Friday, June 12, 2009

SUARA HATI DR MAHATHIR

Apa guna sekolah dan sijil:
Anak tak tahu mengenai sejarah


Oleh:
Tun Dr. Mahathir Mohamad;
(Bekas Perdana Menteri Malaysia)
June 12, 2009

1. Seorang tetamu datang berjumpa saya kerana masalah yang dihadapi olehnya. Semasa dia menuju pintu keluar dia berkata, " Saya sedih anak saya yang sedang bersekolah tak tahu langsung sejarah Malaysia."

2. Isterinya yang turut bersama mencelah, "Anak saya tak tahu pun ibukota negeri-negeri. Dulu semasa saya di sekolah saya hafal nama semua ibukota bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia, tetapi negara-negara di dunia."

3. Saya baca dalam akhbar bahawa bahasa Inggeris tidak perlu diwajibkan. Jadi apakah yang diwajibkan jika sejarah tak wajib, bahasa Inggeris pun tidak.
4. Saya percaya kita hantar anak ke sekolah supaya dia akan menguasai ilmu. Kita tidak hantar mereka bersekolah untuk dapat sijil tanpa ilmu.

5. Sijil dengan sendirinya tidak akan melayakkan kita untuk apa-apa. Yang melayakkan kita ialah ilmu-ilmu yang sijil berkenaan menyenaraikan telah dikuasai oleh pemegang. Oleh itu jika kita kurangkan ilmu yang diwajibkan supaya kita lulus dengan mudah, catitan dalam sijil tidak punyai makna lagi. Sijil sudah tidak berguna lagi.

6. Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat oleh kita. Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain. Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan kearah mana kita akan pergi. Mungkin kita percaya kita sedang maju kehadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang.

7. Semua mata pelajaran susah. Kalau senang apa gunanya kita adakan sekolah, apa perlunya guru yang terlatih. Sebenarnya sekolah mempermudah penguasaan ilmu melalui susunan dan tingkatan, sehingga yang lemah pun boleh belajar, dari satu tingkat ke satu tingkat.

8. Dahulu kita dikehendaki baca dan hafal. Di sesetengah negara Islam masih dilihat kanak-kanak berkumpul di keliling guru (ustaz) di masjid dan membaca Al-Quran dan kitab-kitab dengan suara yang nyaring. Apakah mereka faham atau tidak saya tak tahu. Apakah kelulusan guru dan adakah sijil yang dikeluarkan?

9. Sekarang kita bukan sahaja baca tetapi kita perlu faham apa yang dibaca dan kita tahu relevannya kepada kehidupan masa depan kita.

10. Sesungguhnya cara menyampaikan ilmu telah ditingkatkan sepanjang masa. Demikianlah peningkatan cara menyampaikan ilmu di zaman komputer ini sehingga guru pun akan dapat mempelajari bersama dengan murid.

11. Dalam mempelajari bahasa umpamanya, terdapat software (perisian) yang bersuara dan gambar bergerak yang boleh kita turuti.

12. Jika guru tidak cekap pun, software menerangkan apa yang perlu dibuat untuk mempelajari sesuatu.

13. Tulisan atas skrin akan dibaca oleh pakar dengan sebutan yang baik dan boleh diulangi sehingga sebutan pelajar menjadi cukup baik.

14. Soalan boleh ditanya kepada software dan pelajar boleh banding jawapannya yang ada dalam software. Jika salah jawapan boleh diulangi sehingga pelajar dapat lafazkan jawapan yang baik. Ulangan boleh dibuat berkali-kali.

15. Dinding bilik sekolah boleh diguna sebagai skrin dan ditayang gambar orang yang berkata sesuatu dan perkataan akan tertulis di kaki gambar seperti subtitle yang sering kita lihat.

16. Ia tidak bosan untuk mengulangi berapa kali pun. Pita rakaman boleh dibawa balik untuk mengulangi episod-episod tertentu.

17. Dalam menggunakan software ini guru juga akan mempelajari atau memperbaiki lagi penguasaan bahasa berkenaan.

18. Soal tidak cukup guru tidak timbul. Yang dikehendaki ialah latihan kepada guru bagaimana mengguna software berkenaan. Saya percaya siapa pun boleh belajar cara menggunanya.

19. Sesungguhnya sistem software untuk belajar bahasa amatlah berkesan dan berjaya. Kalau bersungguh-sungguh hanya beberapa hari sahaja yang diperlukan oleh guru atau pelajar untuk menguasai bahasa apa pun.

20. Saya belajar bahasa Perancis secara main-main tetapi saya dapat faham bahasa ini dengan menggunakan hanya piring hitam sebelum ada komputer. Kemudahan di zaman komputer ini jauh lebih baik daripada piring hitam.

21. Seperti bapa dan ibu yang kecewa dengan ilmu yang dipelajari oleh anak mereka, saya juga kecewa dengan desakan supaya dipermudah lagi perolehan sijil sekolah.
22. Jika sijil sudah begitu mudah diperolehi ia tidak akan dihargai lagi, tidak akan berguna untuk dapat kerja dan tak berguna untuk meneruskan pelajaran lebih tinggi juga.

23. Kalau sudah tak berguna, apa perlunya adakan sekolah dan sijil.

INFO SASTERA & BUDAYA

Sejarah buktikan kejayaan saintis:
Fasih BI tak semestinya orang pintar

oleh: Cikgu Fadzli

Fasih berbahasa Inggeris bukan bermakna seseorang itu pandai dan hebat. Begitu juga, tidak semestinya BI membuatkan kita lebih pandai daripada biasa. Sejarah membuktikan yang kejayaan saintis, negara dan apa sahaja perkara di dunia ini tidak bergantung kepada BI. Apabila terbaca mysinchew.com, pandangan orang cina mengenai hal ini juga sama iaitu tidak bersetuju dasar membanggakan BI dalam pendidikan.

Pandangan yang disiarkan di bahagian pendapat oleh TAN POH KHENG, ternyata mempunyai asas yang BI tidak semestinya mencerdikkan rakyat Malaysia. Dalam tulisannya, Tsien Hsue-shen, Luo Huageng, Wilhelm Rontgen (the German physicist who discovered X-ray), French microbiologist Louis Pasteur and Japanese physicist Shoichi Sakata were all educated in their own mother tongues, and later ascended to the pinnacle of science. The overall quality of people in China, Germany, Japan, Korea and France is by no means inferior to that of English speaking countries. As a matter of fact, the wisdom and quality of their people could be more superior than those of Britain or America.

Beliau memberikan contoh-contoh tokoh-tokoh yang sudah memetakan kejayaan penemuan dalam sejarah dunia tidak bergantung kepada BI. Malah dengan semangat inquiry-discovery mereka masih mampu melakukan penemuan yang membawa manfaat serta dogma baru dalam bidang masing-masing. Nama mereka ini terpahat sebagai penyumbang kejayaan masa kini.
Tambah beliau lagi, hanya orang yang mempunyai rasa tidak yakin serta masih mempunyai rasa inferiority complex membanggakan BI.

Mengapa mereka ini tidak bangga dengan bahasa ibunda dan kebangsaan yang lebih senang dimanupulasikan sebagai bahasa ilmu dalam acuan kita sendiri. Membangunkan masyarakat glokal impian pemimpin atasan negara memerlukan komitmen sayangkan bahasa Kebangsaan. Bukan hanya sebagai penyeri majlis rasmi sahaja. - (www.cikgumalaysia.blogspot.com.)

TANGGAPAN MEDIA LUAR...


Hidup cara Islam dicemuh:
Mengapa media asing biadap?

Agensi berita AFP melabelkan PAS sebagai parti konservatif yang mendesak wanita bukan Islam turut berpakaian menurut ajaran Islam. Akhbar berbahasa China melaporkan Rabu (10 Jun 2009) lalu mengenai desakan ke atas wanita bukan Muslim berpakaian sopan mengikut pentadbiran kerajaan negeri di Kelantan. Agensi berita luar negeri itu - AFP juga menghubungi Exco kerajaan tempatan, pelancongan dan kebudayaan Takiyudin Hasan yang disebutnya sebagai menteri kabinet negeri. Takiyuddin memberitahu AFP, "Kami mahu memberi galakan kepada orang bukan Islam mengenai ajaran Islam sebenarnya."

Dalam laporan akhbar berbahasa China itu, papan kenyataan dilihat mengingatkan wanita bukan Muslim diminta memakai tudung, di samping baju lengan panjang yang menutupi hingga ke paras pinggang. Seluar juga dikehendaki menutup ke paras lutut, justeru dilarang mendedahkan di atas lutut. Bagaimanapun jabatan kerajaan tempatan tak mempunyai kuasa perundangan bagi melarang cara berpakaian individu. Media luar negeri berkenaan turut secara biadap mempersoal larangan menggunakan make-up yang berlebihan, di samping pakaian yang turut mendedahkan paha.
Media luar negeri itu turut juga menganggap kerajaan PAS di Kelantan cuba meng-Islamisasikan etnik China dan India sebagai kumpulan minoriti. AFP mendakwa dengan 27 juta warga Malaysia, PAS mndominasi kerajaan negeri di Kelantan. Justeru menurut laporan agensi berita luar negeri tersebut, pentadbiran kerajaan negeri PAS di Kelantan juga mengharamkan judi, menghadkan penjualan alkohol dan memastikan lelaki dan perempuan tak berbaris dalam lorong yang sama di kedai-kedai bagi melaksanakan kehidupan cara Islam.

INFO HAK ASASI MANUSIA

Laporan polis di Dang Wangi:
Tengku Temenggong Bertindak!

Putera Sultan Kelantan,Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra membuat laporan polis semalam (11 Jun 2009) kira-kira jam 7.00 pm di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Beliau ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay membuat laporan polis mendakwa iserinya bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot memfitnahnya. Dalam kenyatan media yang dileluarkan oleh Mohd Haziq ianya dilaporkan, "Bagi pihak YAM Tengku Temenggong, laporan polis dibuat, kami akan bertindak mengikut lunas undangundang terhadap sesiapa sahaja memfitnah beliau." (Gambar saat bahagia Tengku Temenggong berpakaian serba hitam bersama isterinya)

.Seterusnya Mohd Haziq mejelaskan, pihaknya tak berhasarat membuat sebarang komen, tetapi menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat fitnah berkenaan. Sementara itu Ketua Balai Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh Tengku Temenggong. Bagiamanapun katanya, menurut laporan Bernama siasatan berkenaan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, di Kelantan disebabkan kejadian itu brlaku di Istana Kelantan, iaitu lokasinya di daerah terbabit. Sebelum ini Manohara yang berlepas balik ke Indonesia 31 Mei lalu mendakwa beliau didera oleh suaminya, Tengku Temenggong.

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Bentuk baru iktisad dirancang
Janji Orangkaya Najib utk merubah

Syahdan perbelanjangan rangsangan berjumlah RM67 bilion akan terus merangsang iktisad negara seperti diberitahu oleh Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak semalam (11 Jun 2009). Adapun rangsangan iktisad negara itu akan merubah menjadi sebuah iktisad brasaskan pendapatan tinggi dengan perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam bentuk baru iktisad yang sedang dirancang. Orangkaya Najib yang juga Menteri Kewangan, turut berjanji bahawa kesemua dasar kerajaan akan tuntas dengan “tidak mengubah dasar sewenang- wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita.” Heh heh heh lunaknya janji-janji Orangkaya itu, adanya.

Arakian maka ada seorang bendahari (yang menjaga perbendaharaan) Raja Iskandar Shah, Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya sedia orang Singapura. Maka ada ia beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya (disebut orang banyak Dang Anum, tetapi sebahagiannya menyebut Dang Altantuya Shah Raju Natapa). Maka dipakai oleh baginda, terlalu sangat dikasihi baginda. Maka difitnahkan oleh segala gundik raja yang lain, dikatakan berbuat jahat. Syahdan maka Raja Isandar pu terlalu murka, maka dirush baginda sula di hujjung pasar (kerana baginda tak mengenali C4 gerangannya). Maka itulah dibuat orang pantun:

Dang Anum kena sula
Anak Sang Rajuna Tapa
Jangan diminum manis gula
Macam semut selalu lupa

Maka terlalu malu Sang Rajuna Tapa, dibukanya kota dengan segala perbendaharaan negara ketika Majapahit menyerang Singapura, seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' daripada:








HIDUP BAHASA MELAYU!

DARI LAMAN BLOG

PAS tak mampu sembunyikan:
Bahtera mempunyai dua nakhoda

Assalamualaikum,

Keberangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap isu 'Kerajaan Perpaduan' tak mampu disembunyikan, yang memperlihat parti itu mungin sahaja terdorong kepada 'team A' dan 'team B'. Bagaimanapun di dalam PAS sekadar disebut 'pimpinan ulama' dan 'pimpinan bukan ulama'. Muktamar PAS 4-6 Jun 2009 memberi implikasi sokongan majoriti memihak kepada grup Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang, seolah-olah menolak pandangan Dato' Nik Aziz 'dalam sebuah bahtera tak perlu dua nakhoda'. Sebaliknya Dato' Seri Hadi Awang pula memberi amaran, sesiapa yang meninggalkan bahtera akan tenggelam. Alahai!
Mengimbau fenomena awal dekad 1970-an, ketika berlangsung Hari Sastera di Kota Bharu, Tan Sri Mohd Asri Haji Muda juga menafikan rundingan bersama UMNO mengenai isu kerajaan campuran, sekalipun spekulasi kian menggegar senario politik. Dalam majlis makan malam di kediaman Tan Sri Asri, beliau hampir menyentuh isu 'kerajaan campuran' tetapi segera dicelah oleh isterinya, Puan Sri Sakinah Junid. Bagaimanapun 'kerajaan campuran' yang dinafikan oleh Tan Sri Asri menjadi kenyataan. Malah dalam bukunya 'Memoir Politik Asri', beliau mendedahkan dijemput ke Kuala Lumpur oleh Tun Razak malam 13 Mei itu juga.

Tak hairanlah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, sukar bagi orang politik mahu bersikap ikhlas. Barangkali PAS tak rela partinya dikawal oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kapisiti Ketua Pembangkang, malah barangkali juga PAS mahukan pimpinan mereka menduduki kerusi Ketua Pembangkang. Desas desus juga menyebut malam 8 Mac 2008, di Selangor UMNO bersedia memberikan jawatan MB kepada PAS sekiranya bersedia meninggalkan Pakatan Rakyat. Khabarnya, Dato' Seri Hadi Awang bersetuju dengan saranan berkenaan bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Sebaliknya Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar dikatakan kuat menentang , disebabkan beliau lebih cenderung kepada PR, disebabkan hubungan baiknya dengan Dato' Seri Anwar. Justeru beliau melupakan insiden bagaimana Dato' Nik Aziz menolak Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali daripada menjadi calon di kawaan Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004. Malah Dato' Nik Aziz juga melabelkan Dr Syed Husin cenderung kepada 'sosialisme yang juga adik kepada komunisme'! Memang egoisme PAS juga terserlah dengan kekuatan luar biasanya pada pilihanraya 1999. Barangkali pandangan Tun Dr Mahtahir, orang politik sukar mahu bersikap ikhlas, bolehlah diambil kira. Heh heh heh!
-Pak Dharma