangan tanah airmu
yang telah engkau patuhi
tanggungjawabmu
sepanjang hidupmu penuh berani
dengan kamus tanpa kata
menyerah dan putus asa.

Semoga Allah SWT
menempatkan rohmu
di kalangan mereka yang beriman
setimpal dengan pahalamu
seorang pejuang
yang tulus, telus dan taqwa.

Muluk,
entah esok entah lusa
Apak juga akan dipanggil pulang
Alhamdulillah,
tapi selagi belum tiba waktunya
tahulah kau komradku
perjuangan kita akan tetap
bagaikan juga
sepertinya selama ini
terus akan Apak semarakkan
walaupun betapa kini
lentera demi lentera
terjual sudah
pada harga diskaun 70%.
ada juga
yang ditawar pada 80%.
aduhai!

Muluk @ Dharmala NS,
sejarah riwayatmu
adalah tugu gagah jasamu
berdiri megah kini
di puncak kebanggan kami
balu dan anak-anakmu
cucu dan menantumu
sanak saudara kaum kerabatmu
handai taulan dan peminatmu
dan barisan komrad seperjuangan mu.

Doa dan Salute kami untukmu
duhai komradku
Muluk @ Dharmala NS.
Alfatihah.

--Yassinsalleh, Apakmu.
Jam 1555, Ogos 13
Johor Bharu.

Belasungkawa

Al-Fatihah (الفاتحة)...


BUDAYAWAN TIADA PENGGANTI
PAK DHARMA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pada pukul 1.45am keadaan Abdul Muluk Daud ataupun lebih dikenali sebagai Pak Dharma sudah bertambah tenat apabila tekanan darah Pak Dharma mula menurun. Ketika itu isteri dan waris-waris Pak Dharma sudah menunggu di wad CCU. Setelah bertarung nyawa beberapa jam, Pak Dharma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 8.41am pada hari Rabu (12 Ogos 2009).


Allahyarham Pak Dharma seorang budayawan dan sasterawan Melayu yang menulis pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003. Pak Dharma juga merupakan pengendali blog PRIMA begitu mementingkan Bahasa Melayu sehingga setiap perjuangan yang dilakukan oleh beliau direalisasikan dengan aktiviti-aktiviti bacaan puisi dan sebagainya.


Jenazah Pak Dharma telah dibawa ke kediamannya di Taman Sri Gombak untuk diberi penghormatan terakhir dan kemudian dibawa ke masjid Al-Khiriyah untuk dimandikan dan dikafankan. Tepat pukul 2.15pm jenazah Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Kg Bachang Mantin, Petaling, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dimana jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah wakaf perkuburan Triang, bersebelahan dengan makam anakanda Allahyarham iaitu Allahyarham Ikram Hafiz.


Disini isteri dan waris-waris Allahyarham Pak Dharma ingin menjemput sahabat-sahabat Allahyarham untuk menghadiri kenduri tahlil selama dua hari pada 13 Ogos 2009 (Khamis) dan 14 Ogos 2009 (Jumaat) selepas solat Isyak di kediaman Allahyarham, No 24 Jln SG 9/1 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Dahulu kehilangan permata hati, kini kehilangan permata kalbu. Semoga roh Allahyarham Pak Dharma dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Amin.

-Waris Pak Dharma

Saturday, August 8, 2009

BACA PUISI 'MANIFESTI RAKYAT'

BACA PUISI 'MANIFESTI RAKYAT' DITANGGUHKAN
DOAKAN PAK DHARMA CEPAT SEMBUH

Sebagaimana telah dimaklumkan sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud (Pak Dharma) diserang sakit jantung awal pagi Selasa (4 Ogos 2009) dan masih berada di wad CCU Hospital Selayang. Tok YassinSalleh iaitu bapa saudara kepada Pak Dharma yang menziarahi Pak Dharma petang tadi (Sabtu, 8 Ogos 2009) ada bertanyakan kepada waris Pak Dharma mengenai bacaan puisi 'Manifesti Rakyat'- Menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar. Setelah berbincang dengan penaja utama untuk majlis ini iaitu Dato' Kamal Amir, beliau memberitahu majlis ini terpaksa ditangguhkan.




"Bagi uncle biar Pak Dharma sihat dulu. Kita cuma tangguhkan, bukan dibatalkan," beritahu Dato' Kamal Amir melalui SMS kepada waris Pak Dharma. Sehubungan dengan itu majlis yang seharusnya akan berlangsung pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bertempat di Kelab Golf Perangsang, Temple Park, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh baru diberitahu kelak. Kepada pendeklamator dan sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh supaya dapat bersama-sama berada dalam majlis yang dirancang oleh beliau dan juga aktivis-aktivis PRIMA.


-Waris Pak Dharma
HIDUP BAHASA MELAYU!!!

Wednesday, August 5, 2009

BERITA

PENGENDALI BLOG PRIMA, ABDUL MULUK DAUD
KRITIKAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG



Sasterawan dan budayawan Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Pak Dharma diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Gombak, Selasa semalam (4 Ogos). Sementelah itu, Pak Dharma terus dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan kini berada di Unit Rawatan Jantung (CCU) tingkat lima hospital Selayang, Selangor. Selepas bersahur Pak Dharma ingin tidur sementara menunggu azan subuh. Tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.



Pak Dharma yang merupakan aktivis dan juga pengendali laman blog PRIMA masih berada dalam kritikal sehingga kini. Aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga YassinSalleh (bapa saudara Pak Dharma). Terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan. Keluarga Pak Dharma memohon kepada sesiapa yang mengenali Pak Dharma agar mendoakan kesihatannya beransur sembuh dan dapat berkongsi informasi di dalam blog ini.




- Waris Pak Dharma

Monday, August 3, 2009

Anwar tuntut ganti rugi RM100 juta...

Muhuyiddin & Utusan Malaysia:
Bakal berhadapan tindakan saman

Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya C.N.Nair & Partners memberi tempoh tujuh hari kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta maaf secara terbuka, atau tuntutan ganti rugi sejumlah RM100 juta. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009), Muhyiddin mendakwa Anwar sebagai pengkhianat ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dakwaan Muhyiddin itu boleh ditafsirkan berniat jahat, apalagi Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.

Pimpinan UMNO di masa lalu juga pernah menyifatkan Tun Musa Hitam sebagai 'petualang', apabila beliau membuat kritikan terhadap pimpinan kerajaan sekitar dekad 1980-an. Tengku Razaleigh juga ditohmah memakai salib pada pilihanraya 1990, semata-mata bertujuan mahu kemenangan sekalipun menyedari ianya sekadar 'gimmik politik'. Justeru langkah Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap keceluparan pimpinan UMNO, setidak-tidaknya memberi kesedaran supaya pimpinan UMNO memahami tafsiran sebenarnya Bahasa Melayu.

Info media luar negara terhadap demo ISA...

Biggest demo in Malaysia:
Police used tear gas & water cannon

AFP - Tuesday, August 4

KUALA LUMPUR (AFP) - - A Malaysian court on Monday charged 29 people, including a teenage boy, for taking part in a massive weekend protest against internal security laws that saw 589 people arrested.

In the biggest demonstration in Malaysia for nearly two years, police used tear gas and water cannon to disperse thousands of people calling for the abolition of laws that allow for detention without trial.
Most of those detained were released over the past two days but the 29 still in custody were charged at a Kuala Lumpur court with taking part in an illegal rally or aiding an illegal organisation.
Among them were five women, including Norlaila Othman whose husband has been held under the Internal Security Act (ISA) for seven years, and a 16-year-old teenager.
In Malaysia, it is illegal to hold a demonstration without a permit from police, who rarely give the green light.
The 29 all pleaded not guilty and were released on bail. If convicted, they could be jailed for between one and three years, depending on which of the two charges they face.
Defence lawyer Azizul Shariman Mat Yusoff denied the group that mounted the protest was an illegal organisation.

"The Abolish ISA Movement is a coalition comprising 83 registered NGOs and political parties," he told the court.
Prime Minister Najib Razak has denounced the protest, saying he has already promised to review the controversial legislation.

But the opposition and rights groups are calling for the colonial-era ISA -- which has been used to detain government opponents as well as suspected terrorists -- to be abolished

Saham 1Malaysia tak sampai ke sasaran

Relevan saham 1Malaysia:
Pimpinan UMNO dipersoal

Pimpinan yang mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu dipersoal keperihatinan mereka terhadap masalah warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, golongan prolitar dan petani serta nelayan di kampung-kampung. Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan dalam kenyataan medianya hari ini menganggap pemberian saham 1Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun satu sebagai tak relevan, kerana lebih ramai warga Malaysia yang seharusnya dibantu. "Kalau pemberian saham berkenaan kepada pelajar-pelajar tahun satu, bagaimana dengan pelajar-pelajar tahun dua dan tahun tiga?" beritahu Omar Sudi menambah.

Serentak dengan itu beliau mendesak pimpinan di peringkat Pusat menimbangkan pemberian saham 1Malaysia tak dihadkan kepada kelompok tertentu. Katanya masih ramai orang Melayu di kampung-kampung termasuk nelayan, petani, warga emas, OKU dan ibu tunggal yang wajar diabntu oleh kerajaan. Di kalangan pelajar tahun satu yang diberikan saham berkenaan, masih terdapat ibu bapanya golongan korporat, malah berstatus Tan Sri dan Dato', menurut Omar Sudi selanjutnya. "Majoriti orang Melayu di kampung-kampung masih memerlukan bantuan, apalagi sokongan di peringkat akar umbi bagi UMNO adalah di kampung-kampung," kata Omar Sudi lagi.

INFO SASTERA & BUDAYA

5 PUISI YASSINSALLEH

Dah Nak Buat Camno

Rendah hati dan tinggi budi
tapi jalan kaki takkan siapa peduli
tertib dan hemah
adalah tanda lemah
tulus dan ikhlas
adalah sifat peminta sedekah
hinanyalah;
sedih, perih, pedih.

Buat apa hidup
papa dan nestapa
mari kita jadi
orang terhormat
banyak duit,
banyak harta
banyak kereta,
banyak rumah,
banyak riak,
banyak takabur,
banyak kuasa,
banyak dusta,
banyak dosa,
dan banyak jilat
dan banyak ampu
dan banyak tipu
banyak rasuah
kaya merempah ruah.

Alhamdulillah, syukurlah
di belakang orang hina
kata katak lompat
di hadapan orang hormat
panggil datuk
berebut nak bukakan
pintu kereta
dalam hati kata
pandai sungguh binatang ni.

Kalau aku dapat
jadi macam dia kan untung
kaya raya dan jadi pejuang
kekalkan ISA walaupun dulu
kena sumbat di Kemunting,
bersumpah nak mansuhkan ISA
P Ramlee kata,
"Celaka punya penyamun,
sial!"

-Yassinsalleh
Jam 1737
Ogos 09
jalan kaki hala
ke stesen lrt
nak pegi chowkit
kalau-kalau dapat
jumpa runner menteri.

Yang Celaka Khianat
Dan Laknat

Carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua.

Makanya, yang jauh kta dekatkan
yang jarak kita rapatkan
yang tempang kita tongkatkan
yang condong kita sokongkan
yang berkelahi kita damaikan
yang bercerai kita rujukkan
yang berpecah kita satukan
yang diperbantah kita muafakatkan
yang lemah kita gagahkan
yang merajuk kita pujukkan
yang memimpin kita muliakan
yang dipimpin kita setiakan
yang berkuasa kita amanahkan
yang melata kita sejahterakan.

Kiranya,
tak bulat air dek pembetong
kalaulah tak turun hujan
dek langit berdentum
andainya tak bertaut
kiambang bila biduk dah berlalu
jikalah tak pulang
sirih ke gagang
membawa pinang
kembali ke tampuknya;
sahajalah kita
adalah suatu bangsa
yang menempah petaka
menatang kesumat
mengundag bencana
bagaikan membakar
padi di kepuk
mencurah racun ke telaga
untuk warisan cucu-cicit kita
tinggalan nenek moyang mereka
yang celaka, khianat dan laknat.

-Yassinsalleh,
jam 0337
Ogos 3, 09
merenung langit
Kuala Lumpur
yang kehilangan bintang.

Hanyut Jadi Selut

Macam aur dengan tebing
dua pihak bersatu
dalam suatu kesepakatan
yang saling perlu memerlukan
dan saling tahan mempertahankan
bertahun-tahun berkurun-kurun
tebing tak runtuh
aur tak tumbang.

Batapalah kukuhnya
bangsaku Melayu
kalaulah orang Melayu itu
aur dan tebing
adalah pemimpinnya.

Betapa pun sungai menerjah
kita tetap teguh dan perkasa
bagaimanapun sungai bah
kita tetap bertambah gagah
dan megah.

Aduhai,
tebing yang berpaling
aur kau biarkan tumbang
dibelah-belah menjadi colok berhala
diracik-racik menjadi sepit makanan
diikat-ikat menjadi rakit
hanyut ke muara berkecai di segara
dan tebing tanpa aur
terhakis roboh jadi lumpur
hanyut jadi selut.

-Yassinsalleh
jam 0221
Ogos 3, 09
ribuan mata tersula
di jantung Kuala Lumpur
yang kian tak bertebing
sungainya.

Hari Ini Kuala Lumpur 2

(versi yang mutakhiri)

Segalanya sempol-sempol,
adanya.

Hari ini Kuala Lumpur
menyaksikan serti kesetiaan
your obedient servants
yang menurut perintah
mempertahankan keselamatan
pemerintah yang marah
bila orang beramai-ramai
buat salah
pemerintah yang tak suka
bila orang ramai-ramai
langgar undang-undang
bila orang ramai-ramai
tak reti basa
bahawa negara kita
ada perlembagaan
ada rukun negara
ada undang-undang
ada general erection
every five years!

Jahat sungguh orang-orang tu
semua buat malu Malaysia je!

-Yassinsalleh
jam 2243
Ogos 1, 09
Nak pergi jumpa doktor,
lama sangat main
sengal habis telur.

Payah, Duit Takde!

Duit takde
nak rompak Bank Rakyat
tak sampai hati
sebab itu rakyat punya
Bank Bumiputra
pun tak boleh juga
sebab bank itu
dah takda
Maybank pulak
takut kena baham
dek rimau
nak pinjam Ah Long
takut rumah
kena sembur cat merah
payah! payah! payah!

-Yassinsalleh
jam 2200
Ogos 3, 09
Kuala Lumpur
masih basah air mata.

Info wabak H1N1

Two children infected:
Deaths related to the virus six

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry says two children infected with swine flu have died, bringing the country's deaths related to the virus to six.

The ministry said an 11-year-old boy died Sunday and a 10-year-old girl died Friday.
Malaysia has reported 1,429 swine flu cases since May.

The virus has infected more than 130,000 people and killed more than 800 worldwide since the outbreak was reported earlier this year.

SEKALI PERSETUA...

Larangan kepada 5 negeri:
Jangan dibawa gula keluar

Syahdan maka kerajaan negeri Melayu itu melarang penduduk di lima negeri di sempadan membawa keluar gula menerusi jalan darat. Adapun Orangkaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkatalah ia tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk lima negeri terbabit iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah sekiranya mengingkari arahan itu. Arakian Orangkaya Dato' Seri Ismail Sabri itu menjelaskan keputusan berkenaan bagi memastikan masalah kekurangan gula di negeri terbabit sejak 15 Julai lalu dapat diatasi.

Bermula segala orang yang beremas bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; (apatah lagi kalau banyak menyimpan gula dilarang ia untuk berjual beli). Apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, dapatlah dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada kain berpancung, dan berkeris di hadapan, dan bersibai, tiada dapat masuk, barangsiapa pun baik; dan apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirampas oleh penunggu pintu. Maka inilah dahulukala larangan raja Melayu, barangsiapa melalui dia salah ke bawah duli hukumnya didenda pati, yakni seketi lima. (Tak tahulah fakir dengan larangan orang yang berpangkat menteri sahaja). Kerana itulah diperbuat orang nyanyi:

Pergi ke kota waktu senja
Bawa sekali daun suasa
Dahulukala larangan raja
Sekarang menteri yang berkuasa

Maka disurat orang dalam 'Kitab Melayu' bersama:






HIDUP BAHASA MELAYU!

JEMPUTAN KEPADA SEMUA...

============================================
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT'

Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)

menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.

Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009

Pendeklamator jemputan:..............

Semua dijemput hadir.
(untuk keterangan lanjut/jamuan disediakan)

sila hubungi: Pak Dharma (012-6174854)
Dato' Kamal Amir (012-3975055)
Yassinsalleh (016-3904326)

Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:

Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
===========================================

SEKILAS PANDANG...

Ugut akan isytihar darurat:
Masih siumankah menteri UMNO?




Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut akan isytihar darurat, sekiranya pembangkang keterlaluan (UMNO tak keterlaluan, sekalipun berlaku rampasan kuasa di DUN Perak, pasir Johor dikorek hantar ke Singapura, tak masuk lagi tanah adat dan kampung tradisional di Negeri Sembilan yang dilunggah atas nama pembangunan, tetapi keselesaan bagi kelompok-kelompok dalam UMNO) seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini (3 Ogos 2009). Keberangan rakyat tehadap UMNO sekarang, sebenarnya Ahmad Zaid pun faham apabila ditahan polis ketika di lapanganterbang Kota Kinabalu pada 1998. Mereka yang dikutuk oleh Ahmad Zahid sekarang inilah yang perjuangkan nasibnya ketika beliau di heh heh heh!

Survival politik perkara lain, tetapi kebenaran juga perlu dikesampingkan. Memang kaedah pelaksanaan mengawal demonstrasi terserah bulat-bulat kepada polis, tetapi selepas surat perintah ditanda tangan oleh menteri mahupun timbalan menteri (sama seperti kes di Mamali, Baling - kerana Ahmad Zahid membuat amaran juga dilaporkan dari Baling.) Ironinya, yang membuat amaran itu Menteri Pertahanan, bukan daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein. (Ketika Ahmad Zahid disokong Dato' Seri Anwar Ibrahim, memanglah Hishamuddin sekadar Naib Ketua Pemuda di bawah Ahmad Zahid, tetapi sekarang Hishamuddin lebih kanan dalam kedudukan Naib Presiden).

Dalam mesyuarat GERAK yang dipelopori Allahyarham Dato' Fadzil Noor di Markaz PAS, di Taman Melewar pada September 1998 isu darurat juga turut dikemukakan oleh Aziz Bari dari UIA, sekiranya regim Tun Dr Mahathir ketika itu melaksanakannya. Perbincangan juga turut menjurus kepada langkah-langkah membantu keluarga tahanan termasuk Ahmad Zahid, Roslan Kassim dan ramai lagi, tetapi saya tak pernah kecewa sekalipun dipinggirkan oleh puak pembangkang. PRIMA juga tak pro pembangkang, tetapi sukar mengikut telunjuk UMNO dalam isu keganasan, kekerasan dan ketidak adilan. Begitulah!

Kolonial British juga sudah mengisytiharkan darurat pada 1948; malah Gerald Templer juga memperkenalkan kaedah 'pagar kawat berduri' di kawasan yang diklasifikasikan 'lokasi hitam', tetapi dalam tempoh 12 tahun - Melayu terpaksa menuruti kemahuan kolonial British. Perkara 10 dalam 'Kertas Putih Malayan Union' yang bermati-matian ditentang pada 1-4 Mac 1946 diterima semula. Malah pada 1963, Perkara 13 dalam 'Malayan Unon' dilkasanakan oleh UMNO bagi memenuhi agenda British. Justeru, apakah yang dimegahkan oleh UMNO dengan mendabik dada kononnya, Malayan Union berjaya ditumbangkan? Malah Perkara 8 dalam Malayan Union juga turut dikekalkan seperti disebut oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapannya merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 24 Mac 2009:

"UMNO menjunjung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Raja-raja Melayu sebagai payung negeri menjadi elemen penting kepada supremasi Perlembagaan. Walaupun dalma sistem ini Raja bertakhta tapi tidak memerintah, setiap kerajaan tetap mentadbir atas nama baginda sebagai ketua cabang eksekutif. Oleh itu, jika orang Melayu sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kepada Raja-Raja kita yang selama ini menjadi asas kestabilan dan simbol perpaduan, maka siapa lagi?. Aduhai! - Raja sekadar simbol, kerana yang memerintah ialah heh heh heh!

-Pak Dharma.

Keganasan polis, keganasan UMNO...

Tak peduli sahabat mahkamah,
Sistem kehakiman di Malaysia?

Apabila polis menunjukkan kekerasan ianya melambangkan keganasan; justeru keganasan itu adalah mencerminkan keganasan UMNO. Dalam keghairahan polis memuaskan arahan pihak atasan memburu dan menangkap aktivis anti-ISA dalam perhimpunan aman semalam, akhirnya mengundang padah apabila mereka bertindak menahan seorang peguam yang sedang menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada orang-ramai.Peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Puspawati Rosman, ditahan semasa mengedarkan risalah hak-hak tahanan polis di Masjid Jamek. - (Gambar, Puspawati dimasukkan ke kereta polis)

Peguam adalah sahabat mahkamah, apabila peguam terbabit dipercayai ditahan dalam operasi tangkapan rawak, bermakna polis tak menghiraukan sahabat mahkamah. Siapa lagi mahu dihormati bagi memelihara sistem kehakiman, kalau bukan mahkamah? Apabila polis bertindak sewenang-wenang terhadap sahabat mahkamah kerana mengikut kemahuan UMNO, di mana lagi rakyat boleh mendapat perlindungan sistem kehakiman?
Ketika dihubungi TV Antara, Puspawati berkata sewaktu memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai hak mereka sekiranya ditahan polis.Ketika saya sedang sibuk mengedarkan risalah Majlis Peguam mengenai hak tahanan polis dan tiba-tiba datang sekumpulan polis datang mengerumuni saya dan bertanya apa yang sedang saya lakukan.Saya bagi satu risalah pada dia dan jelaskan, waktu itu hanya ada seorang polis wanita dan selebihnya lelaki. kemudian dia suruh saya ke balai untuk berjumpa pegawai tetapi saya mengatakan adakah saya sedang ditahan, kerana jika tidak saya tidak akan ikut. - (Gambar, seorang aktivis diheret oleh polis)

Sebagai orang yang tidak ditahan, ini adalah hak saya kerana saya masih seorang yang bebas," katanya.Menurut Puspa, polis berkenaan menuding jari dan mengugut untuk menahannya. Kekasaran penguatkuasa undang-undang ini bagaimanapun tidak dilayan Puspa. Semasa Puspa sedang menjelaskan situasi sebenarnya kepada polis terbabit, beliau tiba-tiba digari."Mereka kata awak hendak sangat saya tangkap kamu? Tangkap...tangkap...selepas itu mereka tiba-tiba menggari saya dan jurugambar yang saya syak sebagai SB ambil gambar saya dan memalukan saya di situ.Kemudian menarik saya ke seberang jalan di hadapan Masjid Jamek di mana terletaknya trak polis dan telah mengarahkan saya masuk ke dalam trak berkenaan," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun beliau dibebaskan 15 minit kemudian selepas polis menyedari tangkapan itu salah kerana risalah Majlis Peguam yang diedarkan itu tidak ada kaitan dengan perhimpunan yang diadakan.Hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Jalil, polis telah bertindak di luar batas undang-undang dengan menahan mereka yang dipercayai peserta perhimpunan aman semalam melebihi 24 jam.Barisan peguam dari Khidmat Bantuan Guaman secara sukarela turun membantu selepas menerima laporan berhubung perkara ini. - TV Antara/www.biaqpila.blogspot.com.

Gedung perniagaan tak rugi kerana demo ISA...


Peniaga nafi media pro UMNO:
Sivarasa pertikai kualiti makanan

Laporan media pro UMNO yang mendakwa gedung perniagaan mengalami kerugian berikutan demonstrasi ISA pada 1 Ogos, dinafikan oleh sebahagian besar peniaga di Kuala Lumpur. Apalagi dengan TV3 yang membuat wawancara dengan beberapa orang peniaga menerusi Buletin Utama jam 8.00 malam pada 1 Ogos itu dianggap sebagai bangkrap idea, kerana peniaga-peniaga di KLCC, One Utama, Mid Valley, Pavilion dan lain-lain gedung perniagaan diluar kawasan perhimpunan memperoleh keuntungan berlpat ganda berikutan kehadiran orang ramai ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dibebaskan dengan jaminan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (3 Ogos 2009), yang ditangkap bersama dengan hampir 600 yang menyertai perhimpunan Mansuhkan ISA Sabtu lepas terpaksa bermalam di lokap polis selama dua malam, mempertikaikan kualiti makanan yang dibekalkan kepada para tahanan berbanding dengan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuknya. Mereka yang ditahan dalam tempoh dua malam, diberi makanan yang tak seharusnya dibekalkan kepada tahanan terbabit berdasarkan hak asasi manusia.

SPRM juga perlu diadili...

Rasuah: Adun Terengganu,
dua rakan direman lima hari

KEMAMAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemanan untuk siasatan lanjut. Semalam, Adun berkenaan bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan. Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu. - Bernama.

Peluang UMNO menang PRK...

BN berpeluang menang
Di DUN Permatang Pasir


KUANTAN 2 Ogos - Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berikutan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada parti itu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi baik BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai baru-baru ini apabila berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi Pas. ''Prestasi pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada hari itu adalah baik. Kalau ada perubahan tertentu, mungkin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sejenak Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Pahang di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat meramalkan sesuatu untuk BN kerana tidak menyelami masalah pengundi di kawasan DUN Permatang Pasir. Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir menjelaskan, kehadirannya berkempen dalam beberapa pilihan raya kecil lalu termasuk di Permatang Pasir tidak lama lagi, bukan penentu kekalahan atau kemenangan BN.

Memang seronok pimpinan UMNO membca laporan Utusan Malaysia heh heh heh! Sebelum ini Utusan Malaysia juga laporkan UMNO berpeluang menang di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang, di Bukit Selambau dan Manek Urai. Lainlah di Batang Ai, Sarawak bukannya UMNO yang menang, tapi BN di negeri itu pimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

info suara prolitar...

Antara Michael Jackson
& Syahidah Marwa al-Sharbini

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu.. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli - (Siti Zulaiha; emel - 31 Julai 2009)
Wahabi menolak sikap
Membina bangunan kubur
Perbuatan membangun kuburan inilah juga yang diperangi oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab (yg orang sering tuduh sebagai wahabi) dalam usaha mengembalikan kesucian tauhid Islami, yang ketika itu perbuatan syirik, perdukunan dan pemujaan kuburan para Nabi dan wali telah bermaharajalela disegenap lorong tanah arab.
Malah kemuncak perjuangannya, setelah parti yang dikempennya telah menang dan sebagai yang telah dipersetujui sebelum kempen dari parti yang dikempennya, beliau dan pengikut2 telah diberi kebenaran untuk meruntuhkan semua makam, serta binaan di atas kuburan. Hampir2 saja makam nabi pun disamaratakan dengan tanah, hanya saja kerana Nabi maka makamnya dibiarkan.
Sepatut nya tuan syikh muhammad bin abdul wahab memarangi org yg memuja kubur nabi dan para wali, bukan nya meruntuh kan penanda2 kubur yg tak dipuja pun.. kubur pyramid dan taj mahal tu der org puja pun..padahal besar nak mampus kubur tu..- (Noor Azmi Taharim No HP : 019 275 9069; emel 31 Julai 2009)

Sunday, August 2, 2009

INFO ANTARABANGSA...

Iran state TV confirms

By Yahya Barzanji, Associated Press Writer – 1 hr 16 mins ago

SULAIMANIYAH, Iraq – Iran state TV confirmed Saturday that it has detained three Americans who crossed the border from northern Iraq, saying they failed to heed warnings from Iranian guards. Kurdish officials from the self-ruled region in northern Iraq said the three — two men and a woman — were tourists who had mistakenly crossed into Iranian territory Friday while hiking in a mountainous area near the resort town of Ahmed Awaa."The Iranians said they have arrested them because they entered their land without legal permission," said Qubad Talabani, the Kurdish regional government's envoy to Washington. - (Pix - AFP/file: The Azmar mountains north of the Iraqi Kurdistan city of Sulaimaniyah. Iran has arrested of 3 Americans...)

Iran's state owned Arabic-language al-Alam TV station cited a "well-informed source" in the Interior Ministry that the three Americans were detained Friday after crossing into Iran's Kurdistan province. The report said the Americans were arrested after they did not heed warnings from Iranian border guards. State Department spokesman Robert Wood said Saturday that Washington had asked the Swiss, who represent U.S. interests in Tehran, "to confirm these reports with Iranian authorities and, if true, to seek consular access" to the detained Americans.
The detentions were the latest irritant in relations between Iran and the United States, which have had no diplomatic ties since 1979 when militant students stormed the U.S Embassy in Tehran and took Americans there hostage for 444 days. The two countries also are locked in a bitter dispute over Tehran's nuclear program. They also came at a sensitive time for the Shiite-dominated Iraqi government as it seeks to balance delicate ties between its U.S. and Iranian allies. Iraqi security forces recently staged a deadly raid on a camp housing an Iranian opposition group that was protected by the American military for years. The raid was applauded by Tehran.
Kurds occupy an area that sprawls across southwestern Turkey, northern Iraq and eastern Iran. The borders are mountainous and not clearly marked, making them popular smuggling routes for centuries.

Ekoran demo anti-ISA 1 Ogos...

Himpunan GMI berjaya
Akan hantar Memo 10 Deklarasi

oleh: Tarmizi Mohd Jam Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat Aug 01, 09 4:46:31 pm MYT


KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat. Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.
Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Mansuh ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis. Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut. - tmj_ http://harakahdaily.net/

Info dari blog Anwar

Pasukan Polis Diperkuda
Pertahan Kebejatan UMNO-BN

oleh: Dato' Seri Anwar Ibrahim

Semalam (1 Ogos 2009), puluhan ribu rakyat berpecah di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur berhimpun secara aman dengan hanya satu tujuan, iaitu untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Puluhan ribu rakyat yang berani ini sekadar berhimpun dan berarak. Sangat mendukacitakan apabila saya dimaklumkan lebih 500 orang ditahan, dan di saat catitan ini dinukilkan, YB Sivarasa Rasiah antara mereka yang masih belum dibebaskan.

Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, tidak juga penyembur air kimia, apatah lagi untuk sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang sedang melaksanakan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka hanya ada suara serta hanya mampu mengacung tangan menumbuk ke langit luas, tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad lamanya dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua.

Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini; tiap kali ada perhimpunan aman, pihak polis masih terus dijadikan tunggangan olih elit kuasa UMNO-BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan.

Mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dianggap musuh durjana, ancaman keselamatan dan harus dihukum sekeras-kerasnya. Hari ini, rakyat menyaksikan sekali lagi keangkuhan penguasa UMNO-BN memperalat pihak keselamatan demi mengekalkan kuasa dan mempertahankan kebejatan mereka

Pusat Sumber SMK Hillcrest ucap terima kasih...

UMNO dan PRIMA bantu:
Aktiviti Pusat Sumber sekolah

Kelab Pusat Sumber Sekolah Menengah Hillcrest, Taman Seri Gombak mengadakan jamuan tahunan semalam (1 Ogos 2009), dengan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG Haji Mohd Isa Hamzah. Lebih 100 pelajar aktivis Pusat Sumber di samping 20 orang guru turut memeriahkan majlis jamuan berkenaan, kata setiausahanya Elmi Fadzimah, pelajar Tingkatan 4 Arif. Jamuan berkenaan menurut Elmi Fadzimah adalah sebahagian aktiviti Pusat Sumber, di samping melatih pelajar-pelajar berdikari. "Segala persiapan, malah sumber kewangan adalah diusahakan oleh pelajar-pelajar sendiri," jelas Elmi Fadzimah.

Serentak dengan itu ahli jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Menengah Hillcrest mengucapkan terima kasih kepada Ketua Putera UMNO Malaysia Megat Zulkarnain Dato' Omar Din dan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan (Uncle Om) yang memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis berkenaan. Bagaimanapun jamuan yang dijangka diadakan di sebuah restoran di Kuala Lumpur, terpaksa ditukar ke dewan sekolah atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, beritahu Elmi Fadzimah menambah. "Pihak kelab Pusat Sumber juga terhutang budi kepada Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) yang membantu aktiviti berkenaan," jelasnya.

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Hari Ini Kuala Lumpur

Hari ini Kuala Lumpur
jadi medan gempur
lapang sasar gas
pedih menyula mata
peluru air pancutan
asid menggatal badan.

Hari ini Kuala Lumpur
jadi kota tak peduli
ramai-ramai warganya
duduk dalam rumah
main telur gentel biji
buat apa ikut protes
kena gas pemedih mata
kena pancut air gatal
kena belasah dengan belantan
kena tangkap kena tahan
buat apa!

Duduk rumah dendiam
kan selamat,
nak berarak pergi istana
buat apa!
mana dia boleh percaya
ada kezaliman dalam 1Malaysia
yang aman tenteram
maju dan makmur ini.

Tak percaya,
tengoklah TV3
dan RTM dan Astro
bacalah akhbar
matahari, bintang
berita hari-hari
dan perutusan bangsa layu
semuanya molek
segalanya beres
takde yang tak sempurna
takde yang tak betul
semuanya betul-betul belaka.

Hari ini Kuala Lumpur
menyaksikan erti kesetiaan
your obedient servants
yang menurut perintah
mempertahankan pemerintah
yang marah
bila orang ramai-ramai
buat salah.

-Yassinsalleh
jam 22:48:42
Ogos 1, 09
Kuala Lumpur.

Belasungkawa buat Prof Dato' Dr Mansor...

Akibat appendeks yang kompleks:
Anak bongsu Dr Mansor meninggal

Johor Bahru: Anak lelaki bongsu bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah, berusia 34 tahun meninggal dunia jam 2.00 pagi ini di hospital Johor Bahru akibat penyakit appendiks yang kompleks. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA sebaik sahaja Allahyarham meningal dunia, Dato' Dr Mansor sekadar memaklumkan kepada kawan-kawan sahaja. Jenazah anak kesayangannya itu akan dibawa balik ke kediamannya di Kampung Pemuda Jaya, Senai, Johor Bahru dan dikebumikan sebelum zohor hari ini (2 Ogos 2009). Menuru Dato' Dr Mansor, anaknya itu meninggalkan seorang balu di samping belum dikurniakan anak.

Rakan-rakan turut mengucapkan takziah sebaik sahaja diberitahu oleh sekretariat Prima dengan melahirkan rasa sedih. Antara mereka yang awal menyampaikan ucapan takziah selepas subuh tadi termasuklah penulis buku politik prolifik Haji Sayuti Omar (MSO), bekas Ketua Pengarah DBP yang juga Presiden GMP Dato' Dr Hassan Ahmad, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia Puan Ainon Mohd dan Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA) S.M. Zakir. Bagi pihak PRIMA saya menyampaikan salam takziah kepada Dato' Dr Mansor dan keluarga di atas musibah ini, mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan solehah. Al-Fatehah.

SEKALI PERSETUA...

Kalau siapa marah kena jual:
Tapi Sidiqq Sigaraga heh heh heh!

Sebermula tersebutlah ceritera penitir canang dari penyurat yang pernah memohon maaf kepada Orangkaya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya maafkanlah Orangkaya berkenaan. Arakian sekalian orang banyak pun tahu mengenai Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pergilah ia ke Kelantan meminta Orangkaya Dato' Nik Aziz jangan menyinggung perasaaan anak-anak buah harakah Melayu (UMNO). Adapun permintaan Orangkaya Dato' Seri Najib itu sudah dijawab oleh Orangkaya Dato' Nik Aziz, bahawasanya janganlah menyinggung perasaan anak-anak buah harakah Islam (PAS) terlebih dahulu. Maka hendaklah UMNO tak menjadi Siddiq Sigaraga, bahawa ia tak mahu orang lain marah, maka dijual, tetapi kalau ia marah heh heh heh!

Syahdan, maka Sultan Mansor Shah pun hairanlah melihat paras tuan puteri anak raja Cina itu, (kerana lebih cantik dari wanita dari Mongolia), adanya. Maka disambut baginda puteri Hang Li Po itu, disuruh masukkan Islam. Telah sudah Islam, maka Sultan Mansor Shah pun kahwin dengan Puteri Hang Li Po itu (kalau tak kahwin, tak payahlah diIslamkan, dan kahwin pun mestilah dengan dirinya, tak boleh dengan orang lain termasuk Tun Perpatih Putih sendiri), beranak seoranglaki-laki, dinamai baginda Paduka Mimat; ia beranakkan Paduka Seri Cina, ayah Paduka Ahmad, ayah Paduka Isap Maka kalau orang lain berkahwin dengan Hang Li Po akan tersinggung perasaan Sultan Mansor Shah, kerana Sultan Mansor Shah tak apa menyinggung perasaan orang lain. Maka itulah diperbuat orang banyak nyanyi:

Berseri sahaja bunga angsana
Hendak apa anak Temenggung
Hang Li Po puteri Cina
Perasaan raja jangan disinggung

Arakian datanglah sekalian orang banyak menyuratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

JEMPUTAN KEPADA SEMUA...

============================================
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT'
Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)

menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.

Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009

Pendeklamator tamu:..................

Semua dijemput hadir.

Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:

Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
===============================================

Saturday, August 1, 2009

SEKILAS PANDANG...

Kalau UMNO tak tertekan'
Kenapa janji RM7j jambatan baru?




UMNO tidak pernah merasa tertekan sehingga terpaksa mencari titik pertemuan dengan seteru politiknya untuk membentuk kerajaan campuran seperti digambarkan pembangkang, kata Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, lapor Utusan Malaysia hari ini (1 Ogos 2009). Heh heh heh! Takkan Najib mahu mengaku 'UMNO tertekan', apalagi orang tua-tua Melayu dahulukala sering juga mengungkapkan pepatah petitih 'tak siapa mahu mengaku berak di tengah jalan'. Kalau tertekan pun pura-puralah 'tak tertekan' - sementelahan 'bangkai gajah, takkan boleh ditutup dengan daun sehelai'. RM7 juta untuk jambatan baru di Manek Urai, tak tertekankah? Tak bertanding PRK Penanti, tak tertekankah? Guna kekuatan FRU dan polis hari ini (1 Ogos 2009), tak tertekankah?

Perkara menafikan sesuatu isu perkara mudah seperti juga perihal 'politik wang', tetapi adakah ianya bolehkah orang ramai mempercayainya? Kalaulah Najib berasa UMNO serba hebat, mengapa berasa malu untuk mengakui idea 'kerajaan campuran' adalah dari Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bukannya Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang. Apabila Tengku Razaleigh berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO, beliau berjanji melaksanakan 'kerajaan perpaduan'. Sepatutnya Najib tak berasa malu untuk mengakui Tengku Razaleigh mampu mencorakkan UMNO mengikut acuan 'kerajaan perpaduan' bukan 'kerajaan 1Malaysia'.

Barangkali Najib boleh memberi pelbagai alasan, termasuk untuk menyertai PRK di Permatang Pasir, sekalipun jauh di lipatan hatinya tak mahu lagi PRK. Justeru, Najib terus bertahan dengan DUN Perak daripada dibubarkan bagi pilihanraya yang menentukan survival UMNO di Perak, tetapi ketentuan-Nya sukar dihalang. PRK satu demi satu tak mampu dihalang menerusi ketentuan-Nya; apalagi H1N1 yang menjadi ketakutan sekarang adalah sukar di heh heh heh, macam demonstrasi 1 Ogos 2009 yang boleh dikerah segala kekuatan polis mengawalnya. Seorang aktivis UMNO di Selangor yang pernah dilantik menjadi nazir masjid pernah membisikkan kepada saya unsur-unsur angin, api, air dan tanah - tak siapa boleh menghalang.

Bagaimanapun saya tak sampai ke tahan pemikiran beliau; apalagi kekuatan senjata dan pasukan keselamatan juga tak mampu membendung unsur-unsur berkenaan termasuk juga H1N1. Firaun juga tak pernah mengaku dirinya tertekan dengan penampilan Musa Kalamullah A.H.; begitu juga Sultan Mansor Shah apabila Hang Jebat menaiki istana. Setelah satu demi satu hulubalangnya tumbang, barulah berulang kali menyebut nama Hang Tuah. Malangnya UMNO berasa malu untuk mengakui Hang Tuah berulang kali menyebut 'Tak Melayu hilang di dunia!', sebaliknya memberang memarahi 'Jebat derhaka, Jebat derhaka!'. Soalnya, marah kepada Jebat, atau marah kepada diri sendiri?


-Pak Dharma

Dari laman blog Ku Li...




Surat jawapan Ku Li:
Kepada Surat Nik Aziz


Below is my answer, which was hand-delivered to the Menteri Besar this morning.

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9
30hb Julai, 2009.
8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar,
Blok 1, Tingkat 1,
Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.

Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.

Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

Dari hati ke hati:
Petronas & royalti minyak


Barangkali surat YBM Tengku Razalegih Hamzah ini boleh membuka minda pimpinan muda UMNO yang selama ini terlalu mementingkan 'perhambaan minda' bagi mendominasi kebangsatan bangsanya. Mudah-mudahan mereka menyedari YBM Tengku Razaleigh yang diperlekehkan selama ini, adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Petronas yang menjadi kebanggaan UMNO sekarang (bukan kebanggaan negara) - Pak Dharma.

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Anjing Tak Boleh
Mungkir Janji

Kalau orang bagi
daging panggang
letak atas bara
mintak kicap
mintak lada
mintak juga ajinomoto
makan biar selera
bila lagi nak makan
belanja menteri.

Kalau orang buat janji
pegang, bawa kat loyar
buat agremen
siap tanda tangan
lengkap dengan saksi
dan mustain billahkan
dengan cop setem sekali,
jangan ambik mudah
buat biar sempurna.

Kalau orang bagi duit
ambik, lepas tu pergi
tanya kat ketua
gerombolan pembeli unta
berapa duit yang dibagi
pada ejen yang itu
untuk dibagi kat awak.

Kalau ejen tu tipu
londehkan seluar dia
kibarkan buat bendera
tapi, ingat
jangan pandang panau
kat punggung
dan kurap kat
celah kangkang dia, suei!

Nanti awak beli toto
tak kena,
ngorat artis tak dapat
kalau bertunang
cincicn jatuh jambat
boleh jadi bini pun lari
ikut bangla.

Tapi ingat,
bila dah ambik duit
mesti undi macam dijanji
awak jangan tak undi
sebab, anjing
tak boleh mungkir janji
manusia saja
yang berhak untuk
mungkir janji
sebab, manusia
bukan anjing.

-Yassinsalleh
jam 1830
Ogos 1, 09
dah lama tak makan
pacak daging
cicah kicap lada.

Pasir Masuk Ke Mata

Kalau kerbau boleh sembelih
buat rendang
makan dengan lemang, sedap
kalau lembuboleh perah susu
buat dadih, lazat
kalau kambing
kulit boleh buat kompang, meriah

Tapi katak puru nak buat apa?
geli geleman
biawak nak buat apa pulak?
suei semedang,
ular apatah lagi
lidah bercabang
takut habis orang.

Jadi, macam mana
nak menang?
jawabnya d Permatang Pasir
jangan bagi pegi
si katak puru
dan biawak kengkang
dan ular makan telur.

Nanti percuma malu lagi
kat belalang dan kelkatu
macam kat Manek Urai dulu,
aku ni bukan apa
sekadar teringatkan
Kampung Pria di Manek Urai
yang masih berjembatan lama
jangan nanti bila dah nangis
katakan pulak
pasir masuk ke mata.

-Yassinsalleh
jam 1730
Ogos 1, 09
tengah fikir nak tumpang
mercedes sapa
ke Permatang Pasir.

Malangnyalah Nanti
Pak Pandir

Ada kain buat bendera
ada gambar buat poster
ada dakwat tulis sepanduk
ada idea buat slogan
ada strategi buat muslihat
ada maikrofon buat lawak
buat janji buat sumpah.

Ada duit beli orang
ada orang bayar sikit
ada lima bagi satu
empat lagi masuk saku
Tokpa kata dah beli
tujuh ribu
buncitnyalah perut katak puru
makan kelkatu.

Itu dulu,
Permatang Pasir loni
kalau salah tafsir
banyak orang kena buasir
lidah bercabang terjelir-jelir
hujan lebat sawah tak berair
ramai akan jadi pandir
bila juragan tersalah sifir.

Aduhai, malangnyalah nanti
Pak Pandir di Permatang Pasir!

-Yassinsalleh
jam 1126
Ogos 1, 09
nak hafiz sifir
pak pandir.

Polis bersenjata lawan orang awam tak bersenjata...

Pro tak bermakna disukai rakyat
Kerajaan akan ditentukan undi rakyat

Sabtu, 1 Ogos 2009

Terkini: 438 ditahan termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak...

Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam melaporkan, sejumlah 438 demonstrator ditahan termasuk 37 wanita dan 38 remaja dalam insiden polis bersenjata menggempur orang awam tak bersenjata. Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula berkata, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sudah dinasihati jangan
teruskan demo. Maknanya, kalau ikut cakap UMNO walaupun ianya 'dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap UMNO terjun masuk lubuk!'.

Pro UMNO nak menunjuk-nunjukkan apa?
Sementara itu pro UMNO mendabik dada kerana berjaya sampaikan memo kepada baginda YDP Agong... ISA - Pro-ISA legal adviser Mohd Khairul Azamdin walks through police blockade at Istana Negara to hand memo to King. about an hour ago . Posted by Firdaus Omar. Dapat hantar memo sahaja. Kalau sekadar nak berheh heh heh, apa salahnya. 'Enam Jahanam' filem Tan Sri Dr P Ramlee, tentu orang pro UMNO tak faham apa-apa. Penyamun pun boleh bermuka-muka untuk jadi huh huh huh, orang ramai sokong kerana huh huh huh juga!

Lebih 20,000 orang berdemo...200 orang ditahan. Dr. Hatta dibelasah...Pejabat Agong PAS disembur water cannon..
Dr Hatta Ramli pimpinan PAS yang juga Ahli Parlimen, turut dibelasah. Alahai. Kalau Timbalan Perdana Menteri boleh lebam mata ketika dalam tahanan polis pada 1998, apa sangatlah dengan isy isy isy! Justeru rakyat perlu bersatu untuk menukar regim yang pongah, bobrok dan perongos.

Polis tunjuk kekuatan kepada siapa?
Mereka yang terbabit dalam demonstrasi, bukan golongan militan yang lengkap bersenjata. Tetapi sekadar menuntut menghapuskan perhambaan minda, sehingga sebahagian besar rakyat terus mewarisi kebangsatan sejak kolonial British, sekalipun sudah 52 tahun merdeka. Barangkali di tengah kumpulan demonstrator itu tak kelihatan Noordin Mat Top yang mampu menggegar, menggetar dan membebar!


Menjatuhkan imej negara:

TV3 mengakhiri Buletin Utama jam 9.00 malam menyebut, demonstrasi memberi imej buruk kepada negara; bukannya sistem kehakiman seperti video Linggam; bukannya kes kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan di pejabat PSRM, bukannya rampasa kuasa DUN Perak, bukannya janji jambatan di Manek Urai, bukannya kes wanita warga Mongolia dan dan dan...!