TETAPI MELESTARI DOKUMENTASI
Ketika dijemput memperkatakan Adat Perpatih di TV502 (Bernama) bagi slot 'Helo Malaysia' pengacara Dahalan Makmur beberapa kali menyebut buku 'Dato' Lela Maharaja, Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman: LEGASI KETUANAN REMBAU'. Sukar bagi saya mahu menjelaskan kerana ketika itu buku berkenaan belum dicetak, sebaliknya sekadar disiapkan contohnya sahaja sempena majlis ulangtahu ke 10 Ke Bawah Kaus YTM Dato' Haji Muhamad Sharip menyandang pesaka Dato' Lela Maharaja, Undang Luak Rembau. Memang penulisan buku berkenaan bagi memberi kefahaman kepada generasi sekarang fungsi Undang Yang Empat di Negeri Sembilan dalam sistem pemerintahan 'Raja Berperlembagaan'. Generasi sekarang hampir hilang pedoman laksana 'tulisan jawi' yang sudah pupus hingga membaca al-Quran terpaksa menghafal (by heart), disebabkan tak mampu lagi mengeja. Memang generasi muda tak menyedari peranan Undang Yang Empat menurunkan tanda tangan 'Perjanjian Kemerdekaan' mewakili Negeri Sembilan bersama Yang Dipertuan Besar. Undang Yang Empat juga bergambar bersama raja-raja Melayu selepas upacara tersebut sebagai manifestasi kedaulatan ketuanan Melayu. Menerusi buku 'Legasi Ketuanan Rembau' juga dilengkapkan perjuangan Undang Luak Rembau, Dato' Nganit, Dato' Haji Sahil dan Dato' Abdullah menentang kepongahan kolonial British.
Pembabitan Dato' Nganit, Dato' Haji Sahil dan Dato' Abdullah melawan kolonial British menerima risiko yang tak mungkin mampu dilestarikan oleh generasi yang mabuk dengan 'politik wang'. Dato' Nganit misalnya, bangkit membantu saudara Melayunya di Naning melawan kolonial British pada 1831, diikuti dengan Dato' Haji Sahil yang rela dipecat kemudian dibuang ke Singapura pada 1883. Dato' Abdullah pula tampil bersama Tuanku Muhammad Shah, Sultan Alang Iskandar dan Raja Sir Chulan mendesak kolonial British menubuhkan pasukan tentera pertahanan Melayu dikenali 'Askar Melayu' pada 1 Mac 1933. Justeru buku ini bukanlah untuk glori penulisan, tetapi menjadi dokumentasi yang sewajar, sejajar dan sejanjar!




Pegawai-pegawai dan pendukung-pendukung PPSMI sekadar menyampaikan laporan yang molok-molok kepada Hishamuddin, seperti senario Rafi dalam 'Madu Tiga' filem P. Ramlee yang memenangi 'hadiah filem komedi terbaik' di Festival Filem Asia dekad 1960-an. Rafi yang mahu menyenangkan hati Jamil (bosnya) sanggup berbohong sahaja kepada Pak Ali, dengan mengakaui bosnya bujang alif ba ta (Angkatan Bujang Tua). Justeru Pak Ali secara spontan memberitahu, "Bulan ni gaji awak naiklah, Cik Rafi!". Justeru Rafi juga menyahut, "Kita ni sama aje Pak Ali, menyenangkan kerja saya, Pak Ali pun tak perlu susah-susah lagi." Sandiwara inilah yang dilestarikan oleh Hishamuddin dan pendukung-pendukung PPSMI, sekalipun Bahasa Melayu menjadi taruhan. Heh heh heh!
Ramai juga Melayu yang sokong bahasa Melayu dihapuskan perlahan-lahan melalui projek PPSMI, dengan memberi alasan bahasa Inggeris adalah bahasa dunia yang akan memberi pekerjaan kepada anak-anak kita nanti. Mereka berhujah seperti tabiat katak puru bahawa tanpa kefasihan berbahasa Inggeris, siswazah tidak akan dapat kerja dalam semua organisasi swasta yang mengutamakan bahasa Inggeris dan Mandarin. Mereka bercakap seolah-olah tiap organisasi yang hendakkan bahasa Inggeris itu perlukan 30-40,00 pekerja yang semuanya mesti fasih berbahasa Inggeris. Mengapa mereka tidak sebut para ahli Dewan Rakyat bercakap Melayu seperti orang kelemasan, tidak saja tidak fasih, tetapi biadab pula hingga terpaksa ditegur oleh Agong. 
Penghinaan ini dilakukan oleh golongan pertama tadi, yang berasa sudah ketinggalan kerana bahasa ilmu dalam bahasa Melayu berada di luar kemampuan mereka untuk difahami. Ketiga, dan paling penting, ahli politik yang berkuasa lebih 51 tahun di kalangan UMNO/BN melihat lubuk kekayaan yang melimpah ruah jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa pendidikan moden. Mereka memperdagangkan bahasa Inggeris, dan sekali gus mengetepikan bahasa Melayu. Yang perlu diberi perhatian di sini ialah hakikat bahawa mereka memang mengetepikan bahasa Melayu yang dianggap menghalang mereka daripada mendapat kekayaan melalui perdagangan pendidikan itu.
